PPD Mukah

PPD Mukah Pejabat Pendidikan Daerah Mukah
Jalan Haji Mohd Fauzi
96400 Mukah
Sarawak

Tel :
084-871259
084-871298
084-872135

17.07.2026 | KhamisPERTANDINGAN BERCERITA TOP 10 KATEGORI SK dan TOP 3 KATEGORI SJK PERINGKAT DAERAH MUKAH TAHUN 2026.Te...
16/07/2026

17.07.2026 | Khamis

PERTANDINGAN BERCERITA TOP 10 KATEGORI SK dan TOP 3 KATEGORI SJK PERINGKAT DAERAH MUKAH TAHUN 2026.

Terima kasih diucapkan kepada SJKC CHUNG HUA BALINGIAN dan SK KPG TEH selaku pengelola bagi Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Mukah

Terima kasih juga diucapak kepada SK (A) MIS MUKAH yang telah meminjamkan tempat untuk pertandingan.

Tahniah dah syabas kepada semua para peserta dan guru pembimbing

Kepada yang menang, semoga berolah kejayaan di peringkat negeri di Padawan kelak.

16.07.2026 |Satu sesi perbincangan kolaborasi telah diadakan antara pihak Press Metal Mukah dan Pejabat Pendidikan Daera...
16/07/2026

16.07.2026 |Satu sesi perbincangan kolaborasi telah diadakan antara pihak Press Metal Mukah dan Pejabat Pendidikan Daerah Mukah bagi merealisasikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM & STPM 2025.

Pertemuan ini bertujuan untuk menyelaras persediaan dan memberikan pengiktirafan tertinggi buat anak-anak Mukah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan utama tersebut. Pihak Press Metal Mukah diwakili oleh Pegawai Perhubungan Awam, En. Samuel Ujang, bersama Pn. Stephanie dan Pn. Melliana.

Semoga usaha murni dan sinergi korporat-pendidikan ini menjadi pemangkin semangat untuk para pelajar terus memacu kejayaan pada masa hadapan!

15.07.2026 | RabuBENGKEL PENATARAN DK 2027 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1Tarikh    : 13-15 Julai 2026Tempat : PPD MukahAnj...
15/07/2026

15.07.2026 | Rabu

BENGKEL PENATARAN DK 2027 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

Tarikh : 13-15 Julai 2026
Tempat : PPD Mukah
Anjuran : Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran, PPD Mukah.

Kehadiran :
1. Ustazah Nurul Atesha binti Ismail (Pen. PPD, UPI,SPb)
2. ⁠Ustazah Ruhil Syamilah binti Rusmizi (JUD, SMK Three Rivers)
3. ⁠Ustazah Roselezawati binti Sarpawi (JUS, SMK Three Rivers)
4. ⁠Ustazah Rosenani binti Ahmad (JUS, SMK Saint Patrick)
5. ⁠Ustazah Nurliyana binti Mohd Azli (JUS, SMK Saint Patrick)
6. ⁠Ustazah Nurlyiana binti Zainal (JUS, SMK Mukah)
7. ⁠Ustazah Nurul Asykin binti Halin (JUS, SMK Mukah)

Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah swt maka bengkel ini telah diadakan dengan jayanya selama 3 hari.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ustazah Ruhil Syamilah selaku Jurulatih Utama Daerah atas perkongsian ilmu dan maklumat yang jelas kepada para peserta.

Tahniah dan syabas juga kepada para peserta atas lantikan sebagai Jurulatih Utama Sekolah masing-masing.
Semua peserta telah memberi komitmen dan kerjasama yang cemerlang. Semoga DK 2027 dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah masing-masing selaras dengan RPM 2026-2035.

Terima Kasih Puan Norazlyn binti Dairi, Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran atas kesudian menyampaikan sijil kepada para peserta.

15.07.2026 | RabuTerima kasih atas segala sumbangan serta perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh berkhidmat sebagai seo...
15/07/2026

15.07.2026 | Rabu

Terima kasih atas segala sumbangan serta perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh berkhidmat sebagai seorang pendidik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Mukah dan semua Warga Pendidikan Daerah Mukah. Diucapkan Selamat bersara dan kepada Cikgu Hikurina binti Solhi, Guru Akademik, SK Datuk Awang Udin, Mukah. Semoga diberikan kesihatan yang baik, sentiasa ceria dan bahagia selalu di samping keluarga yang tercinta.

