SK Parish Balingian

SK Parish Balingian SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PARISH, BALINGIAN, MUKAH, SARAWAK. Selamat datang ke Laman Sosial Rasmi Sekolah Kebangsaan Parish.

Di laman ini, kita akan kongsikan semua aktiviti murid, guru dan warga sekolah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Dengan penuh hormat, Pasukan ASPAR SK Parish memohon jasa...
19/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan penuh hormat, Pasukan ASPAR SK Parish memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan atau penajaan bagi membantu penyertaan pasukan kami dalam:

πŸ† Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026
πŸ“ Lundu, Sarawak
πŸ“… 13- 16 September 2026

Alhamdulillah, pada tahun ini Pasukan ASPAR SK Parish telah diberi kepercayaan untuk mewakili Daerah Mukah dalam pertandingan tersebut setelah berjaya dipilih sebagai 5 pasukan yang terbaik.

Sumbangan yang dihulurkan akan digunakan bagi menampung kos pengangkutan, penginapan, makan dan minum serta keperluan sepanjang pertandingan berlangsung. Setiap sumbangan amat bermakna dalam membantu anak-anak ini mengharumkan nama SK Parish dan Daerah Mukah di peringkat negeri.

πŸ“„ Surat permohonan turut disertakan sebagai rujukan.

Pertanyaan:
πŸ“ž Encik Wahyu Putra β€” 016-8821178

Sumbangan boleh disalurkan ke:
🏦 *Maybank*
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Parish
No. Akaun: 161109002499

Rujukan: BIBER 2026

Terima kasih atas segala sokongan dan keprihatinan. Semoga setiap sumbangan mendapat ganjaran yang berlipat ganda

πŸŒ™ PROGRAM KEM BESTARI SOLAT 2026 πŸ•Œβœ¨Alhamdulillah, Program Kem Bestari Solat telah berjaya dilaksanakan pada petang 11 da...
15/08/2026

πŸŒ™ PROGRAM KEM BESTARI SOLAT 2026 πŸ•Œβœ¨

Alhamdulillah, Program Kem Bestari Solat telah berjaya dilaksanakan pada petang 11 dan 12 Ogos 2026 dengan penuh semangat dan pengisian yang bermanfaat.

Program ini turut berlangsung hasil kolaboratif guru dan murid Islam daripada SJKC Chung Hua Balingian. Kerjasama yang terjalin menjadi satu platform yang baik dalam memperkukuh ilmu, amalan dan penghayatan solat dalam kalangan murid.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru serta murid yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat

AKTIVITI SEMPENA BULAN KEBANGSAAN | MINGGU 2 (03.08.2026-07.08.2026)Semangat patriotisme terus disemarakkan melalui akti...
06/08/2026

AKTIVITI SEMPENA BULAN KEBANGSAAN | MINGGU 2 (03.08.2026-07.08.2026)

Semangat patriotisme terus disemarakkan melalui aktiviti Puzzle Patriotik dan Bee Bahasa Patriotik yang berlangsung dengan penuh meriah. Murid-murid menunjukkan kerjasama, kreativiti dan keyakinan sambil menghayati erti kemerdekaan serta menyemai rasa cinta akan negara.

Tahniah kepada semua peserta atas semangat, keyakinan dan kerjasama yang ditunjukkan. Semoga aktiviti ini terus menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan warga SK Parish.

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN 2026 | HARI KETIGAKemuncak Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan (KSOT) 2026 – Hari Ketiga k...
03/08/2026

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN 2026 | HARI KETIGA

Kemuncak Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan (KSOT) 2026 – Hari Ketiga kini boleh anda saksikan di TVPSS Parishku!

Ikuti liputan eksklusif oleh Wartawan Cilik yang membawakan detik-detik menarik sepanjang:
πŸƒ Acara Balapan
🚩 Perbarisan Rumah Sukan
πŸ† Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah

Saksikan aksi penuh semangat dan momen terbaik yang merakam kenangan indah KSOT 2026.

πŸ“Ί Jangan lupa:
πŸ‘ Like
πŸ”” Subscribe TVPSS Parishku dan aktifkan loceng notifikasi supaya anda tidak terlepas episod-episod menarik yang akan datang.

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN 2026 | HARI KEDUAKemeriahan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan (KSOT) 2026 diteruskan pad...
03/08/2026

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN 2026 | HARI KEDUA

Kemeriahan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan (KSOT) 2026 diteruskan pada Hari Kedua dengan pelbagai aksi yang mendebarkan di Stadium Balingian.

Saksikan liputan eksklusif oleh Wartawan Cilik TVPSS Parishku yang membawakan detik-detik menarik sepanjang:
πŸƒ Acara Balapan
πŸƒβ€β™€οΈ Acara Padang
🀝 Semangat kesukanan dan kerjasama antara rumah sukan

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan semangat juang para atlet muda yang memberikan persembahan terbaik demi rumah sukan masing-masing.

πŸ“Ί Tonton sekarang di TVPSS Parishku!

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

πŸ† Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah KSOT 2026 πŸ†Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta yang tela...
30/07/2026

πŸ† Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah KSOT 2026 πŸ†

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta yang telah mempamerkan semangat kesukanan sepanjang Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan (KSOT) SK Parish 2026.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, guru, staf sekolah, urus setia dan para penyokong atas sokongan serta komitmen dalam menjayakan kejohanan ini. Bersama-sama kita mencipta kenangan yang bermakna.

πŸ… Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan (KSOT) SK Parish 2026 – Hari Ketiga πŸ…Hari ketiga KSOT 2026 berlangsung dengan penuh s...
30/07/2026

πŸ… Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan (KSOT) SK Parish 2026 – Hari Ketiga πŸ…

Hari ketiga KSOT 2026 berlangsung dengan penuh semangat menerusi acara akhir balapan dan perbarisan rumah sukan yang kreatif dan penuh warna-warni dengan tema animasi πŸ’™β€οΈπŸ’šπŸ’›

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru, staf sekolah, urus setia serta seluruh warga SK Parish yang telah bertungkus lumus memberikan masa, tenaga dan sokongan dalam menjayakan perbarisan dan keseluruhan kejohanan.

Terima kasih atas komitmen yang luar biasa. Bersama-sama kita mencipta kenangan yang indah dan bermakna.

πŸ… Tahniah Para Pemenang KSOT 2026 – Hari Kedua! πŸ…Syabas dan tahniah kepada semua pemenang yang telah menerima pingat ata...
30/07/2026

πŸ… Tahniah Para Pemenang KSOT 2026 – Hari Kedua! πŸ…

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang yang telah menerima pingat atas usaha, semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang Hari Kedua Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan (KSOT) SK Parish 2026.

Teruskan melakar kejayaan dan jadikan semangat kesukanan sebagai inspirasi untuk mencapai kecemerlangan.

πŸƒβ€β™‚οΈ KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN (KSOT) 2026 | HARI KEDUA πŸƒβ€β™€οΈHari kedua KSOT 2026 berlangsung dengan penuh semanga...
30/07/2026

πŸƒβ€β™‚οΈ KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN (KSOT) 2026 | HARI KEDUA πŸƒβ€β™€οΈ

Hari kedua KSOT 2026 berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan! Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan saingan terbaik dalam setiap acara, termasuk acara jemputan serta penyertaan murid PPKI dan Prasekolah.

Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin terus menjadi inspirasi buat seluruh warga SK Parish.

Address

Mukah

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6086484801

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Parish Balingian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Parish Balingian:

Shortcuts

Share

Category