09/12/2025
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MAJLIS TAHLIL RINGKAS & DOA SELAMAT: AL-IKHSAN SPORTS DESIGN VILLAGE
Sisipan kali ini adalah tanda syukur kami ke hadrat Allah SWT atas keizinanNya, juga rasa terima kasih kami atas jemputan untuk mengendalikan tahlil ringkas & doa selamat (dipandu oleh Ustaz Faiz) serta terlebih dahulu dimaniskan dengan solat Maghrib berjemaah (berimamkan Ustaz Sofi) pada 27 November 2025 yang lepas bersempena pembukaan AL-IKHSAN SPORTS (AI) Cawangan Design Village (DV).
Majlis telah disemarakkan oleh 12 orang pelajar Maahad Tahfiz Darul Furqan bersama 3 mu'allim pengiring & beberapa bekas pelajar (hufaz) MTDF.
Setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang telah diberikan oleh Encik Arif selaku wakil utama AI cawangan DV bersama rakan-rakan beliau yang bukan sahaja menyantuni anak-anak Tahfiz dari awal hingga ke penghujung majlis yang berakhir sekitar jam 9 malam, malah bermurah hati menyumbangkan beberapa kelengkapan sukan untuk anak-anak Tahfiz beriadah.
Kami daripada team MTDF mendoakan agar AI terus maju & sentiasa berada di dalam keberkatan Allah SWT.
Jom sama-sama kita menyokong AI, salah sebuah perusahaan Muslim agar apa jua usaha muamalat mereka dapat memberi manfaat kepada ekonomi Islam khasnya serta terus menghidupkan semangat kesukanan keseluruhannya.