SMKA Maahad Muar - Rasmi

Call Directions Website Contact the school

SMKA Maahad Muar - Rasmi Laman Rasmi SMKA Maahad Muar
Sekolah Kluster Kecemerlangan | Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Tahniah kepada Ustazah Siti Aisyah binti Johan kerana telah menerima pengesahan Majlis Senat UTM hari ini, bahawa telah ...
22/09/2026

Tahniah kepada Ustazah Siti Aisyah binti Johan kerana telah menerima pengesahan Majlis Senat UTM hari ini, bahawa telah memenuhi syarat dan kelayakan untuk dianugerah sebagai pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Syabas dan tahniah Dr Siti Aisyah atas kejayaan yang membanggakan warga Maahad!

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULANAN : PUTERI ISLAMTelah berlangsung Perhimpunan Kokurikulum Bulanan yang diuruskan oleh Unit...
21/09/2026

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULANAN : PUTERI ISLAM

Telah berlangsung Perhimpunan Kokurikulum Bulanan yang diuruskan oleh Unit Beruniform Puteri Islam pada 21 September 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, SMKA Maahad Muar.

Berbeza daripada perhimpunan biasa, kali ini Puteri Islam tampil membawa satu mesej yang cukup dekat dengan jiwa seorang muslimah β€” bahawa kelembutan bukan tanda kelemahan, dan kesopanan tidak pernah menghalang seseorang untuk menjadi pemimpin.

Sebagai unit beruniform yang menghimpunkan anak-anak puteri, Puteri Islam menjadi medan untuk membina keyakinan diri, disiplin, keberanian, kepimpinan serta akhlak yang terpuji.

Setiap langkah, setiap amanah dan setiap pengalaman yang dilalui menjadi sebahagian daripada proses membentuk generasi muslimah yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah teguh jati diri dan tinggi nilai peribadinya.

🌷 Puteri hari ini, pemimpin masa hadapan.

Bukan sekadar cantik pada penampilan, tetapi indah akhlaknya, luas ilmunya, kuat jiwanya dan besar impiannya.

Semoga semangat Puteri Islam terus mekar dalam diri setiap anakanda Maahad Muar β€” menjadi muslimah yang berilmu, beradab, berani dan mampu memimpin dengan hikmah.









PROGRAM REMAJA HEBAT SAHSIAH TERPUJIAlhamdulillah, satu program yang penuh dengan pengisian dan aktiviti menarik telah d...
20/09/2026

PROGRAM REMAJA HEBAT SAHSIAH TERPUJI

Alhamdulillah, satu program yang penuh dengan pengisian dan aktiviti menarik telah dilaksanakan iaitu Program Remaja Hebat: Sahsiah Terpuji.

Program ini dirancang sebagai platform untuk membimbing para remaja tingkatan 2 agar lebih mengenali diri, membina sahsiah yang baik serta memahami cabaran kehidupan sebagai seorang remaja pada masa kini.

Pelbagai pengisian menarik telah disusun, antaranya ice breaking, pecahan kumpulan, Indahnya Zaman Remaja, Sahsiah Terpuji vs Sahsiah Terkeji, Siapa Menang Bila Kita Berpecah?, debat khas Lelaki vs Perempuan, Ukhuwah Batch, Cabaran Remaja Masa Kini serta perkongsian Tips Menjadi Hamba Allah yang Taat, Anak yang Soleh Solehah dan Murid yang Beradab dan Cemerlang yang dikendalikan oleh akhi Fairuz

Semoga program ini menjadi wadah dalam melahirkan generasi remaja yang berilmu, berakhlak, bersatu hati, beradab dan mempunyai jati diri yang kukuh dalam menghadapi cabaran masa depan.

Terima kasih team muafakat tingkatan 2 atas komitmen yang luar biasa ini.

BENGKEL KIMIA BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI (Chem BBI) 2026 TINGKATAN 4SMKA Maahad Muar telah menganjurkan Bengkel Kimia B...
19/09/2026

BENGKEL KIMIA BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI (Chem BBI) 2026 TINGKATAN 4

SMKA Maahad Muar telah menganjurkan Bengkel Kimia Bahan Buatan dalam Industri (Chem BBI) telah dilaksanakan pada 16 September 2026 lalu, yang melibatkan keseluruhan 91 orang pelajar Tingkatan 4.