14.07.2026 | SelasaJERAYAWARA TAHFIZ MODELULUL ALBAB (TMUA) TAHUN 2026 DI SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMAMAJLIS ISLAM SARAWAK M...
14/07/2026

14.07.2026 | Selasa

JERAYAWARA TAHFIZ MODEL
ULUL ALBAB (TMUA) TAHUN 2026
DI SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA
MAJLIS ISLAM SARAWAK MUKAH

Tarikh : 13 Julai 2026
Masa : 10:00 am - 12:00 pm
Tempat : SK (A) MIS Mukah

Terima kasih diucapkan kepada rombongan guru dari SMK (A) SHOAW atas kesudian hadir bagi memperkenalkan sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah rendah yang terpilih di sekitar daerah Mukah.

Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga SK (A) MIS Mukah kerana berjaya mengelola dan menjadi sekolah pusat bagi program ini dengan lancar.

Tahniah dan syabas buat semua guru pengiring dan murid-murid yang telah hadir Jerayawara TMUA bagi tahun 2026.

Semoga usaha murni ini dapat menarik minat murid untuk menyambung persekolahan ke tingkatan 1 di SMK (A) SHOAW, Kuching, Sarawak.

13.07.2026 | IsninMUKAH JUARA BOLA JARING, ADIK YUSRINA ZUHAIRA DINOBATKAN PEMAIN TERBAIK BOLA JARING DI EDU SPORT FEST ...
13/07/2026

13.07.2026 | Isnin

MUKAH JUARA BOLA JARING, ADIK YUSRINA ZUHAIRA DINOBATKAN PEMAIN TERBAIK BOLA JARING DI EDU SPORT FEST ZON 3 SARAWAK 2026

Matu, 9 Julai 2026 – Pasukan Bola Jaring Prasekolah Daerah Mukah mengharumkan nama daerah apabila muncul Juara Pertandingan Bola Jaring sempena EDU SPORT FEST Peringkat Zon 3 Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD), Matu.

Pasukan yang diwakili oleh 10 orang murid prasekolah daripada SK Kampung Tellian (5 orang), SK Kampung Petanak (1 orang) dan SJKC Chong Boon (4 orang) mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan. Mukah mencatat kemenangan 7–0 ke atas PPD Dalat, 4–1 ke atas PPD Daro 2 dan 12–3 ke atas PPD Daro 1 sebelum dinobatkan sebagai juara.

Kejayaan Mukah turut diserikan apabila Yusrina Zuhaira binti Mohamad Abdul Afiz dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bola Jaring atas prestasi cemerlang yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Dalam acara futsal p**a, Pasukan Futsal Prasekolah Daerah Mukah yang terdiri daripada murid SK Kampung Seberang (3 orang), SK Kampung Tellian (2 orang), SK Sungai Liuk (1 orang), SK Sungai Bayan (2 orang), SK Mukah (1 orang) dan SJKC Chong Boon (1 orang) berjaya menduduki tempat keempat. Pasukan mencatat keputusan seri 0–0 menentang PPD Dalat, tewas 0–1 kepada PPD Daro 1 dan seri 1–1 menentang PPD Daro 2.

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat, komitmen tinggi serta semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain, jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa, dengan sokongan berterusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Mukah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, guru pengiring, pihak sekolah serta ibu bapa atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan prasekolah dan terus mengharumkan nama Daerah Mukah pada pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.

