Madrasah Tahfiz An-Najah Muar

Madrasah Tahfiz An-Najah Muar

Share

Sebuah Madrasah Tahfiz yang menyediakan Pendidikan Tahfiz Akademik

21/03/2025

Jom bersama pada

25 MAC 2025 ( SELASA )

World 2025 akan berlangsung pada 25 Mac 2025 ( Selasa, 24 Ramadhan 1446H ) pada jam 12.00 pm - 1.00pm.

Mari bersama dalam menghayati Al-Quran.


18/03/2025

📖 Quran Hour Kembali! 📖
Luangkan 1 jam bersama Al-Quran untuk mencari ketenangan dan hidayah. Jom sertai kami! 💙
📅 Tarikh: 25 Mac 2025 ( Selasa )
📍 Lokasi: Madrasah Tahfiz An-Najah Muar
⏰ Masa: 12.00pm - 1.00pm

Photos from Maktab Adabi Maharani - Fast Track SPM's post 03/01/2025

Peluang belajar seperti murid di sekolah arus perdana bagi lepasan madrasah.Sila dapatkan maklumat lanjut dari Maktab Adabi Maharani.

Photos from Madrasah Tahfiz An-Najah Muar's post 02/01/2025

Alhamdulillah selesai sudah kelas tusyen bagi pelajar-pelajar Tahfiz Akademik Madrasah.Semoga dipermudahkan segala urusan para pelajar untuk menjawab peperiksaan SPM...

30/12/2024

Madrasah Tahfiz An-Najah dan Maktab Adabi Maharani merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang mengintegrasikan program hafazan al-Quran dengan pendidikan akademik moden. Gabungan unik ini bertujuan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja mahir dalam menghafal dan memahami al-Quran, tetapi juga cemerlang dalam bidang akademik, bersedia menghadapi cabaran dunia kontemporari.

Ciri-ciri Utama Madrasah:

1. Program Hafazan Al-Quran

Pelajar didedahkan dengan kaedah hafazan yang sistematik dan berstruktur, dipantau oleh guru berpengalaman.

2. Akademik Teras

Kurikulum akademik merangkumi subjek teras seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Melayu.

Pendekatan pembelajaran seimbang, memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan arus perdana.

3. Pengembangan Sahsiah dan Akhlak

Fokus kepada pembentukan karakter pelajar melalui pendidikan Islam, adab, dan nilai-nilai murni.

Aktiviti kokurikulum seperti debat, sukan, dan kem motivasi untuk melengkapkan perkembangan holistik.

4. Persekitaran Pembelajaran Bersepadu

Suasana pembelajaran yang kondusif, menekankan disiplin, adab, dan ukhuwah Islamiah.

Sokongan fasiliti moden untuk pengajian al-Quran dan akademik.

Madrasah ini bercita-cita melahirkan generasi Ulul Albab, iaitu individu yang beriman, berilmu, dan beramal, yang mampu menyumbang kepada pembangunan ummah di peringkat lokal dan global.

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Madrasah Tahfiz An-Najah, Lot 874, Lorong Mansur, Taman Utama Satu, Jalan Sakeh,, Muar Darul Ta'zim
Muar
84000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 15:00