24/07/2026
๐ธ PERTANDINGAN BADMINTON PERINGKAT DAERAH SUBIS (KARNIVAL SENI & ASRAMA 2026) ๐
Pada 23 Julai 2026 yang lalu, dua orang murid asrama SK Rumah Mentali telah berjuang mewakili sekolah dalam Pertandingan Badminton Peringkat Daerah Subis sempena Karnival Seni dan Asrama! โจ
๐ Tempat: Dewan Serbaguna Bekenu
Wakil sekolah terdiri daripada murid asrama:
๐ง Patricia Jeba Samy (Tahun 5)
๐ง Priscilla Elynthia (Tahun 4)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Patricia dan Priscilla kerana telah berjaya melangkah hingga ke Peringkat Suku Akhir! ๐ Biarpun persaingan amat sengit, semangat juang dan kesungguhan yang ditunjukkan di atas gelanggang amat membanggakan seluruh warga sekolah! ๐ช Usaha ini adalah satu pengalaman berharga untuk melangkah lebih jauh pada masa akan datang. ๐
Setinggi-tinggi terima kasih juga kepada guru pengiring, Cikgu Juddey, atas bimbingan, dorongan, dan sokongan padu sepanjang pertandingan berlangsung. ๐
Syabas anak-anak asrama SK Rumah Mentali! Teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti berjuang! ๐