Perpustakaan Musa Mohamad, USM

Perpustakaan Musa Mohamad, USM Menjadi pemangkin ke arah perkembangan ilmu, kesarjanaan dan pendidikan sepanjang hayat untuk pembangunan lestari.

Objektif Kualiti Kami :-

1)Memberi maklum balas terhadap aduan dalam tempoh 2 hari bekerja.

2)Memproses tempahan buku dalam tempoh 1 hari selepas buku dipulangkan.

3)Menyusun semula buku yang dikembalikan dalam tempoh 2 hari bekerja.

4)Memproses dan memaklumkan status permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dalam tempoh 5 hari bekerja.

5)Memproses bahan dengan segera dalam tempoh 1 hari bekerja.

๐Ÿ“ข NOTIS PENUTUPAN PERPUSTAKAANDimaklumkan bahawa Perpustakaan Musa Mohamad akan ditutup sempena cuti umum Maulidur Rasul...
23/08/2026

๐Ÿ“ข NOTIS PENUTUPAN PERPUSTAKAAN

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Musa Mohamad akan ditutup sempena cuti umum Maulidur Rasul 1448H/2026M, seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 25 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ•Œ Sempena: Maulidur Rasul

Perpustakaan akan kembali beroperasi seperti biasa pada:

๐Ÿ“… 26 Ogos 2026 (Rabu)

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Salam Maulidur Rasul 1448H.
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู





๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ๐ŸŒ™Seluruh warga Perpustakaan Musa Mohamad mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada se...
23/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ๐ŸŒ™

Seluruh warga Perpustakaan Musa Mohamad mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah perjuangan Rasulullah SAW serta mencontohi akhlak Baginda yang penuh kasih sayang, kesabaran dan kebijaksanaan dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan segala ajaran serta sunnah Baginda menjadi panduan menuju kehidupan yang diberkati Allah SWT.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Perpustakaan Musa Mohamad





๐Ÿ“š PERJUMPAAN BULANAN BERSAMA KETUA JABATAN & REHEARSAL MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JENDELA ILMUPada 21 Ogos 2026, warga st...
21/08/2026

๐Ÿ“š PERJUMPAAN BULANAN BERSAMA KETUA JABATAN & REHEARSAL MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JENDELA ILMU

Pada 21 Ogos 2026, warga staf Perpustakaan Musa Mohamad telah mengadakan Perjumpaan Bulanan Bersama Ketua Jabatan sebagai platform perkongsian maklumat, perbincangan dan penyelarasan aktiviti jabatan.

Warga PMM turut menghadiri sesi rehearsal bagi persiapan Majlis Pelancaran Program Jendela Ilmu: Kempen Kongsi dan Derma Buku, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu serta memberikan kerjasama, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan segala persiapan bagi program ini.

Semoga segala persiapan yang dilaksanakan dapat memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. ๐Ÿ“–โœจ

18/08/2026

Tahniah kepada 4,904 pelajar yang ditawarkan kemasukan ke Program Ijazah Pertama Universiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2026/2027.

Satu perjalanan baharu menanti anda di USM. Manfaatkan setiap peluang untuk belajar, berkembang dan mencipta pengalaman yang akan membentuk masa depan anda.

14/08/2026
Tahniah atas kejayaan menamatkan latihan industri di Perpustakaan Musa Mohamad!Setinggi-tinggi penghargaan dan terima ka...
14/08/2026

Tahniah atas kejayaan menamatkan latihan industri di Perpustakaan Musa Mohamad!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen, kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan sepanjang bersama kami. Semoga setiap ilmu, pengalaman dan kenangan yang tercipta menjadi bekalan berharga dalam menempuh alam kerjaya kelak.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, kejarlah impian dan jangan pernah berhenti mencipta kejayaan. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan dan terus maju jaya dalam setiap langkah yang mendatang.

Selamat melangkah ke fasa baharuโ€”semoga masa depan yang gemilang menanti anda!

13 & 14 Ogos 2026 (Khamis & Jumaat)๐Ÿ“‹ AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015Perpustakaan Musa Mohamad sedang melaksanakan Audit D...
13/08/2026

13 & 14 Ogos 2026 (Khamis & Jumaat)
๐Ÿ“‹ AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015

Perpustakaan Musa Mohamad sedang melaksanakan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 sebagai usaha memastikan sistem pengurusan kualiti sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan secara berkesan.

Pelaksanaan audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap prosedur kerja yang ditetapkan, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Terima kasih kepada pasukan auditor dan seluruh warga Perpustakaan Musa Mohamad atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang sesi audit berlangsung.

Komited terhadap kualiti, berusaha ke arah kecemerlangan.

Selamat Menjalani Audit Dalaman MS ISO 9001:2015, Perpustakaan Musa Mohamad bagi tahun 2026.
13/08/2026

Selamat Menjalani Audit Dalaman MS ISO 9001:2015, Perpustakaan Musa Mohamad bagi tahun 2026.

Selamat menjalani Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 kepada semua warga Perpustakaan USM. ๐Ÿ’œ๐Ÿ“š

Semoga proses audit berlangsung dengan lancar dan menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti universiti.

Bersama kita membudayakan kualiti, profesionalisme dan kecemerlangan perkhidmatan. ๐Ÿ’ชโœจ

13/08/2026

โœจ SEKALUNG TAHNIAH! โœจ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat ke jawatan Pustakawan Gred S9. ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini! Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memberikan perkhidmatan terbaik serta menyumbang kepada kemajuan Perpustakaan, Universiti Sains Malaysia. ๐Ÿ’œ๐Ÿ“š

๐ŸŒŸ Tahniah atas kejayaan! Teruskan melangkah dengan cemerlang!

Address

Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, USM
Nibong Tebal
14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Musa Mohamad, USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Perpustakaan Musa Mohamad, USM:

Shortcuts

Share