Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah

Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah, School, SK Sungai Penipah, Jalan Raya Persisir Pantai Mukah Balingian, Mukah.

29/12/2024

[Tips Pendidikan Anak-anak untuk Tindakan Ibu Bapa: Memanfaatkan Saat-Saat Terakhir Cuti Sekolah]

Cuti sekolah merupakan waktu yang sangat berharga untuk anak-anak dan ibu bapa. Walaupun cuti hampir berakhir, ibu bapa masih boleh memanfaatkan hari-hari terakhir ini untuk memberi impak positif kepada anak-anak sebelum mereka kembali ke alam persekolahan.

Berikut ialah beberapa tips pendidikan yang praktikal untuk ibu bapa:

1. Aktiviti Refleksi dan Sasaran

Luangkan masa bersama anak-anak untuk berbincang tentang pengalaman mereka sepanjang cuti sekolah. Tanyakan soalan seperti, “Apa yang paling menyeronokkan sepanjang cuti ini?” atau “Apa yang kamu ingin capai apabila masuk ke sekolah nanti?”. Refleksi ini dapat membantu anak-anak menyedari nilai pengalaman mereka sambil membina sasaran untuk masa depan.

2. Kembalikan Rutin Harian

Pastikan anak-anak bersedia menghadapi jadual harian yang lebih teratur. Mulakan dengan mengatur waktu tidur dan bangun pagi seperti hari persekolahan. Rutin ini penting untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri semula apabila sekolah bermula.

3. Perkuat Kemahiran Asas

Gunakan masa ini untuk mengukuhkan kemahiran asas seperti membaca, menulis, dan matematik. Sebagai contoh, ajak anak membaca buku cerita kegemaran mereka atau selesaikan teka-teki matematik yang ringan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu mereka mengasah minda.

4. Terokai Pembelajaran Secara Santai

Tidak perlu formal, pembelajaran boleh berlaku dalam aktiviti seharian. Contohnya, ajak anak-anak membantu memasak sambil mengajar konsep sains asas seperti campuran bahan atau pengukuran. Lawatan ringkas ke taman atau muzium juga dapat mencetuskan rasa ingin tahu mereka terhadap dunia.

5. Perkuat Hubungan Emosi

Gunakan masa ini untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan. Bermain bersama, berbual santai, atau sekadar menghabiskan masa berkualiti dapat memberikan sokongan emosi yang penting kepada anak-anak sebelum mereka menghadapi cabaran baharu di sekolah.

6. Persediaan Fizikal dan Mental

Bantu anak-anak menyediakan peralatan sekolah mereka seperti beg, buku, dan pakaian seragam. Pada masa yang sama, tanamkan keyakinan kepada mereka dengan kata-kata positif seperti, “Kamu pasti boleh lakukan yang terbaik tahun ini!”.

7. Suntikan Motivasi dan Inspirasi

Akhir sekali, luangkan masa untuk memberikan motivasi kepada anak-anak. Kongsi kisah-kisah inspirasi tentang kejayaan atau nilai usaha yang gigih. Ini dapat membangkitkan semangat mereka untuk memulakan tahun persekolahan dengan lebih yakin.

Dengan langkah-langkah ini, ibu bapa bukan sahaja dapat memanfaatkan saat-saat terakhir cuti sekolah tetapi juga memastikan anak-anak bersedia menghadapi tahun persekolahan yang baru dengan penuh semangat. Masa berkualiti yang diluangkan bersama anak-anak adalah hadiah terbaik yang akan terus dikenang sepanjang hayat mereka.




Malaysia Mendidik

KURSUS KEPENGADILAN BOLA BALING TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2024 & KEJOHANAN BOLA BALING 11TKB TERTUTUP DAERAH MUKA...
06/12/2024

KURSUS KEPENGADILAN BOLA BALING TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2024 & KEJOHANAN BOLA BALING 11TKB TERTUTUP DAERAH MUKAH

SK Sg Penipah telah mengelolakan Kursus Kepengadilan Bola Baling Tahap 1 Peringkat Negeri Sarawak dengan kerjasama PPD Mukah dan Sarawak Handball Association
(SAHA). Kursus kepengadilan ini telah disertai oleh 48 orang peserta dari seluruh pelusuk Sarawak. Instruktor bagi kursus pengadilan ini merupakan Presiden SAHA, Tuan Hari Norani bin Drahman dan Pengarah IPGBL, Dr Abang Ismail bin Abang Haji Julhi. Sesi teori bagi kursus ini telah berlangsung pada 3-4 Disember di Dewan Seri Tapou, PPD Mukah. Manakala sesi amali p**a diadakan di Dewan Tertutup SSC Mukah.

