SK Sungai Tangap

SK Sungai Tangap Let memories of the teacher and student to be here. The page that will deliver information and recent activities organize in the school.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGASSeluruh warga sekolah merakamkan ucapan selamat datang dan selamat bertugas kepada Ci...
16/03/2026

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga sekolah merakamkan ucapan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cik Nurshafika Binti Jahani yang akan berkhidmat secara kontrak sebagai Personel MySTEP dan telah melapor diri sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Prasekolah mulai 16 Mac 2026 sehingga 31 Julai 2026.

Semoga kehadiran beliau dapat menyumbang kepada kelancaran pengurusan serta perkembangan pendidikan murid-murid prasekolah di sekolah ini. Diharapkan juga agar beliau dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat kerjasama bersama warga sekolah.

Sekali lagi, selamat datang dan selamat menjalankan tugas. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh perkhidmatan di sini.

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026Dimaklumkan bahawa cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina akan...
13/02/2026

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026

Dimaklumkan bahawa cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina akan bermula pada:

πŸ“… 14 Februari 2026 (Sabtu)
hingga
πŸ“… 22 Februari 2026 (Ahad)

Sesi persekolahan akan bermula semula pada:

πŸ“Œ 23 Februari 2026 (Isnin)

Sehubungan itu, semua murid dan ibu bapa/penjaga diminta mengambil maklum tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

🌸 SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🌸Seluruh warga SK Sungai Tangap mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepa...
20/01/2026

🌸 SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🌸

Seluruh warga SK Sungai Tangap mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Cikgu Britney Anak Patrick @ Sampar, yang akan berkhidmat sebagai Guru Ganti MySTEP di SK Sungai Tangap bagi menggantikan Cikgu Siti Mardziah yang masih dalam tempoh cuti bersalin sehingga Mac.

Semoga kehadiran Cikgu Britney dapat memberikan sumbangan yang bermakna serta membantu melancarkan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Kami mendoakan agar Cikgu Britney sentiasa diberi kelancaran, kesihatan yang baik dan pengalaman bertugas yang positif sepanjang berada di SK Sungai Tangap.

πŸ’ Selamat maju jaya dan selamat menjalankan amanah! πŸ’

Seluruh warga SK Sungai Tangap ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua murid serta ibu bapa dan penjaga yang...
24/12/2025

Seluruh warga SK Sungai Tangap ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua murid serta ibu bapa dan penjaga yang beragama Kristian.

Semoga sambutan Krismas ini membawa kegembiraan, kedamaian dan kasih sayang bersama keluarga tersayang. Diharapkan perayaan ini juga menjadi masa yang bermakna untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menyemai nilai hormat-menghormati dan perpaduan dalam kalangan kita semua.

Akhir kata, semoga semua murid dan keluarga sentiasa sihat, selamat dan diberkati.

✨ Merry Christmas & Happy Holidays! ✨

πŸŽ“βœ¨ Majlis Graduasi & Anugerah Pelajar Cemerlang Sesi 2025/2026πŸ“… 16 Disember 2025πŸ“ SK Sungai TangapMajlis yang berlangsun...
22/12/2025

πŸŽ“βœ¨ Majlis Graduasi & Anugerah Pelajar Cemerlang Sesi 2025/2026
πŸ“… 16 Disember 2025
πŸ“ SK Sungai Tangap

Majlis yang berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna ini menjadi wadah penghargaan terhadap usaha, dedikasi serta kecemerlangan para pelajar. 🌟 Setiap anugerah yang disampaikan melambangkan kejayaan hasil kegigihan, disiplin dan komitmen yang berterusan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid prasekolah, murid Tahun 6 dan penerima anugerah. πŸŽ‰ Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

β€œGraduasi bukan sekadar penamat satu fasa pembelajaran, tetapi permulaan kepada langkah yang lebih bermakna menuju kecemerlangan.”


Selamat Datang dan Selamat BertugasSeluruh warga SK Sungai Tangap merakamkan ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas ...
18/11/2025

Selamat Datang dan Selamat Bertugas

Seluruh warga SK Sungai Tangap merakamkan ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Cikgu Wan Muhammad Aqil Bin Wan Ismail yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar sekolah ini.

