Akademi Al-Ghazali

Directions Website

Akademi Al-Ghazali Pelajar AAG bermula dari umur 13-17 Tahun.

Sistem Pendidikan Akademi Al-Ghazali adalah berkonsepkan "Home-schooling" secara bersistem dan dibimbing oleh pendidik yang berpengalaman dan mahir yang dijalankan dalam suasana kekeluargaan dan santai.

18/09/2026

JEMPUTAN QASIDAH MAULID AL-MALIK | PROGRAM RUMAH CAHAYA ๐Ÿค

Alhamdulillah, Akademi Al-Ghazali berkesempatan memenuhi jemputan Qasidah dalam Program Rumah Cahaya sebagai tetamu jemputan bagi pengisian selawat.

Turut bersama, Ustaz Andak Hashim yang menyampaikan tazkirah penuh makna tentang kehidupan, syukur dan keberkatan.

๐Ÿž ROTI & CUKA โ€” SEBAIK-BAIK LAUK

Antara pengisian yang dikongsikan, kisah Rasulullah ๏ทบ ketika berkunjung ke rumah seorang sahabat.

Baginda bertanya, โ€œAdakah kamu mempunyai makanan?โ€

Sahabat menjawab, โ€œAda. Roti dan cuka.โ€

Lalu Rasulullah ๏ทบ bersabda:

ู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฅูุฏูŽุงู…ู ุงู„ู’ุฎูŽู„ูู‘

โ€œโ€‹โ€‹Sebaik-baik lauk ialah cuka.โ€

(Hadis Riwayat Muslim)

Sebuah kisah yang mengajar kita tentang syukur.

Bukan pada mewahnya hidangan, tetapi pada hati yang tahu menghargai apa yang Allah kurniakan.

Kadangkala, roti dan cuka yang sederhana menjadi begitu bermakna apabila disertai keberkatan dan rasa syukur.

Terima kasih kepada Tuan Rumah sudi menjemput dan ruang yang diberikan buat Akademi Al-Ghazali untuk bersama dalam Program Rumah Cahaya.

Semoga pertemuan ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, ukhwah dan keberkatan buat semua.

แŽชแฆแŽชแŽ แŽฌแŽทแ† แŽชแž แ€แŽปแŽชแƒแŽชแžแ†
๐‘จ๐’…๐’‚๐’ƒ. ๐‘ช๐’Š๐’๐’•๐’‚. ๐‘ญ๐’‚๐’’๐’Š๐’“. ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’•. ๐‘ป๐’‚๐’‚๐’•

17/09/2026

Intipati Kelas Jumaat (Part 1)

Ilmu tauhid bukan sekadar pelengkap, malah ia adalah asas utama yang menentukan kesempurnaan segala ilmu dan amal ibadah kita.

Alhamdulillah, dalam kelas tauhid mingguan yang lepas, murid-murid telah berkongsikan dapatan dan kefahaman mereka mengenai kepentingan ilmu tauhid, pengenalan kepada lima peringkat iman, serta perbincangan umum tentang makrifah, konsep fana, dan musyahadah.

Jom saksikan video di atas untuk ikuti perkongsian penuh daripada para pelajar, dan nantikan bahagian kedua untuk kupasan yang seterusnya.

แŽชแฆแŽชแŽ แŽฌแŽทแ† แŽชแž แ€แŽปแŽชแƒแŽชแžแ†
๐‘จ๐’…๐’‚๐’ƒ. ๐‘ช๐’Š๐’๐’•๐’‚. ๐‘ญ๐’‚๐’’๐’Š๐’“. ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’•.

ย 

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September | Hari MalaysiaKami dari Akademi Al-Ghazali mengucapkan Selamat Hari Malays...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September | Hari Malaysia

Kami dari Akademi Al-Ghazali mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia! โค๏ธ

Semoga Malaysia terus aman, bersatu dan dipenuhi generasi yang berilmu, beradab serta cinta akan tanah air.

Merdeka Rohani. Merdeka Jiwa. Merdeka Akal.

