Manual Jutawan Sarawak

Manual Jutawan Sarawak Training and Coaching

10/10/2021

Untuk bakal usahawan mahupun usahawan baru nak mula, satu masalah yang sering dihadapi adalah NAK BISNES APA?
Ramai yang baru nak berniaga sejak negara dilanda pendamik Covid19. Sering mengambil jalan pintas dengan buat bisnes macam orang lain buat bisnes.
Bila buat bisnes yang sama, satu perkara yang tak boleh elak, bersaing berebut untuk mendapat pelanggan. Akhirnya, jualan tak banyak dan malah rugi.
Sebagai orang berniaga, belajar menimba ilmu sangat penting. Salah satu langkah awal yang perlu diambilkira adalah kuasai ilmu tentang Kanvas Model Perniagaan atau Business Model Canvas (BMC).
Apa itu BMC?
Konsep BMC ini umpama MATA BURUNG YANG MELIHAT RUPA BENTUK BUMI DARI LANGIT.
Apa pulak MATA BURUNG ni?
Bahasa mudah nak faham, anda sebagai usahawan perlu tahu gambaran secara kasar atau pelan perniagaan anda dalam 9 aspek yang ditetapkan di dalam BMC.
1. Siapa Pelanggan Anda.
2. Apa Nilai Produk atau Servis Anda?
3. Macam mana hendak menjaga Hubungan dengan pelanggan?
4. Apa Saluran digunakan untuk Produk atau Servis Anda?
5. Apa Aktiviti Utama perniagaan Anda?
6. Apa Rakan Utama perniagaan Anda?
7. Apa Sumber Utama perniagaan Anda?
8. Berapa Kos diperlukan?
9. Berapa Jualan diperolehi oleh perniagaan Anda?
Semua 9 aspek ini perlu difahami secara kasar dulu. Buat perancangan perniagaan anda dari mula sehingga menjadi kenyataan.
Langkah pertama anda, buat dulu BMC. Moga BMC dapat menjadi panduan awal kepada perniagaan anda. Selamat Mencuba.

Address

Jalan Pinang
Mukah
96400

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+601114018041

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Manual Jutawan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Manual Jutawan Sarawak:

Shortcuts

Share