14/08/2026
*HEBAHAN BENGKEL*
*BIOMATERIAL COURSE SERIES: A HANDS-ON SESSION ON UTM, TGA, AND FTIR*
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sains Pergigian, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Biomaterial Course Series: A Hands-On Session on UTM, TGA, and FTIR.
Bengkel ini direka khusus untuk penyelidik, ahli akademik dan pelajar pascasiswazah yang ingin memperkukuhkan pengetahuan serta kemahiran praktikal dalam pencirian biomaterial dan bahan pergigian. Peserta akan didedahkan kepada prinsip asas serta aplikasi Universal Testing Machine (UTM), Thermogravimetric Analysis (TGA) dan Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR) melalui sesi kuliah oleh pakar serta latihan amali secara langsung. Bengkel ini turut memberi peluang kepada peserta untuk memahami kaedah penyediaan sampel, pengendalian instrumen dan analisis data yang berkaitan dengan penyelidikan biomaterial.
Maklumat bengkel adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: SERC@Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal
Pendaftaran:
🔗 https://forms.gle/xUUz9JQ5Z3vvoKjF8
Tempat adalah terhad. Penyertaan daripada penyelidik, ahli akademik, pelajar pascasiswazah serta individu yang berminat dalam bidang biomaterial dan sains bahan adalah amat dialu-alukan.
Daftar sekarang dan rebut peluang untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran secara hands-on menggunakan instrumen penyelidikan bertaraf industri.
________________________________________
*WORKSHOP ANNOUNCEMENT*
*BIOMATERIAL COURSE SERIES: A HANDS-ON SESSION ON UTM, TGA, AND FTIR*
The Department of Dental Science, Tun Abdullah Ahmad Badawi Cancer Centre, Universiti Sains Malaysia (USM) is pleased to invite researchers, academic staff, and postgraduate students to participate in the Biomaterial Course Series: A Hands-On Session on UTM, TGA, and FTIR.
This workshop is designed to provide participants with both theoretical knowledge and practical experience in biomaterial characterization and dental materials research. Participants will gain valuable exposure to the principles and applications of the Universal Testing Machine (UTM), Thermogravimetric Analysis (TGA), and Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR) through expert lectures and guided hands-on sessions. The programme also covers specimen preparation, instrument operation, and data interpretation, equipping participants with essential skills for research involving advanced analytical instruments.
Workshop Details
📅 Date: 29 October 2026 (Thursday)
🕣 Time: 8.30 a.m. – 5.00 p.m.
📍 Venue: SERC@Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal
Registration:
🔗 https://forms.gle/xUUz9JQ5Z3vvoKjF8
Seats are limited. Come and join us!