SMK Suai

SMK Suai Ditubuhkan pada tahun 2004. Merupakan sekolah luar bandar yang berada diantara laluan Miri dan Bintulu segala maklumat dan pandangan boleh dikongsikan di sini.

Perkongsian ini juga untuk menjawab segala persoalan dan berkongsi apa saj termasuklah minat, musik, movies pelajaran dan lain2. jom buat kecoh kat sini! haha

21/08/2026
๐Ÿ“ข MAKLUMAN HARI PERMUAFAKATAN MURID, GURU DAN IBU BAPAPihak sekolah dengan sukacitanya menjemput ibu bapa/penjaga murid ...
17/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN HARI PERMUAFAKATAN MURID, GURU DAN IBU BAPA

Pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput ibu bapa/penjaga murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 untuk hadir ke Hari Permuafakatan Murid, Guru dan Ibu Bapa bagi membincangkan perkembangan akademik serta Keputusan Peperiksaan Penggal Dua anak-anak.

๐Ÿ“… Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 2.00 petang โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Kelas anak masing-masing

Pertemuan ini merupakan peluang terbaik untuk ibu bapa, guru dan murid berbincang bersama tentang kekuatan, kelemahan serta langkah penambahbaikan dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan kehadiran ibu bapa/penjaga amatlah dihargai demi kecemerlangan anak-anak kita. ๐Ÿค๐Ÿ“šโœจ

Suai Ku Sayang, Kita Maju Bersama! ๐Ÿ’š๐Ÿ’›

Salam Suaiku Sayang Selamat datang dan selamat menjalani Program Guru Perantis di SMK Suai kepada Cikgu Salahuddin Musta...
07/08/2026

Salam Suaiku Sayang

Selamat datang dan selamat menjalani Program Guru Perantis di SMK Suai kepada Cikgu Salahuddin Mustaqim bin Ali dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Semoga tempoh latihan ini menjadi satu pengalaman yang bermakna dalam membina ilmu, kemahiran dan jati diri sebagai seorang pendidik.

Warga SMK Suai mengalu-alukan kehadiran anda dan berharap agar segala urusan dipermudahkan serta dipenuhi dengan kenangan yang indah.

Makluman kepda ibu bapa murid berkenaan Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khas (PKSK) 2026
03/08/2026

Makluman kepda ibu bapa murid berkenaan Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khas (PKSK) 2026

25 JULAI 2026 - BENGKEL MATH HACKS SPMPanitia Matematik SMK Suai telah mengadakan Bengkel MATH HACKS SPM pada 25 Julai 2...
25/07/2026

25 JULAI 2026 - BENGKEL MATH HACKS SPM

Panitia Matematik SMK Suai telah mengadakan Bengkel MATH HACKS SPM pada 25 Julai 2026 (Sabtu).
Bengkel ini telah disampaikan oleh Cikgu Willie Lee Bui Wei dari SMK Riam. Murid yang terlibat ialah semua murid tingkatan 5 SMK Suai serta 11 orang guru Matematik. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan teknik menjawab soalan dan meningkatkan pengetahuan murid dalam penguasaan silibus dan topik Matematik bagi menghadapi peperiksaan SPM tahun 2026.

๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜‚๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.Salam Sejahtera dan Salam Suaiku Sayang.Setinggi-tinggi ta...
20/07/2026

๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜‚๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Salam Sejahtera dan Salam Suaiku Sayang.

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada para peserta SMK Suai atas kejayaan cemerlang yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Daerah Subis 2026.

Pencapaian yang telah diraih adalah seperti berikut:

๐Ÿ†Tempat Pertama โ€“ Public Speaking Competition
-Damien Harith (3A)

๐Ÿฅ‰Tempat Ketiga โ€“ Poetry Recitation Competition
-Nur Arissa Binti Jeffery (2A)
-Dahlyea Angelika Binti Abdullah (2A)

Guru Pembimbing:
Cikgu Randle Rafael (Public Speaking)
Cikgu Anita ak Lengkong (Poetry Recitation)
Cikgu Nadiafazira binti Ismail (Poetry Recitation)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta serta guru-guru pembimbing atas segala usaha, komitmen dan dedikasi yang telah membuahkan kejayaan ini.

๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜€๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป (๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง)Salam Sejahtera dan Salam Suaiku Sayang.Setinggi-tinggi tahniah diuc...
20/07/2026

๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜€๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป (๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง)

Salam Sejahtera dan Salam Suaiku Sayang.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta SMK Suai atas pencapaian membanggakan dalam Karnival Seni dan Sukan Asrama Sekolah Harian (ASAT) Peringkat Daerah Subis.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Nyanyian Duo Irama Melayu
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Nyanyian Duo Bahasa Inggeris
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Tarian
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Sepak Takraw

Syabas dan tahniah kepada semua peserta serta guru pembimbing atas usaha, komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Seluruh warga SMK Suai amat berbangga dengan kejayaan yang diraih.

๐Ÿ“Œ HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA & MURID TINGKATAN 5 (SPM 2026) KALI KE-2Pada 8 Julai 2026 (Rabu) lepas, telah diadakan Har...
10/07/2026

๐Ÿ“Œ HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA & MURID TINGKATAN 5 (SPM 2026) KALI KE-2

Pada 8 Julai 2026 (Rabu) lepas, telah diadakan Hari Permuafakatan Ibu Bapa & Murid Tingkatan 5 (SPM 2026) Kali Ke-2 bertempat di Dewan Sri Suai.

Program ini menjadi platform pertemuan antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid dalam memperkukuh kerjasama bagi memastikan persediaan calon SPM 2026 berada pada tahap terbaik. Melalui sesi perkongsian dan perbincangan bersama guru, ibu bapa dapat mengetahui perkembangan akademik anak-anak serta langkah sokongan yang boleh diberikan dalam menuju kecemerlangan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa, murid, guru serta warga sekolah yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga permuafakatan erat antara sekolah, ibu bapa dan murid menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang SPM 2026. ๐ŸŽ“โœจ

โ€œKolaborasi Teguh, Kecemerlangan Pasti.โ€

๐Ÿงชโœจ BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN KIMIA SPM โœจ๐ŸงชPanitia Kimia SMK Suai akan menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Ki...
06/07/2026

๐Ÿงชโœจ BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN KIMIA SPM โœจ๐Ÿงช

Panitia Kimia SMK Suai akan menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kimia SPM bagi membantu murid meningkatkan kemahiran, strategi dan keyakinan dalam menghadapi peperiksaan SPM. ๐Ÿ“š๐Ÿ’ช

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Pn Dora Young Wan dari SMK Chung Hwa (CF), dengan perkongsian teknik menganalisis soalan, strategi menjawab pelbagai jenis soalan, tips menjawab soalan kira-kira dan esei serta latihan praktis dan pembahasan contoh soalan.

๐Ÿ“… Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 7.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Muzik, SMK Suai

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya, menimba ilmu dan mengaplikasikan strategi yang dipelajari untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM. ๐ŸŒŸ

Address

SMK SUAI
Niah
98200

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
14:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 12:00
14:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 12:00
14:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 12:00
14:00 - 16:00
Friday 08:00 - 12:00
14:00 - 16:00

Telephone

+6085738373

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Suai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category