Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PMU

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PMU Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PMU, Education Website, KM 7.5, Jalan Oya, Mukah.

Selamat Sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) akan mengadakan program Eks...
06/04/2026

Selamat Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) akan mengadakan program Ekspo Projek ICT Kali Ke 20 (EPICT 20.0) bagi Sesi II: 2025/2026 seperti ketetapan berikut :

๐Ÿ—“Tarikh : 07 April 2024 (Selasa)
โฐMasa : 8.00 Pagi - 4.30 Petang
๐ŸซLokasi : Foyer JTMK PMU

Sehubungan itu, seluruh Warga PMU dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan EPICT 20.0. Sokongan dan perhatian daripada tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Salam Sejahtera,Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) akan mengadakan Ekspo Projek ICT (EPICT) Ke-19 pada ket...
28/10/2025

Salam Sejahtera,
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) akan mengadakan Ekspo Projek ICT (EPICT) Ke-19 pada ketetapan berikutnya:

Tarikh: 7 November 2025
Masa: 7.30 pagi โ€“ 5.00 petang
Tempat: Dewan Serbaguna, Politeknik Mukah

Tiga (3) Tarikan Utama yang Tidak Harus Dilepaskan:
1. Demonstrasi Projek Akhir Inovatif: Saksikan secara langsung hasil kreativiti dan kemahiran teknikal kump**an projek akhir dari trek Software and Application Development dan Networking Systems.
2. EPICT BIZFEST: Kunjungi kiosk jualan produk pelajar. Sokongan anda dapat menggalakkan semangat keusahawanan digital yang dinamik dalam kalangan pelajar.
3. Sesi Ceramah Peluang& Kerjaya Pembangunan Industri Permainan Video di Sarawak: Manfaatkan sesi perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh pakar bagi mendedahkan anda kepada peluang dan kerjaya Pembangunan industri Permainan Video di Sarawak.

Seluruh warga PMU dijemput hadir untuk memeriahkan program berkenaan sempena EPICT 19.0 kali ini. Sekian, terima kasih.

Hari ini berlangsungnya Sesi Perjumpaan bersama jabatan akademik, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, di Dewan Ku...
01/08/2025

Hari ini berlangsungnya Sesi Perjumpaan bersama jabatan akademik, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Mukah.

Seramai 109 pelajar Semester 1, Program Diploma Teknologi Maklumat (DIT) untuk Sesi I: 2025/2026 yang telah mendaftar dan menghadiri sesi ini yang bermula 7:45 pagi.

Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pn Rohaliza binti Karim. Taklimat seterusnya disampaikan oleh Ketua Program, Pn Siti Hasmah binti Abg Mon berkaitan program pengajian yang ditawarkan dalam program DIT ini.

Taklimat dilanjutkan dengan Taklimat OBE (Ts. Pn Mariati binti Masduki), Taklimat E-Learning (Pn Nurul Asmahani binti Osman), INQBIZ (Ts. Pn Fairose binti Mohtar), dan SITS (Pn Aiza binti Shurizam).

Sesi petangnya p**a akan ada perjumpaan Penasihat Akademik bersama mentee - mentee, sebagai persediaan sebelum bermula Minggu Kuliah.

Pihak JTMK Politeknik Mukah mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Pasukan dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), Politeknik Mukah telah mendapat tempat kedua dalam Pertandi...
27/07/2025

Pasukan dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), Politeknik Mukah telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Video AI Terbuka anjuran Masjid Setia Raja Mukah.

Kejayaan ini adalah hasil kerjasama berpasukan daripada:

Arfidzul Rajit B Noor Mohammad
Mohd Azlan Bin Ab Aziz
Nurzaihan B Ismawi
TS. Mohd Faiz Bin Tony
Hazira binti Bulahasan

Pasukan kami telah menyertai dengan dua buah videoiaitu "Sucinya Tandasku" dan "Adab Berjemaah".
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur, Masjid Setia Raja Mukah, atas platform dan peluang yang diberikan. Semoga pengalaman ini menjadi pendorong untuk kami terus belajar dan berkarya dengan lebih baik pada masa hadapan

27/07/2025
SEMINAR & WEBINAR INTERNASIONAL DIFEST X ROBOFEST 2025๐ŸŽจ Beyond the Canvas: Menuju Masa Depan Seni Digital di Era AI dan ...
17/07/2025

SEMINAR & WEBINAR INTERNASIONAL DIFEST X ROBOFEST 2025

๐ŸŽจ Beyond the Canvas: Menuju Masa Depan Seni Digital di Era AI dan NFT

Program ini dilaksanakan sebagai mendukung kerjasama strategik Politeknik Mukah bersama Politeknik Negeri Subang di bawah program usahasama strategik pengajaran dan pembelajaran melalui perkongsian ilmu oleh pensyarah JTMK PMU kepada pelajar Politeknik Negeri Subang, Indonesia. Dua (2) pensyarah yang terlibat sebagai penceramah jemputan adalah Hj Mohd Azlan bin Ab Aziz dan Ts. Mohd Faiz bin Tony.

