Wan Medan

Wan Medan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wan Medan, Personal coach, Taman Medan, Petaling Jaya, Sungai Way, New Village.

16/02/2022

tetiba rasa pening 🤦

15/02/2022

Barang yang lepas tak usah dikenang lagi.

25/05/2021

Ha..ma$ punye serangan. Ayon D**g pun dpt lepas.. Last video paling win.

23/05/2021

8ridge 4l-Qa$$am
$4V3 PAL3$T1NE

28/04/2021

Baik & Sangat Baik..

Benarlah kata Baginda Nabi Muhammad Saw yang berbunyi....â—ľSOLAT TARAWIH DI MASJID AL AQSAKetika ulama-ulama lain berfatw...
22/04/2021

Benarlah kata Baginda Nabi Muhammad Saw yang berbunyi....

â—ľSOLAT TARAWIH DI MASJID AL AQSA

Ketika ulama-ulama lain berfatwa solat kena jarak 1 meter ikut kehendak WHO, umat Islam di Palestin tetap berpegang teguh pada ajaran Islam sebenar. Benarlah apa yang dikhabarkan Rasulullah SAW, kebenaran itu tetap berada di Baitulmuqaddis bukan di Mekah atau di Madinah.

Disebutkan dari Abu Umamah, ia berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Akan senantiasa ada sekelompok umatku yang berada di atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya, dan orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka kecuali sedikit musibah semata. Demikianlah keadaannya sampai akhirnya datang urusan Allah.”

“Wahai Rasulullah, di manakah kelompok tersebut?”tanya para sahabat. “Mereka berada di Baitul Maqdis dan serambi Baitul Maqdis.”

{Hadis Riwayat Ahmad}

Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:-

“Janganlah kamu meninggalkan ruang-ruang bagi syaitan. Barangsiapa yang menyambungnya (saf) maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memotong saf, maka Allah akan memotongnya(iaitu Allah akan memutuskan daripada rahmat dan penjagaan-Nya)”

{Hadis Riwayat Abu Daud}

Kisah Syed Azman Syed Ibahim...Bilionair Melayu pemilik berpuluh buah helikopter, pesawat!AKU pernah menulis kisah Tan S...
06/03/2021

Kisah Syed Azman Syed Ibahim...Bilionair Melayu pemilik berpuluh buah helikopter, pesawat!

AKU pernah menulis kisah Tan Sri Syed Azman ni tak lama dulu.

Malam tadi aku terbaca senarai 50 orang terkaya Malaysia di dalam Forbes dan nama anak jati Sungai Petani, Kedah ini nampaknya terus gah di tangga ke 25 dengan hartanya kini dianggarkan berjumlah USD675 juta.

Maknanya kalau tukar RM hartanya dah berbilion-bilion!

Siapa sangka bekas pegawai perisik tentera berpangkat Mejar dan bekas penjual kereta terpakai ini begitu tinggi semangat juangnya dalam perniagaan hingga boleh sampai ke tahap ini, luar biasa.

Seperti yang aku cerita sebelum ini, setelah berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Di hari-hari awal perniagaannya, Syed Azman berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.

Masa tu beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.

Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.

Tak lama kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP.

Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar then barulah permit itu dianugerahkan kepadanya.

Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia.

Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar p**a Chevrolet dan Suzuki p**a.

Dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan raya.

Lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya.

Bila helikopter itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat. Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia.

Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama bagi menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) yang 'low profile' itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc.

Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya.

Beliau hanya menjawab: "Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak s**a"

Hehehe...comel tak jawapan tu?

Hari ini syarikat Weststar milik Syed Azman terus melebarkan sayapnya di sebalik cabaran getir yang mereka tempuh di kala ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu.

Seperti mana puluhan helikopternya terbang tinggi di udara, begitulah juga semangat dan keazaman lelaki berusia 60 tahun ini.

Salute!

Credit to penulis asal : Syahril A. Kadir

07/02/2021

Page ini adalah untuk s**a-suki kehidupan termasuk Hobi, Pandangan, Kerjaya, dll

ASB 6-7% Setahun. Unit Trust 10-15% Setahun. Bursa Malaysia - Profit 90% - 11 Hari sahaja.   11 Kaunter Buy Sell.9.00pag...
07/02/2021

ASB 6-7% Setahun.
Unit Trust 10-15% Setahun.

Bursa Malaysia - Profit 90% - 11 Hari sahaja.

11 Kaunter Buy Sell.

9.00pagi - 5.00ptg

Beli Pagi Jual Petang.

Beli Petang Jual Pagi Esok.

Fast Buy Fast Selling.

Short Term Sniper.

Alhamdulillah.




*tujuan untuk posting s**a-suki pengalaman sahaja, tiada kena mengena untuk Membeli atau Menjual sesuatu saham.

07/02/2021

Semoga kita semua success meneruskan Kehidupan untuk Dunia & Akhirat..

Address

Taman Medan, Petaling Jaya, Sungai Way
New Village
46150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wan Medan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category