Akademi Memasak Cikgu Ain

Akademi Memasak Cikgu Ain Add a Little Love to Your Recipe �

*KEK TORNADO*Gula castor 220gMinyak masak/jagung 75gSusu cair 230gSusu pekat 250gTelur greb B 4 bijiMix well. Masuk crea...
08/09/2021

*KEK TORNADO*

Gula castor 220g
Minyak masak/jagung 75g
Susu cair 230g
Susu pekat 250g
Telur greb B 4 biji

Mix well. Masuk cream TR 5g/1tsp.
Tepung kek 125g.
Baking powder 1tsp.
Baking soda 1 tsp.
Serbuk koko 80g (semua bahan ayak dulu).
Mix well.
Kukus selama 25-30minit.

Ganache:
125gm dairy whipping cream
250gm chocolate coin (dark compound)
2sb butter

Panaskan whipping cream guna api kecik. Masuk coklat coin dan butter.. gaul sehingga butter & coklat cair. Biarkan ganache di suhu bilik selama 3-4jam. Sekiranya jadi pekat letak 20-30g fresh milk.

Cheese:
250gm cream cheese (pukul sebati)
200gm non dairy whipping cream (pukul sebati)
3sb susu pekat
*pukul semua bahan sehingga bertanduk
*setelah siap masuk dalam pipping bag

***Jgn lupa bahan rahsia penting
Satu cawan kasih sayang 💖

First time buat lasagna... Alhamdulillah, rasanya tak mengecewakan... Sedappp👍 Tak payah susah² pakai kepingan lasagna, ...
20/08/2021

First time buat lasagna... Alhamdulillah, rasanya tak mengecewakan... Sedappp👍 Tak payah susah² pakai kepingan lasagna, kita guna roti keping tu ja...Brand apa² tak kisah. Tapi sy guna Gardenia 🥰

RESEPI LASAGNA ROTI

Bahan-bahannya :

12 keping roti
1 biji bawang besar ( di cincang )
3 ulas bawang putih ( di cincang )
400gm daging/ayam cincang
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
4 sudu sos lada hitam
1 cekak daun sup ( di hiris )
1 biji cili besar ( di hiris )
3 biji telur
200ml susu segar
8 atau 10 keping keju slice
1 cawan keju mozzarella ( di parut )
Garam, gula & serbuk perasa

Cara-caranya ( Inti Daging )

📌 Panaskan minyak kemudian tumis bawang² tersebut sehingga kekuningan & naik bay
📌 Masukkan daging & masak sehingga daging empuk
📌 Masukkan segala jenis sos & sedikit air
📌 Perasakan dgn garam, gula serta serbuk perasa
📌 Masukkan daun sup & cili... Masak sehingga daging masak & kering
📌 Angkat inti daging & sejukkan... Ketepikan

Cara membuat lasagna

📌 Sapukan keseluruhan loyang dgn marjerin @ mentega
📌 Pukul telur & susu sehingga sebati
📌 Celup roti ke dalam adunan susu tadi & susun ke dalam loyang sehingga penuh
📌 Tuang separuh inti ke atas roti & ratakan
📌 Susun kepingan keju slice ke atas inti daging tadi
📌 Ulangi langkah mencelup & susun roti tadi serta tambah lagi satu lapisan into
📌 Akhir sekali, taburkan parutan keju mozzarella di atas lapisan paling atas sekali
📌 Jika ada lebihan bancuhan telur, siram di atas lapisan roti paling atas tadi
📌 Bakar pada suhu 170°C selama 40 minit @ sehingga masak (bergantung pd oven masing²)...
📌 Bila bahagian atas nampak keperang-perangan boleh la angkat... Sedap di makan panas²

SELAMAT MENCUBA 😊

KEK PISYANGG BAKAR 🍌🍌3 biji pisang beranganBlh guna pisang lemak manis,pisang perak,pisang emasLecek pisang bersama 1 su...
04/08/2021

KEK PISYANGG BAKAR 🍌🍌

3 biji pisang berangan
Blh guna pisang lemak manis,pisang perak,pisang emas
Lecek pisang bersama 1 sudu besar perahan limau nipis.
Kalau nak senang lg blh beli air limau nipis yg kita buat tomyum tu.
Sudah lecek ketepikan.
Sya lecek nga gelas jer..

Bahan blender
1 cawan minyak masak
3 biji telo
1 cawan gula @ 3/4 cawan gula
Sedikit esen vanilla
Secubit garam

Ayakkan 2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil sodabikarbonat
1 sudu kecik baking powder
Sya guna sudu kfc yg kecik tu.

Masukkan bhn blender dlm adunan pisang lecek td..
Pastu masukkan gandum yg di ayak dan gaul sebati.

Lapik baking paper dan bakar suhu 170 slama 1 jam.

Utk coklat,blh tambah coklat emolco jer..
Utk badam,tambah badam cincang dlm adunan.
Kalau letak kacang walnut lg sedappp!!

SELAMAT MENCUBA ❤️

RESEPI PAVLOVABahan – Bahan :4 biji putih telur putih sahaja Gred A  ( putih sahaja )3/4 cawan gula kastor1 sudu besar t...
03/08/2021

RESEPI PAVLOVA

Bahan – Bahan :

4 biji putih telur putih sahaja Gred A ( putih sahaja )
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan/lemon
1 sudu teh esen vanilla

Bahan – Bahan Topping

1 botol whipping cream – boleh didapati di pasaraya.
Buah-buahan kesukaan anda. ( Cth : strawberi , kiwi dll )

Cara Penyediaan Pavlova

Tips – Pastikan tiada sebarang habuk / minyak pada permukaan mangkuk/bekas dan juga hanya putih telur sahaja – Ini penting .

Pertama , menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana, pukul 4 biji putih telur sehingga kembang dan berbuih-buih. Selepas itu, barulah masukkan gula sedikit demi sedikit . Ianya bermaksud, masukkan sedikit, kacau menggunkan hand mixer hingga sebati, baru masukkan lagi, kacau lagi hingga sebati hancur. Ulang sehingga gula habis.

Kedua , adun sehingga menjadi “meringue” = putih berkilat.

Tips – Terbalikkan mangkuk/bekas, jika adunan tidak jatuh, itu bermakna anda mencapai tahap yang dikehendaki .

Ketiga , masukan tepung jagung,cuka/lemon dan esen vanilla dalam adunan. Dan kacau laju menggunakan spatula kayu. Selepas sebati semuanya , alaskan loyang dengan baking paper , letakkan adunan di atas loyang mengikut bentuk anda mahu. Panaskan oven selama 150’C selama 15 minit dan selepas itu turunkan suhu kepada 140’C, barulah dimasukkan adunan dan dibakar selama 60 -75 minit bergantung pada oven anda.

Tips – Jangan keluarkan pavlova terus dari oven selepas selesai. Buka pintu oven dan biarkan pavlova menyejuk.

Keempat , selepas sejuk, letak topping iaitu whipping cream di atas pavlova dan susun hirisan buah-buahan yang anda mahu.

Address

Nilai

Telephone

+60129826816

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Memasak Cikgu Ain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category