SMKA Syeikh Abdullah Fahim Tahfiz Model Ulul Albab - Rasmi

SMKA Syeikh Abdullah Fahim Tahfiz Model Ulul Albab - Rasmi SMKASAF singkatan drpd SMK Agama Syeikh Abdullah Fahim yg dahulunya dikenali sbgai SMKA Nibong Tebal

Inilah ‘JIWA’ anak-anak SAF dalam bidang kokurikulum! 💚💛Alhamdulillah, 6 buah badan beruniform telah membawa nama SMKA S...
16/07/2026

Inilah ‘JIWA’ anak-anak SAF dalam bidang kokurikulum! 💚💛

Alhamdulillah, 6 buah badan beruniform telah membawa nama SMKA Syeikh Abdullah Fahim ke medan pertandigan peringkat negeri, semuanya p**ang dengan membawa kejayaan yang membanggakan.

Tahniah buat Skuad Kawad Kaki SMKA Syeikh Abdullah Fahim!

Lebih manis, KRS masih berjaya mengekalkan kejuaraan di peringkat Negeri untuk tahun demi tahun. Super duper senior mesti bangga melihat legasi ini terus dipertahankan! 💚

Lebih membanggakan, 5 orang murid telah dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik.

Berikut keputusan penuh PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026:

🏆 JOHAN KRS (Putera)
🏅 Ketua Platun Terbaik: Muhammad Huzaifah bin Mohamad Nazir

🏆 JOHAN KRS (Puteri)
🏅 Ketua Platun Terbaik: Aliesya Afrina binti Roslan

🏆 JOHAN Pengakap (Putera)
🏅 Ketua Platun Terbaik: Amir Furqan bin Ahmad Zulfahmi

🥈 NAIB JOHAN Pengakap (Puteri)
🏅 Ketua Platun Terbaik: Aulya Rujha binti Abu Hasan

🥉 TEMPAT KETIGA Bomba (Putera)
🏅 Ketua Platun Terbaik: Muhammad Ariff Wafi bin Ridwan

🥉 TEMPAT KETIGA KASPA (Puteri)

Insya-Allah, 3 pasukan kawad kaki akan mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan.

Mohon doa daripada semua agar anak-anak SAF terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah di pentas Kebangsaan. 🤲

Di sebalik setiap hentakan kaki, tersimpan ribuan jam latihan. Di sebalik setiap arahan yang dipatuhi, terbina disiplin, kesetiaan dan jati diri seorang pemimpin.

Tahniah dan syabas semua anak-anak SAF dan para guru pembimbing! Teruskan melangkah dengan penuh disiplin, semangat dan integriti.

03/07/2026

Keputusan Rasmi Pertandingan Kawad Kaki Pertubuhan Badan Beruniform Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan Tahun 2026

Kategori KRS

KRS PUTERA : JOHAN (KETUA PLATUN TERBAIK)

KRS PUTERI : JOHAN (KETUA PLATUN TERBAIK)

Kategori Badan Kerajaan (GO)

KADET BOMBA : JOHAN (KETUA PLATUN TERBAIK)

KASPA : JOHAN

Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO)

PENGAKAP LELAKI : JOHAN (KETUA PLATUN TERBAIK)

BSMM LELAKI : NAIB JOHAN

PENGAKAP PEREMPUAN : JOHAN (KETUA PLATUN TERBAIK)

PUTERI ISLAM : NAIB JOHAN

Tahniah semua pasukan kawad SAF.

CreditVideo : TVPSSSAF
Folow Tiktok : SAF Creative
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-97j53hi2265

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir memeriahkan Malam Ma...
14/06/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir memeriahkan Malam Mahabbah 2026. Kehadiran dan sokongan anda menjadi penyuntik semangat serta pemangkin kejayaan program ini.

Terima kasih juga kepada para penaja, sukarelawan, urusetia, para jemputan khas, serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin melalui program ini terus mekar dan kita dapat bertemu lagi dalam program-program akan datang.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kenangan indah Malam Mahabbah 2026. ❤️

🔥 PRE-ORDER RASMI BAJU MEGA MAHABBAH 2026 🔥Assalamualaikum wbt 🌷Bersempena Program Mega Mahabbah bersama INTEAM, Syaṭibi...
24/05/2026

🔥 PRE-ORDER RASMI BAJU MEGA MAHABBAH 2026 🔥

Assalamualaikum wbt 🌷
Bersempena Program Mega Mahabbah bersama INTEAM, Syaṭibiyyah dan US Nabil, kami membuka tempahan awal baju rasmi program untuk semua peserta, penyokong dan pengunjung ✨

📌 Aktiviti berlangsung dari siang sampai malam!
⚽ Bola sepak
🏐 Bola tampar
✍️ Pertandingan khat
🎤 Malam Mahabbah & Nasyid
🛍️ Gerai NGO & jualan makanan

👕 Pilihan Baju Pre-Order:
• Roundneck Short Sleeve (neck getah) – RM32
• Collar Short Sleeve (collar sub) – RM38
• Muslimah (neck sub) – RM42

📅 Tarikh tutup pre-order:
🛑 28 Mei 2026

💳 Bayaran perlu dibuat terlebih dahulu melalui Google Form semasa tempahan.
Link tempahan :
https://forms.gle/Zuv6WJht5ivySMFcA

📍 Pengambilan baju:
Di khemah urusetia pada hari program
🕗 Bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam

⚠️ Tempahan adalah TERHAD mengikut jumlah pengeluaran baju.

