D Vista Training & Consultancy HQ

D Vista Training & Consultancy HQ

Share

Sebuah syarikat yang menyediakan latihan yang holistik. Pelancaran pelancaran D VISTA PARTNERSHIP PROGRAM akan di umumkan sedikit masa lagi.

D VISTA merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan latihan terhadap dua persoalan utama manusia..

1 - Mengapa?
2 - Bagaimana? Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi mengisi keperluan manusia daripada pelbagai aspek kehidupan, set minda manusia sehingga merangkumi aspek pengurusan kewangan. D VISTA merupakan sebuah platform yang mengumpulkan beberapa orang trainer yang pakar d

Photos from D Vista Training & Consultancy HQ's post 21/04/2026

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH | 1 APRIL 2026 | SMKA MAAHAD MUAR

Telah selesai satu program yang memfokuskan kepada Pembangunan Syahsiah di kalangan Pelajar Tingkatan Tiga & Empat SMKA Maahad Muar.

Program ini menekankan berkaitan mengenali diri sendiri, tujuan diri dijadikan dan ke mana hendak di tuju.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan di redhai Allah.



🌹🌹🌹

Photos from D Vista Training & Consultancy HQ's post 08/02/2026

SEMARAK SUBUH & PROGRAM HAJI CILIK | 7 FEBRUARI 2026 | MASJID ALAUDIN RIAYAT SHAH 1 KG RAJA PAGOH

Alhamdulillah....Selesai sebuah program kerohanian yang dianjurkan oleh YB Fazli Salleh bersama dengan warga Kg Raja Pagoh.

Program ini dimulai dengan Program Semarak Subuh yang dihadiri lebih 300 orang dan Program Haji Cilik yang disertai oleh 134 pelajar dari SK Kg Raja Pagoh.

Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap para pelajar dan menjadi jariah buat YB kelak.



🌹🌹🌹

Photos from D Vista Training & Consultancy HQ's post 08/02/2026

BENGKEL KEPIMPINAN JPP & PEMBIMBING RAKAN SEBAYA KOLEJ KOMUNITI MUAR | 5 FEBRUARI 2026 | KOLEJ KOMUNITI MUAR

Telah berlangsung sebuah Program Kepimpinan bersama barisan kepimpinan Kolej Komuniti Muar selama setengah hari.

Program ini menekankan terhadap persediaan untuk menjadi pemimpin yang unggul.

Semoga para pelajar ini dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.

Sabtu ini akan ke Kg Raja Pagoh untuk Program Haji Cilik....



🌹🌹🌹

Photos from D Vista Training & Consultancy HQ's post 25/01/2026

SEMARAK SUBUH BERSAMA YB Fazli Salleh MUKIM PANJANG SARI & MOTIVASI PELAJAR SERTA IBU BAPA | 25 JANUARI 2026 | MASJID PANJANG SARI PAGOH

Alhamdulillah...Telah selesai satu program semarak subuh bersama YB Fazli bin Salleh, EXCO JKR Kerajaan Negeri Johor.

D Vista diberi amanah untuk menjayakan Program Motivasi "Fight Back To School" yang turut disertai oleh para pelajar SK Panjang Sari Muar bersama dengan ibu bapa.

Program ini turut dimeriahkan dengan penyerahan Bantuan Wang Saku Persekolahan.

Idea yang cuba diketengahkan oleh YB Fazli Salleh ialah, "Duit buatkan kita mampu untuk makan hari ini dan esok. Tetapi ilmu, mampu membantu kita cari makan di hari-hari yang mendatang".

Semoga program seperti ini dilaksanakan dengan lebih giat lagi dan mendapat keredhaan Allah.



