SK Kampung Petanak MUKAH

SK Kampung Petanak MUKAH Hello guys. Welcome to HIP of Sk Kg Petanak, Mukah �

This page is created to encourage the pupil

✨ PROGRAM EXCELLENCE WAVE | CERAMAH BAHASA INGGERIS ✨“Belajar Berfokus, Melakar Kejayaan” 🌊📚Pada 10 Ogos 2026, telah ber...
11/08/2026

✨ PROGRAM EXCELLENCE WAVE | CERAMAH BAHASA INGGERIS ✨

“Belajar Berfokus, Melakar Kejayaan” 🌊📚

Pada 10 Ogos 2026, telah berlangsung Sesi Ceramah Bahasa Inggeris sebagai salah satu pengisian Program Excellence Wave – Bengkel Pemerkasaan Subjek UP-DLP di SK Kg Petanak. no

 🎤 Sesi perkongsian telah disampaikan oleh:

👩🏻 Cikgu Francesca Santa Binti Dedo

🎯 Sesi ini memberi fokus kepada usaha meningkatkan minat, motivasi dan keyakinan murid dalam menggunakan Bahasa Inggeris, di samping memberikan pendedahan kepada strategi pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.

💬 Murid berpeluang mengikuti sesi perkongsian secara interaktif, menjawab soalan serta mengambil bahagian dalam aktiviti yang menggalakkan mereka untuk berani berkomunikasi dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

🎁 Sesi turut diserikan dengan penyampaian token penghargaan dan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda terima kasih atas perkongsian ilmu dan motivasi yang diberikan kepada murid.

Semoga perkongsian ini menjadi pencetus kepada lebih banyak keberanian untuk Speak English, Learn English, Love English! 💙

🌊 EXCELLENCE IS OUR WAVE
📖 Belajar Berfokus, Melakar Kejayaan

📱🎁 Jom Menyumbang Hamper, Bersama-sama Meriahkan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kg Petanak 2026!Semangat kesukanan bukan ...
07/08/2026

📱

🎁 Jom Menyumbang Hamper, Bersama-sama Meriahkan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kg Petanak 2026!

Semangat kesukanan bukan sahaja terserlah di padang, malah turut dizahirkan melalui sokongan dan keprihatinan seluruh komuniti. Sehubungan itu, pihak SK Kg Petanak amat mengalu-alukan sumbangan hamper daripada ibu bapa, alumni, komuniti setempat, agensi serta para penyumbang bagi memeriahkan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kg Petanak 2026.

Sumbangan hamper ini akan dijadikan sebagai hadiah kepada para peserta dan pemenang, sekali gus menjadi suntikan motivasi kepada murid-murid untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama sekolah.

📅 Tarikh akhir penghantaran hamper: 11 Ogos 2026
📍 Tempat penghantaran: Pejabat SK Kg Petanak

Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, amat bermakna dan menjadi bukti sokongan padu terhadap pembangunan sahsiah serta kecemerlangan anak-anak kita.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan serta kemurahan hati semua penyumbang. Semoga setiap kebaikan yang dihulurkan diberkati dan menjadi inspirasi kepada generasi masa hadapan. 💝

Bersama kita jayakan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kg Petanak 2026!

SK Kampung Petanak akan menganjurkan Ceramah Keibubapaan di bawah Program Excellence Wave dengan tema “Anak Cemerlang Be...
05/08/2026

SK Kampung Petanak akan menganjurkan Ceramah Keibubapaan di bawah Program Excellence Wave dengan tema “Anak Cemerlang Bermula Dari Rumah Yang Cemerlang”.

Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga tentang peranan penting mereka sebagai pendidik utama anak-anak, di samping mengukuhkan kerjasama antara pihak sekolah dan keluarga dalam melahirkan murid yang cemerlang dari aspek akademik, sahsiah dan nilai murni.

🗓️ Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)
🕝 Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Tempat: Dewan Laila Taib, SK Kampung Petanak

🎤 Penceramah:
En. Mohammad Fardillah bin Wahi
Yang Dipertua PIBG MRSM Mukah

👨‍👩‍👧‍👦 Sasaran:
Ibu bapa / Penjaga murid Tahun 4 hingga Tahun 6.

Sehubungan itu, semua ibu bapa dan penjaga yang terlibat dijemput hadir bagi menjayakan program ini. Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat dalam membimbing anak-anak ke arah kecemerlangan yang berterusan.