Bengkel ini menjadi salah satu wadah pengayaan ilmu bagi membantu murid memahami dengan lebih jelas konsep serta aplikasi bahan buatan dalam industri, di samping menghubungkaitkan pembelajaran Kimia dengan situasi dan perkembangan dalam dunia J7 sebenar.

Sepanjang bengkel, para pelajar berpeluang memperkukuh pemahaman terhadap topik berkaitan melalui perkongsian ilmu dan aktiviti pembelajaran yang dirancang secara berfokus. Pendekatan sebegini diharapkan dapat meningkatkan minat, kefahaman serta keyakinan murid dalam menguasai subjek Kimia.

91/91 hadir, 91/91 bersedia meneroka dunia Kimia!

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus melangkah dengan lebih yakin dalam pembelajaran serta membuka ruang kepada penerokaan bidang sains dan teknologi pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Khairun Adhwa binti Adnan dan Cikgu Fatin Naimah binti Othman atas komitmen serta bimbingan dalam menjayakan bengkel ini.




Alhamdulillah, telah berlangsung Hi-Tea Aspirasi Mumtazin pada 18 September 2026 bertempat di Alida Space Event.Program ...
19/09/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Hi-Tea Aspirasi Mumtazin pada 18 September 2026 bertempat di Alida Space Event.

Program ini diadakan sebagai satu wadah untuk menyuntik semangat, membina keyakinan diri serta menyemarakkan aspirasi kecemerlangan dalam kalangan anak-anak Mumtazin, khususnya dalam menghadapi SPM.

Suasana santai turut memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi bersama guru serta berkongsi impian dan sasaran masing-masing.

Semoga setiap impian yang disemai hari ini menjadi realiti dengan usaha, doa dan tawakal. Terus melangkah dengan yakin menuju kecemerlangan yang diimpikan!







BENGKEL PEMANTAPAN INSYAK BAHASA ARAB SPM 2026 πŸ“… 16 September 2026 (Rabu)⏰ 8.00 pagi – 12.30 tengah hariπŸ“ Dewan Al-Khawa...
19/09/2026

BENGKEL PEMANTAPAN INSYAK BAHASA ARAB SPM 2026

πŸ“… 16 September 2026 (Rabu)
⏰ 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Dewan Al-Khawarizmi, SMKA Maahad Muar
πŸ‘₯ Kehadiran: 141/143 calon SPM 2026

Bagi memperkukuh penguasaan Bahasa Arab khususnya dalam kemahiran Insyak, satu Bengkel Pemantapan Insyak Bahasa Arab SPM 2026 telah dilaksanakan dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada calon SPM 2026.

Bengkel ini memberi penekanan kepada pemantapan kemahiran menghasilkan penulisan Bahasa Arab yang tersusun, tepat dan menepati kehendak soalan SPM. Para calon turut dibimbing untuk memahami teknik penulisan, pengembangan idea, penggunaan kosa kata yang sesuai serta strategi menjawab dengan lebih yakin dan berkesan.

Kehadiran 141 daripada 143 calon mencerminkan komitmen tinggi anak-anak Maahad dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan SPM 2026. Semoga ilmu, teknik dan bimbingan yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah membimbing dan mencurahkan ilmu sepanjang bengkel ini:

πŸ‘¨β€πŸ« Ustaz Mohd. Khairulzaman bin Hamjah
πŸ‘©β€πŸ« Ustazah Norasikin binti Ismail
πŸ‘¨β€πŸ« Ustaz Muhamad Firdaus bin Muhamad Shahir
πŸ‘©β€πŸ« Ustazah Raja Nurul Hidayati binti Raja Abdullah

Semoga segala usaha, ilmu dan bimbingan yang dicurahkan menjadi asbab kejayaan buat semua calon SPM 2026. Teruskan berusaha, teruskan berdoa dan maksimumkan setiap peluang untuk mencapai kecemerlangan!

ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω‚ΩŽΨ―Ω’Ψ±Ω Ψ§Ω„Ω’ΨΉΩŽΨ²Ω’Ω…Ω ΨͺΩŽΨ£Ω’Ψͺِي Ψ§Ω„Ω’ΨΉΩŽΨ²ΩŽΨ§Ψ¦ΩΩ…Ω
Sejauh mana tekad, sejauh itulah kejayaan yang mampu dicapai.

