04/07/2026
“We collaborate, we commit & we excel”
UTHM–SEA LIFE berjaya biak, lepas ikan pelaga hampir pupus terbesar dunia
Spesies yang dikategorikan sebagai 'sangat terancam' itu merupakan antara khazanah biodiversiti paling unik di Malaysia kerana habitat semula jadinya hanya tertumpu di kawasan paya gambut hitam sekitar Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara.
04/07/2026
“We collaborate, we commit & we excel”
UTHM–SEA LIFE berjaya biak dan lepas ikan pelaga hampir pupus terbesar dunia
Sumber: Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar Sebanyak 327 spesies ikan laga mikroendemik Betta Persephone yang hanya ditemui secara semula jadi di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara,
04/07/2026
“We collaborate, we commit & we excel”
🐟 IKAN LAGA BETTA PERSEPHONE KEMBALI KE HABITAT ASAL, UTHM-SEA LIFE CIPTA SEJARAH KONSERVASI DUNIA
🐟🌿 Sebanyak 327 ekor ikan laga mikroendemik Betta persephone berjaya dilepaskan semula ke habitat asalnya di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara, Johor menerusi usaha konservasi yang diketuai oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama SEA LIFE Legoland Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Johor dan Jabatan Perikanan Johor.
✨ Pelepasan ini mencipta sejarah sebagai program pelepasan semula Betta persephone terbesar pernah direkodkan di dunia, sekali gus menjadi simbol kejayaan usaha pemuliharaan spesies yang dikategorikan sebagai sangat terancam.
🌱 Spesies unik ini hanya ditemui secara semula jadi di hutan paya gambut Johor, menjadikannya antara khazanah biodiversiti paling istimewa negara.
💪 Bermula sejak tahun 2016, usaha konservasi yang dilaksanakan secara konsisten membuktikan bahawa komitmen penyelidik dan agensi tempatan mampu memberi impak besar dalam melindungi spesies terancam serta mengangkat Malaysia sebagai contoh pemuliharaan biodiversiti di peringkat global.
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM