27/08/2026
🌏 LEAN@USM GOES INTERNATIONAL! 🇲🇾🤝🇮🇩
From Penang to Medan — Lean@USM's international journey just took another step forward.
We're proud to share our latest collaboration with PT Victorindo Pratama Mandiri (Victorindo Group) in Medan, Indonesia, where we ran a full Lean Six Sigma Yellow Belt Training programme for 24 Victorindo staff. The 10-module programme started online via Lark in June and July 2026, then moved to face-to-face sessions on 20 to 22 August at the Victorindo Group Learning Institute in Medan, delivered together with the Department of Industrial Engineering at Universitas Sumatera Utara (USU).
Over the course of the programme, participants worked through the full spectrum of Lean thinking — from leadership and culture down to the statistical tools that make improvement measurable. They looked at Lean management and principles, change management, employee engagement, and what it actually takes to build a Lean culture. They got hands-on with visual management and 5S, waste elimination, PDCA, and root cause analysis using tools like the 5 Whys, fishbone diagrams, prioritisation matrices and process mapping. On the more technical side, they picked up statistical process control — run charts, histograms, scatter diagrams and control charts — supported by software-based SPC learning. None of it stayed theoretical: case studies, group activities, LEGOPlane and HoM simulations kept everything tied back to real production floor problems.
The programme closed with an online test and graduation, sending 24 newly minted Lean Six Sigma Yellow Belters back to their workplaces. 🎓👏
One moment from the closing ceremony stayed with us. Mr. Kunaefi Siswady, Managing Director of Victorindo Group, told us: "Trima kasih banyak atas training nya yg sangat luar biasa 🙏" Thank you, Mr. Kunaefi and the whole Victorindo team, for the trust and the energy you brought to this partnership. ❤️
This marked the second time Lean@USM has taken its training abroad. The first was back in January 2024, a Lean Six Sigma White Belt programme delivered at Bangkok Hospital Hat Yai in Thailand, in partnership with Prince of Songkla University. From healthcare in Thailand to manufacturing in Indonesia, the thread running through both is the same — continuous improvement doesn't stay in one industry or one country once it takes hold.
Learn Lean. Practise Lean. Improve together. From USM to the world. 🌏✨
--------------------------------------------------------------------------
🌏 LEAN@USM MELANGKAH KE PERINGKAT ANTARABANGSA! 🇲🇾🤝🇮🇩
Dari Pulau Pinang ke Medan — perjalanan antarabangsa Lean@USM terus berkembang.
Kami dengan bangga berkongsi kerjasama antarabangsa terbaharu bersama PT Victorindo Pratama Mandiri (Victorindo Group) di Medan, Indonesia, di mana kami telah menganjurkan program Latihan Lean Six Sigma Yellow Belt sepenuhnya untuk 24 orang kakitangan Victorindo. Program 10 modul ini bermula secara dalam talian menerusi aplikasi Lark pada Jun hingga Julai 2026, sebelum diteruskan dengan sesi bersemuka pada 20 hingga 22 Ogos di Victorindo Group Learning Institute, Medan, hasil kerjasama dengan Jabatan Kejuruteraan Perindustrian, Fakulti Kejuruteraan, Universitas Sumatera Utara (USU).
Sepanjang program ini, para peserta didedahkan kepada skop Lean yang menyeluruh — bermula daripada kepimpinan dan budaya organisasi, sehinggalah kepada alat statistik yang membolehkan penambahbaikan diukur dengan jelas. Mereka mempelajari pengurusan dan prinsip Lean, pengurusan perubahan, penglibatan pekerja, serta cara membina budaya Lean yang mampan. Peserta turut didedahkan kepada pengurusan visual dan 5S, pengurangan pembaziran, PDCA, serta analisis punca masalah menggunakan teknik seperti 5 Why, gambar rajah tulang ikan (fishbone), matriks keutamaan dan pemetaan proses. Dari segi teknikal p**a, mereka mempelajari kawalan proses secara statistik — carta larian, histogram, gambar rajah serakan dan carta kawalan — disokong dengan pembelajaran SPC berasaskan perisian. Semua ini tidak tinggal sebagai teori semata-mata; kajian kes, aktiviti berkump**an, simulasi LEGOPlane dan HoM memastikan pembelajaran sentiasa dikaitkan dengan masalah sebenar di lantai pengeluaran.
Program ini berakhir dengan ujian secara atas talian dan majlis graduasi, melahirkan 24 peserta yang kini bergelar Lean Six Sigma Yellow Belt. 🎓👏
Satu detik yang amat bermakna dalam majlis penutup ialah ucapan daripada Encik Kunaefi Siswady, Pengarah Urusan Victorindo Group: "Trima kasih banyak atas training nya yg sangat luar biasa 🙏" Terima kasih Encik Kunaefi dan seluruh warga Victorindo atas kepercayaan dan semangat yang diberikan sepanjang kerjasama ini. ❤️
Ini merupakan kali kedua Lean@USM membawa latihannya ke luar negara. Kerjasama antarabangsa pertama telah dijalankan pada Januari 2024, iaitu program Lean Six Sigma White Belt di Bangkok Hospital Hat Yai, Thailand, dengan kerjasama Prince of Songkla University. Daripada sektor kesihatan di Thailand kepada sektor pembuatan di Indonesia, satu perkara yang jelas — semangat penambahbaikan berterusan tidak terhad kepada satu industri atau satu negara sahaja apabila ia benar-benar tertanam.
Belajar Lean. Amalkan Lean. Berkembang bersama. Dari USM ke seluruh dunia. 🌏✨