18/04/2026
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Sekolah Tahun 2026 πβ¨
SKDS telah mengadakan Majlis Ramah Tamah sempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dengan meriah di perkarangan hadapan dewan makan asrama. Program tahunan ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara warga sekolah bersama ibu bapa serta murid-murid melalui perkongsian juadah hari raya yang penuh kemesraan.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti pertandingan anyaman ketupat dan pertandingan busana tercantik yang menyerlahkan kreativiti serta semangat beraya dalam kalangan peserta.
Selain itu, persembahan murid-murid seperti nyanyian dan tarian lagu raya turut menceriakan suasana, sekali gus memeriahkan lagi sambutan pada hari tersebut.
Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memupuk perpaduan dan ukhuwah dalam komuniti sekolah.