03/04/2022
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1443H
أَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطٰانِ الرَّجِيْمِ
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْکُمُ الصِّيَا مُ کَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِکُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ ۙ
"Wahai orang-orang yang beriman. Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Al-Baqarah : Ayat 183)
1. Dikesempatan hari ini, PASTI Johor ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1443H kepada semua warga PASTI Johor dan seluruh umat Islam.
2. Alhamdulillah, mengambil ibrah (pengajaran) dari ayat Quran di atas. Maka, kita umat Islam adalah diwajibkan berpuasa apabila masuknya bulan Ramadhan.
3. Ramadhan ini merupakan bulan yang mendidik rasa sabar. Bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga. Tetapi yang lebih besar adalah menahan diri dari hawa nafsu. Mudah-mudahan Ramadhan ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
4. Semoga kita semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa serta ibadah-ibadah yang lain sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya.
5. Mari semua warga PASTI Johor, kita sama-sama jadikan Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua.
Ikhlas Daripada,
Mohd Fairuz Bin Alias
Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor - DPPNJ
Pengarah Jabatan PASTI Negeri Johor