Semoga dipermudahkan perjalanan perjuangan SPM 2026!






MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 2026 Tirai Bulan Kebangsaan 2026 di SMKA Maahad Muar dilabuhkan pada 15 September 2026...
19/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 2026

Tirai Bulan Kebangsaan 2026 di SMKA Maahad Muar dilabuhkan pada 15 September 2026 dengan penuh warna-warni melalui Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan yang berlangsung dalam suasana meriah, ceria dan sarat dengan semangat patriotisme.

Sepanjang majlis berlangsung, warga sekolah bersama-sama menghayati erti kemerdekaan serta mengenang jasa dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang aman dan berdaulat. Kibaran Jalur Gemilang, busana bertemakan Malaysia serta sorakan penuh semangat warga Maahad Muar menyerikan lagi suasana majlis.

Pelbagai pengisian dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan turut menjadi wadah untuk menyemai rasa cinta akan negara, semangat perpaduan, kesyukuran dan tanggungjawab sebagai generasi pewaris bangsa.

Majlis penutupan ini bukan sekadar menandakan berakhirnya sambutan Bulan Kebangsaan, tetapi menjadi satu peringatan bahawa semangat patriotisme perlu terus subur dalam jiwa setiap warga sekolah β€” bukan hanya pada bulan Ogos dan September, tetapi sepanjang masa.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Kita berbeza warna, bahasa dan budaya, namun tetap berdiri di bawah satu Jalur Gemilang.

Semoga semangat cintakan negara yang disemai sepanjang sambutan ini terus mekar dan diterjemahkan melalui tindakan, akhlak serta sumbangan positif demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Selamat Hari Malaysia!
Teruskan menyemarakkan cinta kepada Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨








HUFFAZ CHECK-IN PERKASA PENGURUSAN HAFAZAN MURID TINGKATAN 3MUAR, 17 September 2026 (Khamis) – Program mingguan hafazan ...
18/09/2026

HUFFAZ CHECK-IN PERKASA PENGURUSAN HAFAZAN MURID TINGKATAN 3

MUAR, 17 September 2026 (Khamis) – Program mingguan hafazan Huffaz Check-In telah dilaksanakan bersama murid Tingkatan 3 SMKA Maahad Muar sebagai salah satu usaha memperkukuh pengurusan hafazan dan murajaah murid.

Program yang membawa tema β€œBukan Sekadar Tambah. Kita Jaga.” telah disampaikan oleh Ustaz Che Azizi Che Kadir, Guru Cemerlang Tahfiz merangkap Penyelaras Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).

Dalam perkongsian tersebut, murid didedahkan dengan tips menghafaz al-Quran, pengurusan masa serta kaedah mengurus murajaah secara lebih terancang. Penekanan diberikan kepada konsep Tilawah, Takrar dan Tasbit (3T) bagi membina kefahaman bahawa proses hafazan tidak terhenti selepas sesuatu muka surat berjaya ditasmik, sebaliknya perlu terus diulang dan dikukuhkan.

Program turut disertai oleh Ustaz Muhammad Firdaus Shahir yang berkongsi pengalaman dan panduan beliau dalam menghafaz al-Quran. Perkongsian tersebut lebih dekat dengan murid kerana beliau juga merupakan bekas pelajar SMKA Maahad Muar.

Selain sesi perkongsian, murid menjalani tebuk hafazan secara rawak, membentuk pasangan murajaah serta merancang jadual murajaah mingguan masing-masing. Pendekatan ini bertujuan membina disiplin dan tanggungjawab murid untuk bukan sahaja menambah hafazan baharu, tetapi memastikan hafazan yang telah diperoleh terus terpelihara.

Huffaz Check-In akan diteruskan sebagai program mingguan dengan pengisian berkaitan hafazan, murajaah, motivasi, pengurusan masa dan pembentukan sahsiah Hamil al-Quran.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR IKON ULUL ALBAB KARNIVAL i-STEAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2026Alhamdulillah, satu lag...
13/09/2026

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR IKON ULUL ALBAB KARNIVAL i-STEAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Alhamdulillah, satu lagi kejayaan membanggakan dilakar oleh anak-anak SMKA Maahad Muar! πŸ’

Pertandingan Peringkat Akhir Ikon Ulul Albab Karnival i-STEAM Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 telah berlangsung pada 12 & 13 September 2026 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

Lebih istimewa, Pencarian Ikon Ulul Albab ini dianjurkan bersempena sambutan Karnival Jubli Emas (50 Tahun) Penubuhan IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi (1977–2027).

Pertandingan ini bukan sekadar menguji hafazan, tetapi menggabungkan beberapa aspek kemahiran Ulul Albab yang memerlukan penguasaan ilmu, kefahaman dan persembahan peserta, antaranya:

πŸ“– Hafazan
β€’ 6 surah
β€’ 3 soalan tebuk

πŸ“š Tafsir
β€’ 1 soalan berbentuk KBAT

πŸŽ™οΈ Tarannum
β€’ 3 pilihan surah
β€’ Format Musabaqah Tilawah selama 8 minit

Perjalanan menuju ke pentas akhir bukanlah mudah. Proses saringan secara dalam talian telah berlangsung pada 20 & 21 Ogos 2026 yang lalu, dengan penyertaan seramai:
πŸ‘¦ 25 peserta lelaki
πŸ‘§ 50 peserta perempuan

Daripada puluhan peserta tersebut, hanya 5 finalis bagi setiap kategori dipilih untuk bertanding di peringkat akhir.

Alhamdulillah, dua orang anakanda SMKA Maahad Muar berjaya menjadi antara 5 finalis terbaik bagi kategori masing-masing. Satu pencapaian yang sememangnya membanggakan dan cukup istimewa!

Dan akhirnya,

πŸ₯‡ KATEGORI SEKOLAH MENENGAH (L) β€” JOHAN
πŸ† Muhammad Rusydan Busyra bin Mohd Ruzaini (2 Adib)

πŸ₯ˆ KATEGORI SEKOLAH MENENGAH (P) β€” NAIB JOHAN
πŸ† Nor Hajar Zahra binti Nor Haizam (2 Adib)

Daripada 75 peserta di peringkat saringan, dua anakanda Maahad Muar berjaya menempatkan diri dalam kelompok 5 finalis terbaik dan seterusnya membawa pulang Johan bagi kategori lelaki serta Naib Johan bagi kategori perempuan.

Sesungguhnya, kejayaan ini bukan sekadar tentang kedudukan di pentas pertandingan. Ia adalah bukti ketekunan menghafaz, kekuatan menguasai ilmu, keberanian menjawab soalan KBAT serta keupayaan mempersembahkan bacaan al-Quran dengan penuh penghayatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jazakumullahu khairan jazak diucapkan kepada Ustaz Mohammad Helmi bin Abdul Kadir, Ustaz Mohammad Zakiuddin bin Hanafi serta Ustazah Nurul Lailati binti Mahat atas segala bimbingan, tunjuk ajar, kesungguhan dan pengorbanan dalam membimbing serta mempersiapkan anak-anak ini menghadapi setiap peringkat pertandingan.

Tahniah Rusydan dan Hajar!
Teruskan melangkah dengan ilmu, al-Quran dan akhlak sebagai bekalan.







ZOO JOHOR SCOUTS EXPLORACE PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan membanggak...
12/09/2026

ZOO JOHOR SCOUTS EXPLORACE PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan membanggakan Pasukan Pengakap SMKA Maahad Muar dalam Zoo Johor Scouts Explorace Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 yang telah berlangsung pada Sabtu, 12 September 2026, bertempat di Zoo Johor, Johor Bahru.

Program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Gudang ini telah menghimpunkan peserta Pengakap dari seluruh negeri Johor dalam sebuah pertandingan yang menguji ketangkasan, kecerdasan, kerjasama, kepimpinan dan semangat berpasukan.

πŸ₯‰ TEMPAT KETIGA PERINGKAT NEGERI JOHOR!

Lebih membanggakan, kesemua 15 orang peserta Pengakap SMKA Maahad Muar telah bersama-sama mencipta kejayaan ini. Bukan sekadar menyertai, tetapi berjuang, bekerjasama dan membuktikan bahawa semangat berpasukan mampu membawa kita ke podium! πŸ’ͺ🏻

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin, kesungguhan dan semangat juang yang luar biasa.

Tahniah Wira-Wira Pengakap SMKA Maahad Muar!




Address

SMKA Maahad Muar, Jalan Joned
Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMKA Maahad Muar - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMKA Maahad Muar - Rasmi:

Shortcuts

Share