SMK Tengku Mahkota, Muar

SMK Tengku Mahkota, Muar

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Tengku Mahkota, Muar, High School, Muar.

Photos from SMK Tengku Mahkota, Muar's post 23/08/2026

Alhamdulillah, telah berjaya diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk guru-guru SMK Tengku Mahkota dengan tajuk:

“AI sebagai Pembantu Pintar Guru dalam Perancangan dan Pembelajaran”
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Penceramah:
Puan Yuhanisah binti Jemahar
Encik Mohd Shaifulredza bin Zainol, Penolong Pegawai Sumber dan Teknologi Pendidikan, PPD Muar

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), khususnya AI Gemini, sebagai pembantu pintar dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc).
Melalui bengkel ini, para guru diharapkan dapat mengaplikasikan teknologi AI secara berkesan, kreatif dan beretika dalam proses PdPc. Penggunaan teknologi AI diharapkan dapat membantu guru memperkasa kaedah pengajaran, menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua guru dalam melaksanakan PdPc yang lebih inovatif dan berkualiti.
Semoga SMK Tengku Mahkota terus melangkah maju ke arah kecemerlangan dan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

STMhebatduniaakhirat❤️❤️❤️❤️

Photos from SMK Tengku Mahkota, Muar's post 23/08/2026

Rumble Robot Challenge
Tarikh : 23.08.2026 (Ahad)
Tempat : USJ Summit, Subang Jaya
Peringkat : Kebangsaan

23/08/2026

PEMILIHAN JAWATAN KUASA PERWAKILAN TKT 6

Photos from SMK Tengku Mahkota, Muar's post 22/08/2026

Proses pengundian Pilihan raya Ikon Demokrasi SMK Tengku Mahkota Muar 2026

Alhamdullilah proses pilihan raya telah berjalan dengan lancar , telus dan penuh semangat demokrasi.Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah bertanding serta pelajar Tingkatan 3 dan 4 yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan penuh amanah.
Setiap undi membawa harapan. Setiap pilihan mencipta perubahan. Pilihan Raya ini supaya dapat melahirkan pemimpin yang beramanah, berintegriti dan bersedia memimpin dengan penuh dedikasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pilihan Raya Ikon Demokrasi para guru, petugas serta semua pengundi yang telah memberikan komitmen sepanjang proses pengundian berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan Pilihan Raya Ikon demokrasi 2026!
STM hebatduniaakhirat

Photos from SMK Tengku Mahkota, Muar's post 21/08/2026

🎉 ALHAMDULILLAH, PROGRAM BERJAYA DILAKSANAKAN! 🎉

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana Karnival Koakademik Bidang TVET telah berjaya dilaksanakan dengan lancar sepanjang bulan Ogos 2026. Program ini berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah.

✨ Antara aktiviti yang telah dijalankan:
🔹 Melukis Karakter Anime
🔹 Mewarna Poster
🔹 Pertandingan Mobile Legends
🔹 Reka Bentuk Makanan
🔹 Kuiz Digital Kemerdekaan – Wayground/Kahoot
🔹 Pertandingan Lakaran Fesyen Merdeka
🔹 Pertandingan Reka Pakaian daripada Bahan Terbuang
🔹 Jualan Bertema
🔹 Pertandingan Poster Iklan Digital ECON-GENZ
🔹 Pameran RBGD

Program ini bukan sahaja mencungkil bakat dan kreativiti pelajar, malah memberi ruang kepada mereka untuk mengembangkan kemahiran digital, inovasi, komunikasi, kerjasama dan pemikiran kreatif dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

🌟 Semoga program ini terus memberi manfaat kepada para pelajar dan menjadi platform untuk mereka mengembangkan potensi serta bakat dalam bidang TVET.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini! 👏🎉






TikTok · TVPSS MAHKOTA 20/08/2026

Pada 19-20 Ogos 2026, telah berlangsung Pameran bidang TVET STM yang juga menjadi pelengkap aktiviti Minggu Ko Akademik STM 2026.
Panitia Reka Bentuk Grafik Digital, Pembuatan Pakaian Wanita dan Reka Bentuk Teknologi mengambil bahagian dalam aktiviti pameran ini.
Pameran ini mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar STM kerana terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan.
Video di bawah adalah rangkuman hari pertama pameran.

TikTok · TVPSS MAHKOTA

Photos from SMK Tengku Mahkota, Muar's post 20/08/2026

*LAPORAN RINGKAS ROMBONGAN UNIT PPKI KE CAMERON HIGHLANDS*
*Tarikh: 16 - 18 Ogos 2026*

*Hari Pertama: 16 Ogos 2026*
- Tiba di Cameron Highlands
- Melawat Taman Lavender
. Cek in Zenith Suites Cameron

*Hari Kedua: 17 Ogos 2026*
- *Lawatan Penanda Aras* ke SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata
- Melawat Zoo Mania Butterfly Farm dan Sheep Sanctuary

- Membeli belah cenderahati di *Kea Farm*
- Melawat *Cameron Centrum*
- Destinasi terakhir: *Tokyo Town*

*Hari Ketiga: 18 Ogos 2026*
- Daftar keluar dari *Zenith Suites*
- Bergerak ke Laman Strawberry*
- Lawatan ke *Ladang Teh Cameron Valley* - menikmati pemandangan pokok teh
- Bertolak pulang ke Muar
- Selamat tiba di sekolah pada jam *11.30 mlm

Photos from SMK Tengku Mahkota, Muar's post 20/08/2026

TAHNIAH.....

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSSJ 2026

Tarikh :17- 20/8/2026
Tempat : Mini Sukan SMK Banda Baru Uda

Pencapaian
KELLY TEE MIN MIN- PPKI SMK TENGKU MAHKOTA

🏅PERAK:200M -BP P19(REKOD 33.0s)

🏅GANGSA : 100 M -BP P19(REKOD15.31s)

🏅GANGSA: MIX 4X100

TAHNIAH DAN SYABAS DI UCAPKAN

18/08/2026

Jom beramai-ramai menyokong pelajar aliran Reka Bentuk Grafik Digital. Nantikan hasil rekaan hebat mereka. Pelbagai aktiviti dan jualan menarik akan diadakan.

Pameran Reka Bentuk Grafik Digital
19-20 Ogos 2026
Dewan Seri Mahkota

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Muar
84000