11 Julai 2026 (Sabtu) Tahniah dan Selamat Berjuang Pasukan Hoki MSS Bahagian Mukah! 🏑🔥Seramai 72 Orang Pemain Hoki Bahag...
11/07/2026

11 Julai 2026 (Sabtu)
Tahniah dan Selamat Berjuang Pasukan Hoki MSS Bahagian Mukah! 🏑🔥
Seramai 72 Orang Pemain Hoki Bahagian Mukah terdiri daripada kategori 12 & 18 TKB (Lelaki & Perempuan) & 30 Orang Pegawai yang akan menyertai Kejohanan Hoki MSS Sarawak di Kuching pada 12 – 18 Julai 2026
Ucapan setinggi-tinggi syabas dan selamat maju jaya diucapkan kepada barisan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan hoki MSS Bahagian Mukah yang bergerak ke Kuching bagi mengharungi Kejohanan Hoki MSS Sarawak!
Bawa nama Mukah dengan penuh azam, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Turun ke padang dengan mentaliti juara, berjuanglah habis-habisan demi memburu kejayaan.
Buat yang terbaik, kekal fokus, dan bawa p**ang kejayaan!

9 JULY 2026 | THURSDAYSTORYTELLING COMPETITION FOR PRIMARY SCHOOLSMUKAH DISTRICT LEVEL 2026KARNIVAL eMAS 7.0We extend ou...
09/07/2026

9 JULY 2026 | THURSDAY

STORYTELLING COMPETITION FOR PRIMARY SCHOOLS

MUKAH DISTRICT LEVEL 2026

KARNIVAL eMAS 7.0

We extend our sincere appreciation to all individuals and organizations whose dedication and support contributed to the successful organization of the Storytelling Competition for Primary Schools, Mukah District Level 2026 under Karnival eMAS 7.0. Our heartfelt thanks go to the officers from PPD Mukah, the organizing committee of SK Sungai Bayan, school administrators, judges, teachers, participants, and all supporting staff for their commitment and cooperation throughout the programme.

The competition provided a meaningful platform for pupils to showcase their creativity, confidence, and English communication skills while fostering a love for storytelling. The enthusiasm, teamwork, and sportsmanship demonstrated by everyone involved made this event both memorable and inspiring. Thank you for your invaluable contributions in making this programme a great success.

08.07.2026 | Wednesday SK KG PETANAKSCRABBLE COMPETITION MUKAH DISTRICT LEVEL 2026A Heartfelt Thank You to Everyone Who ...
08/07/2026

08.07.2026 | Wednesday

SK KG PETANAK

SCRABBLE COMPETITION MUKAH DISTRICT LEVEL 2026

A Heartfelt Thank You to Everyone Who Made the Mukah District Level Scrabble Competition 2026 a Success

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah extends its sincere appreciation to everyone who contributed to the successful organisation of the Mukah District Level Scrabble Competition 2026, held in collaboration with SK Kampung Petanak.

We are proud to have welcomed 18 schools from across the Mukah District, with a total of 44 teams demonstrating remarkable enthusiasm, strategic thinking, and excellent command of the English language. Your dedication and sportsmanship truly reflected the spirit of healthy competition and lifelong learning.

Our heartfelt gratitude goes to:

SK Kampung Petanak for being an outstanding co-organiser and host.
All participating schools, team managers, teachers, and students for your commitment and active participation.
The adjudicators, technical officials, organising committee, volunteers, and support staff whose professionalism ensured the smooth running of the event.

Congratulations to all winners and participants. Every player has demonstrated resilience, teamwork, and a passion for learning that deserves recognition.

May this competition continue to inspire our pupils to strengthen their English language proficiency, develop critical thinking skills, and embrace the values of perseverance, respect, and excellence.

Thank you for your invaluable support and congratulations once again to everyone involved. Together, we continue to empower young minds and build a brighter future for education in Mukah.

08.07.2026 | RabuTerima kasih atas segala sumbangan serta perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh berkhidmat sebagai seo...
08/07/2026

08.07.2026 | Rabu

Terima kasih atas segala sumbangan serta perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh berkhidmat sebagai seorang pendidik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Mukah dan semua Warga Pendidikan Daerah Mukah. Diucapkan Selamat bersara dan kepada Cikgu Angela Muni anak Nicholas Untat, SISC+ Bahasa, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Mukah. Semoga diberikan kesihatan yang baik, sentiasa ceria dan bahagia selalu di samping keluarga yang tercinta.

Address

Jalan Haji Mohd Pauzi
Mukah
96400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPD Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPD Mukah:

Shortcuts

Share

Category