25/12/2025
A Bag of Happiness 🤍
Kerjaya sebagai seorang Education Consultant bukan sentiasa indah.
Ada hari-hari yang terasa sangat mencabar, sampai pernah juga hati ini terlintas untuk berputus asa.
Kerjaya saya terbahagi kepada dua misi besar:
1️⃣ Memastikan setiap pelajar yang menyertai platform e-tuition melalui akademi saya benar-benar berjaya dalam pendidikan.
2️⃣ Membuka peluang kerjaya kepada orang lain supaya mereka juga boleh menjana pendapatan dan mengubah hidup.
Hari itu, seperti biasa, saya berjumpa dengan seorang ibu tunggal hanya dengan niat untuk e-tuition enrollment anaknya.
Tapi bila dia mula bercerita…
Hati saya tersentak.
Pendapatannya hanya bergantung kepada kerja sebagai babysitter.
Dia tak boleh keluar bekerja.
Bukan sebab malas.
Tapi sebab tiada siapa yang boleh menjaga anaknya.
Dalam hati saya terdetik,
“Kalau dia ada peluang… hidup dia boleh berubah.”
Saya pun berkongsi pengalaman saya —
bagaimana saya bermula sebagai Education Consultant dengan zero modal,menggunakan socmed dapat menjana pendapatan.
Best kan?
Akhirnya, ibu tersebut join sebagai affiliate dan juga sebagai customer.
Anaknya belajar.
Dan si ibu p**a mula menjana pendapatan.
Sejak hari itu, bermulalah perjalanan saya untuk coach dan membimbing dia menjadi seorang Education Consultant yang berjaya.
Antara bimbingan yang saya berikan:
✨ Cara belajar buat content di media sosial
✨ Cara buat sales dan marketing
✨ Cara membimbing anak-anak yang join melalui dia supaya jadi pelajar cemerlang
SEMUA coaching dan guidance ini diberi secara PERCUMA.
Syaratnya cuma satu:
Mindset.
Mindset bahawa I am born to be an achiever.
Kerana dalam perjalanan ini,
walaupun kita dah buat yang terbaik,
rejection tetap akan datang.
Bahagian itu memang perit.
Memang mencabar.
Dan hanya mereka yang self-motivated dan tak mudah give up mampu bertahan.
Hari ini…
Genap 3 bulan ibu tunggal itu menjadi affiliate.
Dan dia telah berjaya menjana RM500+ melalui platform e-tuition ini.
Tapi apa yang paling buat hati saya sebak…
Hari ini dia telefon saya.
Dengan suara yang bergetar dan tangisan yang tak mampu ditahan,
dia cakap,
Income dah masuk bank baru pergi beli barang dapur
Dia menangis teresak-esak.
Sebab dia tak pernah berharap,
bahawa dia mampu menjana pendapatan tambahan sebanyak itu.
Hari ini, saya sedar…
Inilah maksud sebenar education.
Bukan sekadar ubah keputusan peperiksaan.
Tapi ubah kehidupan.
A truly blessed day today. 😭🤍