CIENSTA (Civil Engineering Students Association) adalah sebuah persatuan yang diwujudkan khas untuk pelajar-pelajar Politeknik Mukah Sarawak yang mengambil Diploma Kejuruteraan Awam. CIENSTA merupakan nama lain bagi Majlis Perwakilan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (MPP JKA). CIENSTA adalah persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Mukah Sarawak dimana semua pelajar ya
ng mengambil Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Mukah adalah ahli persatuan secara automatik. Sebelum ini MPP JKA dikenali sebagai Kelab Kejuruteraan Awam (KKA). CIENSTA telah dilancarkan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Encik Suhaili Bin Aleh pada 22 Januari 2014 sempena dengan Majlis Perjumpaan Pelajar Kejuruteraan Awam Bersama Ketua Jabatan. Majlis yang diadakan di Dewan Kuliah Utama PMU itu telah dihadiri oleh lebih 300 pelajar Diploma Kejuruteraan Awam serta dihadiri oleh Ketua Program JKA serta Ketua-Ketua Bidang JKA. Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan FAIL CIENSTA kepada Ketua Jabatan sebagai simbolik pembubaran Kelab Kejuruteraan Awam serta simbolik pelancaran CIENSTA. Wakil pengerusi KKA Sesi Jun 2013 menyerahkan FAIL CIENSTA kepada Ketua Jabatan sebelum menyerahkan semula fail tersebut kepada Presiden CIENSTA yang pertama, saudara Abdul Rasyid Bin Abdullah Sebli. Saudara Abdul Rasyid Bin Abdullah Sebli merupakan seorang pelajar yang aktif berpersatuan di PMU. Aktif dengan Kelab Kejuruteraan Awam semenjak semester satu sehingga semester enam, beliau mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi Pengerusi Kelab Kejuruteraan Awam yang terakhir dan menjadi Presiden CIENSTA yang pertama. Warga CIENSTA mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan aktiviti daripada pihak anda semua. Anda boleh salurkan komen dan cadangan anda di ruangan INBOX kami atau anda bolehlah menghantar surat komen dan cadangan anda di Pigeon Hole, Pejabat Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah Sarawak. JOIN our community, SPREAD the loud and INVITE others.