10/01/2026
Bersama GB Salikin Bin M Lani
DIARI MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN GRADUASI TAHUN 2025
PART 2
πππππππππππ
Tarikh : 11 Disember 2025 (Khamis)
Tempat : Dewan Nur Sakinah
Masa : 8.30 - 11.00 pagi
Perasmi :
πEncik Rostam bin Harun
Timbalan PPD
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Muar
βPersembahan Murid
βAnugerah Khas
πππππππππππ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani, Salam Johor Leads, Salam Muar Exsel, Salam SK lktp Number one.
Yang dihormati
Pengerusi Majlis,
YBRs. Tuan Rostam Bin Harun
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Muar,
Sektor Pengurusan Murid
Barisan Pentadbir, guru-guru yang dikasihi,
Para ibu bapa dan waris yang dihargai, serta murid-murid cemerlang SK LKTP Batu 27 yang saya banggakan.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul pada pagi yang penuh bermakna ini bagi meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi 2025.
Hari ini merupakan detik yang sangat istimewa kerana kita meraikan kejayaan, usaha, dan pencapaian murid-murid yang telah menunjukkan prestasi membanggakan dalam pelbagai bidang β akademik, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan dan perkembangan diri.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik SK LKTP Batu 27.
Tanpa dedikasi, kesabaran dan komitmen guru-guru yang tidak pernah kenal penat lelah, kejayaan murid-murid hari ini tidak mungkin dapat dicapai.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pihak sekolah. Kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa inilah yang menjadi kekuatan kepada kecemerlangan anak-anak kita.
Anak-anak yang menerima anugerah pada hari ini,
Tahniah dan syabas!
Kejayaan ini bukan satu titik penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih jauh. Jadikan pencapaian hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dan menjadi insan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Kepada murid-murid Tahun 6 yang diraikan dalam Majlis Graduasi 2025, Tahniah kerana telah menamatkan pendidikan di sekolah rendah dengan penuh kesungguhan.
Ingatlah, perjalanan selepas ini lebih mencabar, namun saya yakin kalian mampu mengharunginya dengan ilmu, disiplin, akhlak yang baik serta sokongan ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa mendoakan kejayaan kalian.
Di mana pun kalian berada nanti, jagalah nama baik diri, keluarga dan sekolah. Teruskan melakar kecemerlangan.
Akhir kata, saya berharap agar majlis ini dapat menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha gigih demi masa depan yang lebih cerah.
Semoga kecemerlangan yang kita kecapi pada tahun ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih besar pada tahun-tahun mendatang.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
SALIKIN BIN M LANI
Guru Besar
Sk LKTP Batu 27