17/09/2026
Majlis Konvokesyen Pelajar STPM Kohort 2025
Tarikh : 10 September 2026
Masa : 10.30 pagi - 2.30 petang
Tempat : Dewan Seri Bendahara, SENADA
Seramai 16 orang pelajar STPM Kohort 2025 telah diraikan sempena kejayaan yang cemerlang dalam STPM 2025 dan juga melanjutkan pelajar Sarjana Muda ke Universiti Awam. Semoga anak-anak Tingkatan 6 keluaran SENADA akan meneruskan langkah kejayaan dan menjadi contoh kepada adik-adik junior untuk belajar dan berjaya juga. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru Tingkatan 6 atas dedikasi dan khidmat bakti yang dicurahkan dalam memastikan anak-anak SENADA menyambung pelajaran ke menara gading. Teruskan kejayaan dan bawa nama baik SENADA ke puncak awan!