🌹🌹🌹

Photos from D Vista Training & Consultancy HQ's post 24/01/2026

SEMARAK SUBUH BERSAMA YB Fazli Salleh & HAJI CILIK KG JORAK | 24 JANUARI 2026 | MASJID AL-AZIM JORAK MUAR

Satu Program Semarak Subuh bersama YB Fazli bin Salleh, EXCO Jabatan Kerja Raya Kerajaan Negeri Johor, telah diadakan di perkarangan Masjid Al-Azim Jorak.

Program ini diisi dengan zikir munajat yang dipimpin oleh YB dan penyerahan bantuan wang saku untuk permulaan persekolahan.

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan penyertaan anak-anak cilik dalam Program Haji Cilik yang dipimpin oleh Tn Hj Mohd Nizaar bin Mokhtar, Jurulatih Spiritual D Vista Training & Consultancy.

Semoga program ini mendapat berkat dan memberi manfaat kepada semua.



🌹🌹🌹

Photos from D Vista Training & Consultancy HQ's post 23/01/2026

TEAM BUILDING WARGA MICRON TANGKAK SIRI 2 | 23 JANUARI 2026 | ASSALAM FARMSTAY

Telah berlangsung satu program yang memfokuskan tentang bekerja dalam pasukan warga Micron Tangkak.

Program ini melibatkan 52 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan.

Semoga program ini dapat membantu para warga Micron Tangkak meningkatkan produktiviti dan kerjasama di masa akan datang.



🌹🌹🌹

Photos from D Vista Training & Consultancy HQ's post 22/01/2026

PROGRAM PEMIMPIN MUDA PERINGKAT SEKOLAH SK ISMAIL 2 | 22 JANUARI 2026 | SK ISMAIL 2 MUAR

Alhamdulillah...Sebuah Program Kepimpinan peringkat sekolah telah diadakan di SK Ismail 2, Muar.

Kali ini, D Vista menampilkan beberapa fasilitator baru untuk mengendalikan slot bersama pelajar.

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning) yang digunakan sepanjang program ini berlangsung, diharap memberikan kesan terhadap pelajar.

Semoga program ini melahirkan lebih ramai orang yang akan mencorakkan masa depan yang gemilang.



🌹🌹🌹

Photos from D Vista Training & Consultancy HQ's post 20/01/2026

TEAM BUILDING WARGA MICRON MUAR | 20 JANUARI 2026 | ASSALAM FARMSTAY MUAR

Alhamdulillah...Satu Program Kerjasama Berpasukan telah diadakan untuk warga staf Micron.

InsyaAllah..23 Jan 2026 akan diadakan siri kedua dengan bilangan yang lebih banyak.

Semoga program ini dapat membantu meningkatkan motivasi dan produktiviti.



🌹🌹🌹

Photos from D Vista Training & Consultancy HQ's post 01/01/2026

ROMBONGAN ILMU KE UTHM BERSAMA FASILITATOR D VISTA | 31 DISEMBER 2025 | UTHM KAMPUS PAGOH

Satu rombongan lawatan bersama barisan Fasilitator D Vista untuk menjalinkan kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn.

Rombongan ini adalah kesinambungan kepada perancangan untuk menjadikan D Vista sebagai platform kerjaya di masa hadapan.

Fasilitator D Vista merupakan pelajar lepasan SPM 2025 dan sedang merangka hala tuju pada masa hadapan.

Sesuai dengan visi D Vista, iaitu LIVE TO GIVE para pelajar ini diperkenalkan dengan peluang untuk kerjaya di masa hadapan.

Semoga kejayaan mengiringi anak-anak muda ini.



🌹🌹🌹

25/12/2025

PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH | 22 DISEMBER 2025 | ASSALAM FARMSTAY MUAR

Alhamdulillah...Selesai perkhemahan cuti sekolah kali ini.

Kali ini berbeza, yang kecil dan yang besar boleh main bersama 😁😁😁

Semua sudah macam keluarga.



🌹🌹🌹

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No. 4, Tingkat 1, Jalan Cempaka Sari 1/4, Taman Seri Cempaka, Jalan Junid
Muar
84000