“Anak yang berjaya lahir daripada kasih sayang, doa dan bimbingan ibu bapanya.”

Save the Date! Sasaran: semua murid Tahun 6 SK KG PETANAK📢 HEBAHAN AKTIVITI SK KAMPUNG PETANAKBagi memperkukuh persediaa...
05/08/2026

Save the Date!

Sasaran: semua murid Tahun 6 SK KG PETANAK

📢 HEBAHAN AKTIVITI SK KAMPUNG PETANAK

Bagi memperkukuh persediaan akademik murid Tahun 6 UP-DLP, SK Kampung Petanak akan menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Subjek UP-DLP di bawah Program Excellence Wave.

Bengkel ini bertujuan membantu murid meningkatkan penguasaan subjek UP-DLP melalui teknik pembelajaran yang lebih berfokus, strategi menjawab soalan serta perkongsian daripada guru-guru berpengalaman.

🗓️ Tarikh: 10–12 Ogos 2026
🕝 Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat, SK Kampung Petanak

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua murid Tahun 6 UP-DLP dalam meningkatkan keyakinan dan pencapaian akademik sebagai persediaan menghadapi penilaian yang bakal ditempuhi.

Mohon doa dan sokongan daripada ibu bapa serta seluruh warga SK Kampung Petanak agar program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

📢 *HEBAHAN PROGRAM EXCELLENCE WAVE 2026* 📢Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua followers SK Kg Petanak.Pihak...
05/08/2026

📢 *HEBAHAN PROGRAM EXCELLENCE WAVE 2026* 📢

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua followers SK Kg Petanak.

Pihak sekolah akan melaksanakan *Program Excellence Wave* sepanjang *Jun hingga Oktober 2026* sebagai satu inisiatif berfokus untuk meningkatkan pencapaian akademik, motivasi serta persediaan murid menghadapi peperiksaan.

Pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya:

✅ *Kelas Tambahan UP-DLPS*
Memberi pengukuhan dan bimbingan akademik kepada semua murid Tahun 6.

✅ *Bengkel Penskoran & Teknik Menjawab Soalan*
Mendedahkan murid kepada teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan serta memahami kehendak pemeriksa.

✅ *Ceramah Persediaan Menghadapi Peperiksaan*
Meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesediaan mental murid menghadapi peperiksaan.

✅ *Ceramah Peranan Ibu Bapa Dalam Kecemerlangan Anak-Anak*
Mengukuhkan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa dalam membantu kejayaan anak-anak.

✅ *Program Aspirasi Kejayaan*
Lawatan pendidikan ke MRSM bagi memberi pendedahan dan inspirasi kepada murid tentang hala tuju pendidikan yang lebih cemerlang.

Program ini memerlukan sokongan dan kerjasama padu daripada semua staf agar setiap aktiviti dapat memberi impak yang maksimum kepada anak-anak. Semoga usaha bersama ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan murid Tahun 6 dalam akademik dan pembentukan sahsiah diri.

✨ *"Melangkah Bersama, Cemerlang Sepanjang Masa"*✨
💚 *Komitmen Hari Ini, Kejayaan Esok*

Sekian, terima kasih.
*Sektor Kurikulum, SK Kg Petanak*

Pendaftaran Dart Bergu (DOUBLE) PSKPP Bahagian Mukah tahun 2026 kini dibuka!🎉 Jika anda memiliki kemahiran, semangat ber...
05/08/2026

Pendaftaran Dart Bergu (DOUBLE) PSKPP Bahagian Mukah tahun 2026 kini dibuka!🎉

Jika anda memiliki kemahiran, semangat berpasukan dan komitmen yang tinggi, inilah peluang untuk menyarung jersi bahagian Mukah dan mengharumkan nama pasukan di pentas negeri. 🔥🔥

Butiran sesi pemilihan ialah seperti berikut :

📅 Tarikh : 22 Ogos 2026 (Sabtu)
🕗 Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Tempat : SK Kg Petanak, Mukah

📝 Tarikh tutup pendaftaran: 19 Ogos 2026 (Rabu)

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:

🔗 https://docs.google.com/spreadsheets/d/1X8fGT1JmH0nA67JFzMMBFekk-2CehmFi/edit?usp=sharing&ouid=107675802817550024863&rtpof=true&sd=true