Bina Generasi, Pimpin Dunia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

แŽชแฆแŽชแŽ แŽฌแŽทแ† แŽชแž แ€แŽปแŽชแƒแŽชแžแ†
๐‘จ๐’…๐’‚๐’ƒ. ๐‘ช๐’Š๐’๐’•๐’‚. ๐‘ญ๐’‚๐’’๐’Š๐’“. ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’•. ๐‘ป๐’‚๐’‚๐’•

Siapa Saya dan Ke Mana Saya?Mengenal diri bukan lagi sekadar mengetahui nama dan latar belakang, tetapi memahami empat u...
15/09/2026

Siapa Saya dan Ke Mana Saya?

Mengenal diri bukan lagi sekadar mengetahui nama dan latar belakang, tetapi memahami empat unsur yang membentuk diri kita: Fizikal, Mental, Emosi dan Rohani.

Allah SWT telah memberikan amanah kepada manusia untuk menjalankan peranan sebagai khalifah di muka bumi. Untuk melaksanakan amanah tersebut dengan baik, kita perlu menjaga diri secara menyeluruh.

Adakalanya kita hanya kuat pada satu aspek, tetapi mengabaikan aspek yang lain. Akhirnya, tetap terasa ada kekurangan dan kelompongan dalam kehidupan.

1. Fizikal โ€” Kenderaan bagi roh
Fizikal perlu dijaga melalui kesihatan, pemakanan, senaman, waktu rehat dan rutin harian yang baik, sesuai dengan neraca yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Apabila fizikal lemah, banyak perkara lain turut terkesan. Tubuh badan ialah kenderaan yang digunakan untuk membawa kita menjalankan amanah kehidupan.

2. Mental โ€” Apa yang membentuk fikiran
Hari ini kita mudah dipengaruhi oleh apa yang kita dengar dan lihat di sekeliling, termasuk melalui alam maya. Kita juga mudah terpengaruh dengan pandangan orang sehingga terlalu mengejar kesempurnaan. Sedangkan ketidaksempurnaan itu sendiri merupakan sebahagian daripada sifat seorang hamba. Maka, kita perlu belajar mengurus fikiran dan memilih perkara yang melapangkan hati.

3. Emosi โ€” Perasaan yang perlu diurus
Apa yang bermula daripada fikiran dan akal akhirnya memberi kesan kepada emosi. Perasaan ialah sebahagian daripada sunnatullah yang ada dalam diri manusia. Ia bukan untuk dinafikan, tetapi perlu difahami, dikawal dan distabilkan agar tidak menguasai diri.

4. Rohani โ€” Pusat kekuatan diri
Rohani ialah pusat kepada diri. Roh menjadi sumber kekuatan yang membantu membina dan menguatkan ketiga-tiga unsur yang lain.

Untuk membina keempat-empat unsur ini, kita memerlukan kekuatan roh. Apabila roh mempunyai hubungan yang benar dengan Allah SWT melalui cinta, ingatan dan rasa dekat kepada-Nya lahirlah kerohanian yang baik serta akal fikiran yang dipandu oleh Allah.

Maka, perubahan diri bukan hanya bermula pada luaran. Perubahan bermula daripada roh.

Asal kejadian roh manusia telah mengenal dan mentauhidkan Allah SWT. Allah SWT kemudiannya memuliakan manusia

11/09/2026

Bila cikgu bagi tugasan buat video tentang Interaksi Qalbuโ€ฆ
anak murid pun pergi sekolah, dia lah yang jadi pelakon, dia lah cameraman, dia lah editor ๐Ÿ˜‚๐ŸŽฅ

Daripada tugasan dalam kelas, lahir satu karya daripada anak-anak AAG.
Belajar bukan sekadar faham ilmu, tapi belajar untuk menyampaikan dan berkarya. ๐Ÿค

Satu tugasan, seribu cerita.