Jom meriahkan Mega Mahabbah bersama keluarga & sahabat ❤️
“Sukan, Ukhuwwah & Mahabbah Dalam Satu Program”

🔥 SEAT VIP SOLD OUT! 🔥Terima kasih atas sambutan luar biasa daripada semua!🎟️ Seat Ekonomi kini hanya berbaki 150 sahaja...
17/05/2026

🔥 SEAT VIP SOLD OUT! 🔥
Terima kasih atas sambutan luar biasa daripada semua!

🎟️ Seat Ekonomi kini hanya berbaki 150 sahaja lagi!

Saksikan persembahan istimewa daripada Inteam yang akan membawakan 8 buah lagu pilihan, disusuli dengan persembahan penuh seni daripada Qasidah Syatibiyyah serta penampilan khas Nabil Ahmad yang pastinya menceriakan suasana.

📲 Imbas Kod QR untuk pembelian tiket sekarang!

Selamat Hari Guru 2026 ✨“Guru Bitara, Nadi Negara”Terima kasih buat semua insan bergelar guru yang tidak pernah jemu men...
15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 ✨
“Guru Bitara, Nadi Negara”

Terima kasih buat semua insan bergelar guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk masa depan anak bangsa.
Segala ilmu, pengorbanan dan doa kalian akan sentiasa dikenang ❤️📚

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DEBAT GENERASI MADANI PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN 2026Johan: SMKASAFNaib Johan : SMK ...
14/05/2026

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DEBAT GENERASI MADANI PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN 2026

Johan: SMKASAF
Naib Johan : SMK Sg. Acheh
Tempat Ke-3(bersama): SMK Syed Syeikh Barakbah dan SMK Tunku Abdul Rahman

Pusingan Awal
Usul: Kecerdasan Buatan (AI) pemangkin Generasi Madani

SMKA SAF(K) vs SMK Tunku Abdul Rahman (P)
usul diterima✅

Pembahas Terbaik Pusingan Awal: Sofiya Asyiqin(pendebat ke-3)

Usul: Kecerdasan Buatan (AI) pemangkin Generasi Madani

SMK Saujana Indah (K) vsSMKA SAF(P)
usul ditolak✅

Pembahas Terbaik Pusingan Awal: Nur Aisyal Husna( Ketua Pembangkang )

Pusingan Separuh Akhir
Usul: Keselamatan Siber Perlu Diutamakan Demi Kesejahteraan Negara

SMKASAF(K) vs SMK Syed Syeikh Barakbah
usul Diterima ✅

Pembahas Terbaik Separuh Akhir : Sofiya Asyikin(Pendebat ke-3)

Pusingan Akhir
Usul: Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah Penting Dalam Membentuk Kebolehan Kerjaya Pelajar

SMK Sg Acheh (K) vs SMKASAF(P)
Usul ditolak ✅

Pembahas Terbaik Peringkat Akhir :Sofiya Asyikin SMKASAF (menteri ke-3)

TAHNIAH PASUK DEBAT SAF!Doakan mereka diperingkat negeri p**a 🤲🏻

🎉 PERTANDINGAN TIKTOK RAMADAN DAERAH SPS 2026Tahniah buat Team TvPSS Puteri SMKA Syeikh Abdullah Fahim atas kejayaan mer...
14/05/2026

🎉 PERTANDINGAN TIKTOK RAMADAN DAERAH SPS 2026

Tahniah buat Team TvPSS Puteri SMKA Syeikh Abdullah Fahim atas kejayaan merangkul 🥈 Naib Johan kategori perempuan.

Penghargaan istimewa juga buat Ustaz Noh selaku guru pembimbing yang sentiasa komited menggerakkan platform TikTok SAF bersama team TVPSS SAF dengan penghasilan kandungan yang kreatif, bermanfaat dan sarat dengan nilai positif. Usaha berterusan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat pelajar dalam dunia media digital, malah menjadi medium dakwah yang dekat di hati masyarakat 🌙✨

Semoga Team TVPSS SAF terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi dalam menyebarkan ilmu serta nilai-nilai murni melalui platform digital 🤍

🌷 PAMERAN SEKOLAH KHUSUS SEMPENA KARNIVAL KERJAYA MURID SUKSES PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026📍Tempat : ADTEC K...
14/05/2026

🌷 PAMERAN SEKOLAH KHUSUS SEMPENA KARNIVAL KERJAYA MURID SUKSES PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026

📍Tempat : ADTEC Kepala Batas
📅 Tarikh : 28 & 29 April 2026

Tahniah anak-anak SAF yang bertugas mempromosikan SMKA Syeikh Abdullah Fahim kepada murid-murid sekolah rendah dengan penuh yakin dan bersemangat.

✨ “Tahfiz Ulul Albab, Melahirkan Generasi Rabbani dan Profesional.”

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya lebih ramai generasi Al-Quran yang cemerlang dunia dan akhirat 🤍

Keputusan pertandingan upcycle pelita malam 7 likur anjuran mbsp@ sekolah hijauPeringkat Negeri 2026Pencapaian : Tempat ...
14/05/2026

Keputusan pertandingan upcycle pelita malam 7 likur anjuran mbsp@ sekolah hijau
Peringkat Negeri 2026

Pencapaian : Tempat Ke7/ saguhati
menerima sijil dan rm200
Daripada 10 pasukan terbaik

✅Sekaligus menerima 1K
Sebagai rakan strategik Hijau 2026

Tahniah anak2 5ilham cg dan tksh ustzah Anis wakilkan kami Hijau Saf

Address

Nibong Tebal
14300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047172403

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMKA Syeikh Abdullah Fahim Tahfiz Model Ulul Albab - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMKA Syeikh Abdullah Fahim Tahfiz Model Ulul Albab - Rasmi:

Shortcuts

Share

Category