Cikgu Wan Muhammad Aqil adalah graduan dari IPG Kampus Pendidikan Islam,Bangi. Beliau berasal dari Pasir Mas, Kelantan yang juga merupakan guru opsyen Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.

Semoga kehadiran cikgu membawa semangat baharu, memperkukuh budaya kerja cemerlang, serta memberi inspirasi kepada murid-murid dalam mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Semoga segala urusan dipermudah dan perjalanan kerjaya cikgu di SK Sungai Tangap sentiasa diberkati.

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TANGAPSukcaita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunik...
28/10/2025

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TANGAP

Sukcaita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Miri bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan mengadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Tangap seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Oktober 2025 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan SKST

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya dalam kalangan pelajar mengenai keselamatan dalam talian. ia juga bertujuan untuk melindungi mereka daripada menjadi mangsa jenayah siber melalui peningkatan literasi dalam penggunaan internet secara selamat dan beretika, di samping mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih sihat dan terkawal.

Ibu bapa/penjaga dan komuniti setempat juga dijemput hadir bersama-sama untuk memberi sokongan dan terlibat dalam program ini.

🎣 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Faqrul Hafiz Bin Abu Bakar atas penyertaan beliau mewakili p...
28/10/2025

🎣 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Faqrul Hafiz Bin Abu Bakar atas penyertaan beliau mewakili pasukan PSKPP Miri dalam Pertandingan Memancing Ikan Tebingan PSKPP Peringkat Negeri Sarawak 2025 πŸŽ‰

Pertandingan ini diadakan sempena Pesta PSKPP Negeri Sarawak ke-43, anjuran PSKPP Bahagian Bintulu, yang telah berlangsung pada 25 Oktober 2025 bertempat di Waterfront Bintulu, Sarawak. 🏞️

Penyertaan ini mencerminkan semangat kesukanan, kerjasama, dan komitmen tinggi warga pendidik PSKPP Miri dalam menjayakan aktiviti peringkat negeri. πŸ’ͺ✨

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Polycarp Janda Anak Bas dan Cikgu Sebestian Anak Frincis atas ...
28/10/2025

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Polycarp Janda Anak Bas dan Cikgu Sebestian Anak Frincis atas kejayaan cemerlang mewakili pasukan PSKPP Miri dan meraih gelaran Johan dalam Pertandingan Bola Sepak Senior sempena Pesta PSKPP Negeri Sarawak ke-43, anjuran PSKPP Bahagian Bintulu yang telah berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2025 bertempat di UPM Kampus Bintulu, Sarawak.

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi dan pembakar semangat kepada semua warga pendidik untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan kokurikulum.


Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Grace Ko Cin Ing yang mewakili pasukan PSKPP Miri atas kejayaa...
27/10/2025

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Grace Ko Cin Ing yang mewakili pasukan PSKPP Miri atas kejayaan meraih tempat Ketiga dalam Pertandingan Ping Pong sempena Pesta PSKPP Negeri Sarawak ke-43 anjuran PSKPP Bahagian Bintulu yang telah berlangsung pada 23 & 24 Oktober 2025 bertempat di SK Agama, Bintulu.

Kejayaan ini membuktikan semangat kesukanan, kegigihan, dan komitmen tinggi Cikgu Grace dalam bidang sukan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga pendidik yang lain untuk terus aktif dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Tahniah sekali lagi!
Bangga dengan pencapaian anda!

PELAKSANAAN UJIAN KHAS KOLEJ SARAWAK (UKKS) BAGI KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU SESI AKADEMIK 2026Pihak sekolah telah...
27/10/2025

PELAKSANAAN UJIAN KHAS KOLEJ SARAWAK (UKKS) BAGI KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU SESI AKADEMIK 2026

Pihak sekolah telah melaksanakan Ujian Khas Kolej Sarawak (UKKS) bagi kemasukan murid ke tingkatan satu Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang bagi sesi akademik 2026 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi tadi.

Pemilihan murid ke kolej adalah berdasarkan kepada keputusan jawatankuasa pemilihan murid mengikut wajaran yang telah ditetapkan.

Harapan pihak sekolah agar 3 orang murid yang menduduki ujian ini akan terpilih untuk diterima masuk ke Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri. Semoga beroleh kejayaan.




Address

Niah
98150

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Tangap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sungai Tangap:

Shortcuts

Share

Category