PASTI Al Wafi Kawasan Mukah

PASTI Al Wafi Kawasan Mukah Tadika Islam dan Nursery untuk murid 4 hingga 6 tahun

✨ INFAQ BANGUNAN PASTI AL WAFI 2 ✨Sabda Rasulullah SAW :  " Tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada tangan yan...
14/08/2026

✨ INFAQ BANGUNAN PASTI AL WAFI 2 ✨

Sabda Rasulullah SAW :
" Tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima)."
(HR Bukhari & Muslim)

💛 Jom sama-sama ambil bahagian dalam saham akhirat ini

📲 Sumbangan melalui QR yang disediakan

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum wbt✨MOHON SUMBANGAN PROGRAM ALAM RIA PASTI 2026✨▶️...
09/08/2026

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt

✨MOHON SUMBANGAN PROGRAM ALAM RIA PASTI 2026✨

▶️ Program Alam Ria PASTI peringkat Negeri Sarawak akan diadakan di Bahagian Kuching. Oleh itu, PASTI KAWASAN MUKAH akan menghantar kontijen bagi menyertai program tersebut.

▶️ Dana diperlukan bagi menampung kos pengangkutan, penginapan dan keperluan pelbagai kontijen PASTI KAWASAN MUKAH.

▶️ Sumbangan tuan puan boleh disalurkan ke akaun berikut:
🐯 Maybank: PASTI AL-WAFI
💳 No.Akaun: 561109104394
📝 Rujukan: Alamria

▶️ Semoga sumbangan tuan puan mampu meringankan dan membantu melancarkan urusan kontijen PASTI KAWASAN MUKAH ke Alam Ria PASTI peringkat negeri Sarawak.

▶️ Sebarang pertanyaan dan makluman mengenai sumbangan bolehlah berhubung dengan Cg Maza di talian 014-8991220.

Terima kasih 💚

🌿✨ SEBUAH PENTAS, SERIBU KENANGAN ✨🌿Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Alam Ria PASTI Kawasan Mukah 2026 🥰Hari in...
08/08/2026

🌿✨ SEBUAH PENTAS, SERIBU KENANGAN ✨🌿

Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Alam Ria PASTI Kawasan Mukah 2026 🥰

Hari ini, anak-anak kecil belajar satu perkara besar — bahawa berani melangkah ke pentas juga adalah sebuah kemenangan. ❤️

Mungkin ada yang pulang membawa piala,namun setiap anak pulang membawa sesuatu yang lebih berharga — pengalaman, keyakinan dan kenangan yang tidak akan terulang.

Setinggi-tinggi penghargaan buat para guru yang tidak pernah lelah membimbing, ibu bapa yang sentiasa menjadi kekuatan,
dan buat semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. 🌹Tahniah buat semua peserta. Untuk yang berjaya, kita jumpa untuk Alam Ria Peringkat Negeri nanti 👏🏻



✨ PERSIAPAN ALAMRIA PASTI KAWASAN MUKAH ✨Alhamdulillah, sedikit demi sedikit persiapan bagi menjayakan Alamria PASTI Kaw...
07/08/2026

✨ PERSIAPAN ALAMRIA PASTI KAWASAN MUKAH ✨

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit persiapan bagi menjayakan Alamria PASTI Kawasan Mukah sedang giat dilaksanakan. Di sebalik setiap persiapan ini, terselit semangat ukhuwah, kerjasama, pengorbanan masa dan tenaga daripada semua yang terlibat demi memastikan program berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

Semoga setiap usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, dilindungi daripada segala halangan serta dikurniakan kejayaan yang terbaik. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Mohon doa daripada semua agar Alamria PASTI Kawasan Mukah berlangsung dengan penuh keberkatan, kemeriahan dan meninggalkan kenangan yang indah buat seluruh peserta, guru serta ibu bapa.

“Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.”
(Surah At-Taubah: 105)

💚

07/08/2026

⏳ 1 Hari Lagi Menuju Pentas Alam Ria! 🌈

Esok bukan sekadar hari pertandingan, tetapi hari untuk anak-anak PASTI Al Wafi Kawasan Mukah menyerlahkan bakat, membina keyakinan dan mencipta kenangan indah mereka. 🌟

Doakan setiap langkah mereka dipermudahkan dan semoga semua peserta berjaya memberikan yang terbaik.

Jumpa esok! 💛 ! بالتوفيق والنجاح 💚

"Membentuk Generasi Soleh, Pintar dan Berakhlak Mulia."









06/08/2026

✨2 HARI LAGI MENUJU PENTAS ALAM RIA PASTI KAWASAN MUKAH! ✨

Semoga setiap usaha diberkati dan setiap persembahan memukau hati semua. ❤️🤲









✨5 HARI LAGI MENUJU PENTAS ALAM RIA PASTI KAWASAN MUKAH! ✨Sedikit lagi sebelum tirai Alam Ria PASTI Kawasan Mukah dibuka...
03/08/2026

✨5 HARI LAGI MENUJU PENTAS ALAM RIA PASTI KAWASAN MUKAH! ✨

Sedikit lagi sebelum tirai Alam Ria PASTI Kawasan Mukah dibuka.
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, senyuman dan doa.

Semoga setiap usaha diberkati dan setiap persembahan memukau hati semua. ❤️🤲









01/08/2026

✨ 7 HARI LAGI MENUJU PENTAS ALAM RIA PASTI KAWASAN MUKAH! ✨

Road to Alam Ria PASTI Kawasan Mukah. Terus kuat dan bersemangat anak-anak Pasti, guru - guru dan ibu bapa sekalian . Moga di akhirnya nanti, ada kemanisan buat mereka yang telah berusaha dengan jayanya. 💪🏻🥰









31/07/2026

✨ 8 HARI LAGI MENUJU PENTAS ALAM RIA PASTI KAWASAN MUKAH! ✨

Detik demi detik semakin menghampiri hari yang dinanti. 💚

Latihan demi latihan, usaha demi usaha… semuanya dilakukan dengan penuh semangat dan kesungguhan. InsyaAllah, semoga setiap usaha ini membuahkan hasil yang terbaik. 🌟

8 hari lagi... Ayuh teruskan berlatih! 🎤✨








🌟 LAWATAN PASTI KAWASAN MUKAH 2025 🦩🦖🐒 🗓️ Tarikh : 25 JULAI 2026, SabtuAlhamdulillah, PASTI Al-Wafi Kawasan Mukah telah ...
26/07/2026

🌟 LAWATAN PASTI KAWASAN MUKAH 2025 🦩🦖🐒

🗓️ Tarikh : 25 JULAI 2026, Sabtu

Alhamdulillah, PASTI Al-Wafi Kawasan Mukah telah berjaya menganjurkan Lawatan ke Taman Tumbina Bintulu dengan penyertaan yang amat memuaskan dan memeriahkan daripada murid-murid, ibu bapa dan para guru.

Taman Tumbina Bintulu merupakan sebuah taman rekreasi yang menghimpunkan pelbagai spesies flora dan fauna, sekali gus menjadi lokasi pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anak. Melalui lawatan ini, murid-murid berpeluang mengenali pelbagai jenis haiwan secara lebih dekat, di samping menimba ilmu melalui pengalaman pembelajaran di luar waktu kelas.

Selain memberi pendedahan baharu kepada anak-anak, program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, ibu bapa dan murid dalam suasana yang penuh ceria dan bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya para guru, ibu bapa serta pihak pengurusan Taman Tumbina Bintulu atas kerjasama, layanan mesra dan sokongan yang diberikan.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan indah serta menyemai rasa cinta terhadap alam semula jadi, di samping membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan menghargai ciptaan Allah SWT.

🍃 "Belajar Sambil Mengembara, Meneroka Alam Ciptaan Allah."






Address

Mukah

Telephone

+60148991220

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Al Wafi Kawasan Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category