แŽชแฆแŽชแŽ แŽฌแŽทแ† แŽชแž GHAZALI

๐‘จ๐’…๐’‚๐’ƒ. ๐‘ช๐’Š๐’๐’•๐’‚. ๐‘ญ๐’‚๐’’๐’Š๐’“. ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’•. ๐‘ป๐’‚๐’‚๐’•


๐ŸŒฟ JOM KENALI PARA SAHABAT NABI ๏ทบMereka bukan sekadar insan yang hidup bersama Rasulullah ๏ทบ, tetapi mereka adalah generas...
03/09/2026

๐ŸŒฟ JOM KENALI PARA SAHABAT NABI ๏ทบ

Mereka bukan sekadar insan yang hidup bersama Rasulullah ๏ทบ, tetapi mereka adalah generasi pilihan yang berjuang, berkorban dan mempertahankan agama Allah bersama Baginda.

Mereka meninggalkan harta, keluarga, kesenangan bahkan mempertaruhkan nyawa demi cinta kepada Allah dan Rasulullah ๏ทบ.

๐Ÿ“– Ayuh kita mengenali kisah para sahabat, menelusuri pengorbanan mereka dan mengambil ibrah daripada perjuangan mereka.

Kerana mengenali mereka, menghidupkan kembali semangat perjuangan dan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ.

โ€œMereka telah berjuang bersama Nabi, maka sudahkah kita mengenali dan mencontohi mereka?โ€

แŽชแฆแŽชแŽ แŽฌแŽทแ† แŽชแž แ€แŽปแŽชแƒแŽชแžแ†
๐‘จ๐’…๐’‚๐’ƒ. ๐‘ช๐’Š๐’๐’•๐’‚. ๐‘ญ๐’‚๐’’๐’Š๐’“. ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’•. ๐‘ป๐’‚๐’‚๐’•.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œMerdeka Rohani, Merdeka Jiwa, Merdeka Akal.โ€Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripad...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMerdeka Rohani, Merdeka Jiwa, Merdeka Akal.โ€

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untuk membebaskan roh daripada kelalaian, jiwa daripada kehinaan dan akal daripada kejahilan.

Sempena 31 Ogos 2026, marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan dengan terus membina generasi yang berilmu, beradab dan berbakti โ€” demi agama, bangsa dan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kami, warga Akademi Al-Ghazali, mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia! โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga Malaysia terus aman, bersatu, makmur dan sentiasa berada dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

แŽชแฆแŽชแŽ แŽฌแŽทแ† แŽชแž แ€แŽปแŽชแƒแŽชแžแ†
๐‘จ๐’…๐’‚๐’ƒ. ๐‘ช๐’Š๐’๐’•๐’‚. ๐‘ญ๐’‚๐’’๐’Š๐’“. ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’•. ๐‘ป๐’‚๐’‚๐’•

27/08/2026

Ibu ayah doakan kami baru nak belajar-belajar ya. Jom dengarkan perkongsian dan dapatan para pelajar hari iniโ˜บ๏ธ

Alhamdulillah, hari ini pelajar tahap 1 belajar Tauhid tajuk "Wujud Makhluk dalam Qabdah (Genggaman) Ar-Rahman. Setiap seorang diberikan "Warkah Cinta" berkaitan pengajaran dan isi utama tajuk. Simpan elok-elok, moga satu masa quotes itu menjadi satu pedoman dalam kehidupan para pelajar ๐Ÿค

Kita sebagai makhluk sentiasa berhajat kepada Allah. Wujud kita bukan dengan kekuatan sendiri, tetapi dengan kehendak dan kekuasaan-Nya.

Setiap saat kita berada dalam Qabdah Ar-Rahman dalam genggaman Allah Yang Maha Pengasih.

Maka janganlah hati bergantung kepada makhluk, kerana segala yang ada hanyalah dengan izin-Nya.

Kenali kelemahan diri, nescaya kita semakin mengenal kebesaran Ilahi.

แŽชแฆแŽชแŽ แŽฌแŽทแ† แŽชแž แ€แŽปแŽชแƒแŽชแžแ†
๐‘จ๐’…๐’‚๐’ƒ. ๐‘ช๐’Š๐’๐’•๐’‚. ๐‘ญ๐’‚๐’’๐’Š๐’“. ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’•.


Address

Akademi Al-Ghazali PT 12887, Jalan BBN 1/7D, Putra Indah Fasa 3B, Bandar Baru Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Al-Ghazali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category