Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Tanjung Emas

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Tanjung Emas

Share

Buka dari Isnin hingga Jumaat (8 Pagi hingga 5 Petang).TUTUP : Sabtu & Ahad serta CUTI UMUM

12/08/2026

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dalam memperkasa komuniti serta inisiatif Program Pakaian Sekolah NADI.

12 Ogos 2026 (Rabu)
9.00 pagi – 10.00 pagi
Siaran langsung di TV AlHijrah

Jangan lepaskan perkongsian menarik ini. Selamat menonton!

10/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim β€œPay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

05/08/2026

Takwim untuk bulan OGOS 2026 sudah keluar. Jom datang ke *NADI Tanjung Emas* untuk menjadi sebahagian peserta program yang diadakan pada bulan ini.🀩πŸ₯°πŸ˜
Contact: 016-217 8026

Photos from Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Tanjung Emas's post 23/07/2026

Peserta NADI Tanjung Emas yang menyertai pertandingan NADI E-SUKAN MADANI LEGEND MOBILE LEGENDS EDISI KE-4 pada hari Sabtu,18 Julai 2026 🀩🀩🀩

Photos from Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Tanjung Emas's post 23/07/2026

Antara peserta NADI Tanjung Emas yang menyertai WEBINAR DALAM TALIAN SSM: Program SSM BizStart 2026 pada hari Khamis, 23 July 2026 😊

10/07/2026

PENGAMBILAN BAHARU PROGRAM MAHIR INTAKE 4 KINI DIBUKA! πŸŽ‰

Hai semua! πŸ“’

Program MAHIR di NADI kini kembali untuk Intake 4! Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kemahiran secara PERCUMA bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dan bertauliah.

πŸ“… Pendaftaran dibuka: 1 Julai 2026
πŸ“š Tarikh mula kelas: 13 Julai 2026
⏳ Tempoh program: 6 bulan (Julai sehingga Disember 2026)

✨ Apa yang menarik?
βœ… Kelas PERCUMA
βœ… Peralatan pembelajaran disediakan di NADI
βœ… SIJIL disediakan
βœ… Pembelajaran secara praktikal dan mudah difahami
βœ… Peluang menambah kemahiran dan meningkatkan potensi diri

πŸ’‘ Jangan tunggu lagi! Rebut peluang untuk belajar, meningkatkan kemahiran dan membina masa depan yang lebih baik bersama Program MAHIR.

πŸ“ Daftar sekarang di NADI Tanjung Emas!
Contact: 016-217 8026

02/07/2026

Takwim untuk bulan JULAI 2026 sudah keluar. Jom datang ke *NADI Tanjung Emas* untuk menjadi sebahagian peserta program yang diadakan pada bulan ini.🀩
Contact: 016-217 8026

01/07/2026

PROGRAM BARU NADI MAHIR: MAHIR MICROSOFT πŸ’»βœ¨

Ingin meningkatkan kemahiran komputer dan menjadi lebih mahir menggunakan aplikasi Microsoft? Kini, NADI Mahir memperkenalkan program baharu iaitu Mahir Microsoft! πŸŽ‰

πŸ“š Program ini merangkumi 3 aplikasi Microsoft yang paling diperlukan dalam pembelajaran, pekerjaan dan perniagaan:

πŸ“Š Microsoft Excel
πŸ“ Microsoft Word
πŸ“½οΈ Microsoft PowerPoint

Bagi setiap aplikasi, peserta akan mengikuti 3 tahap pembelajaran:
- πŸ”Ή Basic
- πŸ”Έ Intermediate
- ⭐ Advanced

βœ… Kelas percuma
βœ… Pembelajaran secara online di NADI
βœ… Sijil disediakan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus
βœ… Sijil diiktiraf oleh institusi yang berkaitan

πŸ€” Nak tahu bagaimana perjalanan pembelajaran Mahir Microsoft, tempoh setiap tahap, kaedah kelas dan syarat penyertaan?

🎀 Jom sertai Forum Mahir Bersama Komuniti!

πŸ“ Kunjungi NADI TANJUNG EMAS untuk maklumat lanjut πŸš€πŸ’»
contact: 016-217 8026

26/06/2026

β€œGenerasi Muda - Aku Kasih Malaysia".

25/06/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No 123, Jalan Meriam
Muar
84200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00