14/08/2026
๐ฟ BACAAN YASIN, SOLAT DHUHA & TAZKIRAH PAGI ๐ฟ
14.8.2026
Alhamdulillah, telah berlangsung Bacaan Yasin, Solat Dhuha dan Tazkirah Pagi yang melibatkan murid Tahun 5 dan Tahun 6.
๐ Tajuk Tazkirah: kepada siapa kita perlu CINTA?
Program ini memberi ruang kepada murid untuk menghayati kepentingan cinta kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, ibu bapa, serta guru. Semoga pengisian ini dapat membentuk jiwa murid yang lebih dekat dengan Allah, berakhlak mulia dan mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan seharian. ๐คฒโจ
Semoga setiap langkah dalam mendidik hati menjadi bekalan untuk membentuk generasi beriman, berakhlak dan penyayang. ๐ธ
Peringatan:
๐ Murid diingatkan agar menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan serta mengelakkan hubungan ber"couple" pada usia persekolahan. Utamakan pelajaran, persahabatan yang sihat dan pembentukan akhlak yang baik. Jagalah hati, maruah diri dan masa depan kerana cinta yang terbaik ialah cinta yang membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. ๐ท๐คฒ