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
👤Cikgu Abraham Japheth Jarak (PKKK SK Kg Petanak)
👤Ustaz Erwandy bin Junaidi (Guru Penyelaras)

📸 SUKANTARA SK KAMPUNG PETANAK 2026 🏃‍♂️🏃‍♀️📅 29 Julai 2026📍 Stadium MukahAlhamdulillah, Program Sukantara SK Kampung Pe...
29/07/2026

📸 SUKANTARA SK KAMPUNG PETANAK 2026 🏃‍♂️🏃‍♀️

📅 29 Julai 2026
📍 Stadium Mukah

Alhamdulillah, Program Sukantara SK Kampung Petanak 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh semangat, ceria dan meriah.

Tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan daya saing yang tinggi sepanjang acara berlangsung.

📅 13 – 17 Julai 2026📍 Stadium Hoki Petrajaya, Kuching, SarawakTahniah kepada 5 orang atlet hoki SK Kg Petanak yang telah...
23/07/2026

📅 13 – 17 Julai 2026
📍 Stadium Hoki Petrajaya, Kuching, Sarawak

Tahniah kepada 5 orang atlet hoki SK Kg Petanak yang telah terpilih mewakili Bahagian Mukah dalam Kejohanan Hoki MSSS 2026 Peringkat Negeri Sarawak.

Mewakili sekolah dan Bahagian Mukah dengan penuh bangga, para atlet telah menunjukkan semangat juang, disiplin serta komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan.

🏑 Wakil SK Kg Petanak:

1. Nur Airiz Arsyad
2. Abdul Qoid Iqhwan
3. Aiman Rayqal
4. Chrissyabelle Edithea
5. Qisya Amanda

🏆 Pencapaian Pasukan:
🥉 Pasukan Hoki Perempuan MSS Mukah
➡️ Tempat Ketiga Peringkat Negeri Sarawak

Kejayaan ini membuktikan usaha, latihan dan semangat berpasukan mampu menghasilkan pencapaian yang membanggakan. Setiap pengalaman sepanjang kejohanan menjadi satu langkah bermakna dalam membina keyakinan, jati diri dan daya saing para atlet.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru jurulatih, guru pengiring, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, bimbingan dan dorongan kepada pasukan hoki SK Kg Petanak.

Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah! 💪🏑✨


SK Kg Petanak sekali lagi mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia apabila berjaya mencatat kejayaan cemerlang dalam Borne...
22/07/2026

SK Kg Petanak sekali lagi mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia apabila berjaya mencatat kejayaan cemerlang dalam Borneo International Innovation Creativity Competition (BIICC) 2026.

Dalam pertandingan yang menghimpunkan penyertaan daripada 20 buah negara, SK Kg Petanak berjaya meraih:

🥇 Gold Award – Green Truck Agro Smart (Agrotechnology & Food Security)

🥇 Gold Award – Ecomarine Edugame (Blue Economy & Ocean Innovation)

🏅 Lebih membanggakan, projek Ecomarine Edugame turut dipilih sebagai penerima BIICC Top 5 Innovator’s Award (Primary School), sekali gus menempatkan SK Kg Petanak dalam kelompok 5 inovasi sekolah rendah terbaik.

🌱 Green Truck Agro Smart

👩‍🏫 Guru Pembimbing: Cikgu Stanzey Soojin

👨‍🎓 Murid:
• Nurin Imanina
• Farwizah Adriana
• Eimran Harith
• Dylan Taut
• Ilman Nazim

🌊 Ecomarine Edugame

👩‍🏫 Guru Pembimbing: Cikgu Nur Afiqah binti Mohd Shokri

👨‍🎓 Murid:
• Chrissyabelle Edithea
• Cheryl Edissa
• Kellen Christ
• Musfirah Nur Syafiqah
• Musfirah Nur Syahirah

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih murid-murid, dedikasi guru pembimbing serta sokongan padu pihak pentadbir, ibu bapa dan seluruh warga sekolah.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berinovasi, berkreativiti dan mengharumkan nama sekolah di persada yang lebih tinggi.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua yang telah mengharumkan nama SK Kg Petanak. Teruskan melakar kejayaan! 💚💛




Address

Mukah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampung Petanak MUKAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category