Pada 5 Disember 2024, sebuah Kejohanan Bola Baling Tertutup 11TKB Daerah Mukah telah diadakan di Dewan Tertutup SSC, Mukah. Kejohanan ini telah disertai oleh 5 buah sekolah jemputan iaitu SK Sg Penipah SK (A) MIS Mukah, SK Penakup Ulu, SK Kg Teh dan SJKC Chung Hua. Kejohanan ini merupakan medium pembangunan sukan bola baling Mukah yang memfokuskan terhadap bakat-bakat baharu 11 tahun ke bawah. Kejohanan ini juga menjadi medium penilaian bagi para peserta kursus Kepengadilan yang dianjurkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada PTPS Bola Baling Mukah, En. Howard Victor anak Petrus selaku penyelaras yang telah berjaya mengendalikan Kursus Kepengadilan Bola Baling Tahap 1 Peringkat Negeri Sarawak dan Kejohanan Bola Baling 11TKB Tertutup dengan jayanya. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada urusetia kursus kepengadilan dan kejohanan bola baling yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan semua berjalan dengan lancar. Terima kasih juga diucapkan pada Tuan Haji Norani bin Drahman dan Dr Abang Ismail bin Abang Haji Julhi yang telah mencurahkan ilmu kepengadilan bola baling kepada seluruh peserta kursus.

PENIPAH YOUTH CUP 2024SK Sg Penipah telah menganjurkan sebuah kejohanan bola sepak pembangunan iaitu Penipah Youth Cup 2...
28/11/2024

PENIPAH YOUTH CUP 2024

SK Sg Penipah telah menganjurkan sebuah kejohanan bola sepak pembangunan iaitu Penipah Youth Cup 2024. Kejohanan ini telah disertai oleh 3 buah sekolah jemputan iaitu SK Sg Duan, SK (A) Mis Mukah dan SK Penakup Ulu. Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan :

Juara : SK Sg Duan
Naib Juara : SK (A) Mis Mukah
Ketiga : SK Sg Penipah
Keempat : SK Penakup Ulu
Pemain Terbaik : Freddy Eddy AK Anita
Pemain Harapan : Bazlie Amrie Maula Mohamad Haryadi
Penjaring Terbanyak : Daynne Hernandez anak Johnson

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang menyertai kejohanan ini. Syabas juga diucapkan kepada Jawatankuasa pertandingan yang telah melaksanakan kejohanan dengan jayanya.

Jumpa di di Kejohanan Penipah Youth Cup 2025

Ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah  boleh menebus e-Baucer buku mengikut panduan ini. e-Baucer buku ini un...
12/10/2024

Ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah boleh menebus e-Baucer buku mengikut panduan ini. e-Baucer buku ini untuk murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 sahaja. Penebusan boleh dibuat sehingga Disember 2024.

LAWATAN TAPAK, SITE BRIEFING & SITE HANDLINGPada 12 September 2024, sebuah sesi lawatan tapak, site briefing dan site ha...
12/09/2024

LAWATAN TAPAK, SITE BRIEFING & SITE HANDLING

Pada 12 September 2024, sebuah sesi lawatan tapak, site briefing dan site handling telah diadakan bagi projek baik pulih asrama SKSGP. Sesi ini telah disempurnakan oleh KPPD Mukah, Puan Miskinah binti Arshad bersama En. Clement dan En. Shamsu. Sesi ini juga turut dihadiri oleh Jurutera JKR Mukah, En. Abdul Khalid dan wakil Syarikat Daya Teguh Enterprise.

Semoga projek baik pulih asrama ini akan menambahkan keselesaan murid-murid asrama SKSGP.

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MUKAH 2024Syabas dan tahniah diucapkan kepada Mia Asyura bi...
03/09/2024

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MUKAH 2024

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Mia Asyura binti Mohamad Faizi dari kelas 6 Bakawali atas kejayaan mendapat naib johan dalam Pertandingan Dendangan Syair yang telah dikelolakan oleh SK Mukah. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada Cikgu Safinah yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada Mia Asyura sehingga berjaya menduduki tangga podium pada tahun ini.

Tidak dilupakan tajaan busana oleh Cikgu Dayang Nurhidayah, solekan peserta oleh ibu Mia sendiri, penyediaan teks p**a oleh Cikgu Khairunisa dan dekorasi pentas hasil sentuhan Pn. Noormawati, Pn. Norliza (unit asrama) serta guru besar, Pn. Selehah. Panitia Bahasa Melayu sangat berbesar hati atas kerjasama dan sokongan yang diberikan tanpa berbelah-bahagi semua pihak. Terima kasih daun keladi, lain masa kita bekerjasama lagi.

LAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN JPN SARAWAKPada 29 Ogos 2024, Sekolah Kebangsaan Sungai  Penipah telah menerima lawatan dari...
30/08/2024

LAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN JPN SARAWAK

Pada 29 Ogos 2024, Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah telah menerima lawatan dari Pegawai Pembangunan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Lawatan Pegawai Pembangunan JPN Sarawak ditemani oleh Timbalan PPD Mukah, En. Clement.

KEJOHANAN BOLA BALING MSS SARAWAK 2024Pada 4-9 Ogos 2024, 6 orang murid SK Sg Penipah telah mewakili pasukan Mukah ke Ke...
12/08/2024

KEJOHANAN BOLA BALING MSS SARAWAK 2024

Pada 4-9 Ogos 2024, 6 orang murid SK Sg Penipah telah mewakili pasukan Mukah ke Kejohanan Bola Baling MSS Sarawak 2024 yang diadakan di Debak, Betong. Pasukan Mukah telah menyertai Kejohanan MSS Sarawak buat julung kalinya selepas kali terakhir menyertai pada tahun 2016. 6 orang murid SK Sg Penipah tersebut ialah :

1) Elthen Zeus anak Jarau (5B)
2) Emmanuel Messi anak Jawa (6A)
3) Xavier Hernandez anak Nicholas (6A)
4) Daynne Hernandez anak Johnson (6B)
5) Frenieyscca Janice binti Peter Johnson (6A)
6) Emira anak Jatai (6B)

Perjalanan pasukan lelaki dan perempuan Mukah berakhir di peringkat kump**an. Kedua-dua pasukan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan mampu bersaing dengan bahagian-bahagian lain. Kejohanan ini memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada para jurulatih dan pemain untuk Kejohanan MSS Sarawak pada tahun hadapan.

Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan Mukah sehingga berakhir kejohanan. Terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan bagi membantu pengurusan pasukan Mukah bermula daripada latihan pusat sehingga berakhirnya kejohanan.

01/08/2024
KEJOHANAN OLAHRAGA 11 & 12TKB MSSD MUKAH 2024Kejohanan Olahraga 11 & 12tkb MSSD Mukah telah melabuhkan tirai dengan pasu...
24/07/2024

KEJOHANAN OLAHRAGA 11 & 12TKB MSSD MUKAH 2024

Kejohanan Olahraga 11 & 12tkb MSSD Mukah telah melabuhkan tirai dengan pasukan SKSGP dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan kutipan 5 Emas, 3 Perak dan 3 gangsa. Xavier Hernandez anak Nicholas turut dinobatkan sebagai Olahragawan 12TKB selepas memecahkan rekod 100m dengan catatan 12.68 saat pada acara saringan. Pada hari pertama kejohanan, pasukan SKSGP telah mengutip 2 pingat emas dan 2 pingat Perak menerudi acara 80m berpagar lelaki dan perempuan, lontar peluru perempuan dan lompat tinggi lelaki. Berikut merupakan pemenang-pemenang pingat bagi pasukan SKSGP:

Emas
Mohamad Firdaus bin Hussein - 80M berpagar lelaki 11TKB
Nur Ayu Suhada binti Mohammad Fazirul - 80M berpagar perempuan 11TKB
Daynne Hernandez anak Johnson - Lompat tinggi lelaki 12TKB
Marsila Siti anak Ulie - 80M berpagar perempuan 12TKB
Emira anak Jatai - 200M perempuan 12TKB

Perak
Marchella Niea Ghia anak Thierry - Lontar peluru perempuan 12TKB
Eltan Zeus anak Jarau - Lompat tinggi lelaki 11tkb
Xavier Hernandez anak Nicholas - 100M lelaki 12TKB

Gangsa
Hailey Derwin Gaieng anak Jana - 80M berpagar lelaki 12TKB
Dessy Claudiya anak Garai - 100M perempuan 12TKB
Rosemina Lia anak Ujai - Lontar peluru perempuan 12TKB

Syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan dalam setiap acara disertai. Tidak dilupakan juga kepada jurulatih-jurulatih dan guru-guru yang telah membantu dalam melatih serta menguruskan pasukan SKSGP sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Address

SK Sungai Penipah, Jalan Raya Persisir Pantai Mukah Balingian
Mukah
96400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category