14/07/2026
KUNJUNGAN DARI INSAFF TRAVEL & TOURS | Masjid Putra Nilai | 14 Julai 2026
Alhamdulillah, Koperasi Kariah Masjid Putra Nilai Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak InSaff Travel & Tours Cawangan Nilai atas kesudian hadir mengadakan sesi perbincangan bersama pihak koperasi yang diwakili oleh Pengerusi Imam Andi Mohamad Zulfauzan bin Muhamad, Bendahari Datin Zaitun binti Othman serta staf koperasi.
Terima kasih khusus buat Haji Bakri, Cik Fatini dan Cik Alia. Turut hadir memeriahkan sesi perbincangan ialah Penasihat Syariah InSaff Travel, Haji Lukmanulhakim bersama pembantu beliau, Encik Salman dan juga bersama dalam perbincangan tersebut ialah Ustaz Hazim dari pihak Rumah Ngaji.
Perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwwah ini memberi pendedahan mengenai pelbagai pakej umrah yang ditawarkan oleh InSaff Travel. Semoga usaha ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang membawa manfaat kepada seluruh ahli koperasi dan jemaah Masjid Putra Nilai.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT serta menjadi asbab lebih ramai umat Islam berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.
Bagi jemaah yang berminat untuk mengerjakan umrah, bolehlah menghubungi pihak Koperasi Kariah Masjid Putra Nilai Berhad untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej-pakej umrah yang menarik dan istimewa yang disediakan.
"Menjadi tetamu Allah adalah impian yang indah. Moga Allah membuka jalan dan menjemput kita semua ke Baitullah pada waktu yang terbaik." π