Program kali ini diselaraskan oleh Ts. Mariati binti Masduki sebagai Pengarah Program memberi tumpuan dalam meningkatkan kesedaran tentang AI dalam dunia seni digital, serta menyemai minat pelajar terhadap teknologi secara bijak dan beretika. Semoga ia menjadi langkah awal ke arah kolaborasi serantau yang lebih kukuh dalam bidang pendidikan dan inovasi.

Tahniah kepada Puan Rohaliza binti Karim atas perlantikan sebagai Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Polit...
30/06/2025

Tahniah kepada Puan Rohaliza binti Karim atas perlantikan sebagai Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Mukah.

Semoga dengan perlantikan ini, akan memberi suntikan baharu dalam kemajuan JTMK pada masa ini dan masa akan datang.

Tahniah sekali lagi daripada kami, warga JTMK, PMU. ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ

Perhatian.Kepada para alumni yang ingin melanjutkan pengajian dan berhasrat melakukan pindahan kredit, berikut merupakan...
04/03/2025

Perhatian.

Kepada para alumni yang ingin melanjutkan pengajian dan berhasrat melakukan pindahan kredit, berikut merupakan prosedur baharu yang perlu diikuti.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, mohon untuk menghubungi bekas Penasihat Akademik masing- masing.

Harap maklum.

CSR MENCARI SINAR DI UFUK TIMURPermohonan Sumbangan Pembelian:โœ…Barang Keperluan Harian komuniti yang terkesan banjir dan...
15/02/2025

CSR MENCARI SINAR DI UFUK TIMUR

Permohonan Sumbangan Pembelian:
โœ…Barang Keperluan Harian komuniti yang terkesan banjir dan PERYATIM Miri (Anggaran kos RM2,000.00)

JTMK akan mengadakan Program CSR di PERYATIM Miri dan di Kg Penan Muslim Bt 10, Bintulu pada 20 -22/2/2025.
Justeru, JTMK mengambil inisiatif menjadi platform menyalurkan bantuan khidmat masyarakat untuk menyumbang barangan keperluan kepada anak-anak yatim dan komuniti. Untuk makluman dana yang diperlukan adalah sebanyak RM2,000.

๐ŸŒนSijil CSR akan diberikan kepada yang menyumbang bagi program ini. Penghargaan ini adalah simbolik atas sumbangan ikhlas yang telah diberikan dan komitmen tuan/ puan. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak menceriakan lagi anak-anak PERYATIM serta komuniti berkenaan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
En. Pengiran Haffey Izzat bin Abdul Ghafor
013-813 0839

Nama acc: PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK MUKAH
No acc: 561109109105
Nama Bank: Maybank
ref: CSR UFUK

Link penyumbang untuk tujuan Sijil :
https://forms.gle/aUGEkvVH9mfPxYW29

KEPUTUSAN RASMI EKSPO PROJEK ICT (EPICT) 17.0SESI I: 2024/ 2025Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan penyelia proje...
08/11/2024

KEPUTUSAN RASMI EKSPO PROJEK ICT (EPICT) 17.0
SESI I: 2024/ 2025

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan penyelia projek atas kejayaan melengkapkan pembangunan projek akhir masing-masing.
Syabas!!!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para pemenang untuk edisi kali ini.
T.A.H.N.I.A.H

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua panel penilai yang terlibat.
T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H

Program Membina Masa Depan: Kerjasama Strategik Tingkatkan Kesejahteraan Komuniti SibuSibu, 25 Oktober 2024 โ€“ Program Me...
28/10/2024

Program Membina Masa Depan: Kerjasama Strategik Tingkatkan Kesejahteraan Komuniti Sibu

Sibu, 25 Oktober 2024 โ€“ Program Membina Masa Depan, yang dianjurkan dengan kerjasama CISEC, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Society of IT Student (SiTS), dan UNESCO, berlangsung hari ini di PERKEB, Sibu. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kesejahteraan komuniti dengan menawarkan peluang - peluang strategik yang menyokong pembangunan industri dan sosial.

Dalam sesi tersebut, Tuan Zainal bin Abu; penceramah utama program ini, menekankan kepentingan ilmu dan latihan industri dalam membina masa depan belia dan komuniti secara keseluruhan. Program ini menawarkan pelbagai peluang latihan industri untuk pelajar, termasuk pendedahan secara praktikal dalam bidang pertanian dan teknologi. Selain itu, para pelajar dan staf juga berpeluang untuk mengaplikasikan rekaan kreatif dalam sektor agrotani.

Antara objektif utama program ini adalah memperkenalkan agrotani sebagai pilihan kerjaya alternatif, khususnya dalam ekonomi masa kini yang semakin mencabar. Program ini juga membuka ruang bagi staf akademik dan industri untuk memberi sumbangan kepada komuniti setempat, sekaligus merapatkan jurang antara institusi pendidikan dan masyarakat.

Program Membina Masa Depan dijangka mampu memberi impak positif dalam memperkasakan komuniti Sibu melalui kerjasama strategik dan sokongan daripada pelbagai pihak.

Address

KM 7.5, Jalan Oya
Mukah
96400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PMU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share