17/08/2026
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum SK BAKRI BATU 2 PADA 17 OGOS 2026
....di sini segalanya bermula....
17/08/2026
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum SK BAKRI BATU 2 PADA 17 OGOS 2026
11/08/2026
SENAMROBIK KRMJ
🗓️11 Ogos 2026
🗓️Selasa
11/08/2026
Kunjung bantu PPD pemulihan, PLaN dan Intervensi Tahun 1 oleh Puan Seri Saerah dan Puan Rafidah.
🗓️11 Ogos 2026
🗓️Selasa
11/08/2026
SINERGI PERMATA TAHUN 4
🗓️11 Ogos 2026
🗓️Selasa
Terima kasih ibu bapa yang sudi menghadiri Program Sinergi Permata Tahun 4.
Tujuan program ini adalah memberi pendedahan dan penerangan yang lebih terperinci tentang perjalanan Matrik Pembelajaran Tahun 4 yang bakal dilaksanakan pada 6-8 Oktober 2026.
Sesi pertama telah disampaikan oleh Puan Wahida binti Rosdi @ Mohamed Deros (Guru Besar SEJIWA) tentang tujuan Matrik Pembelajaran Tahun 4 adalah satu proses pengesanan awal literasi dan numerasi seawal murid Tahun 4. Permuafakatan pihak sekolah, murid dan ibubapa/penjaga adalah menjadi tanggungjawab bersama dalam menjayakan proses pencapaian akademik murid-murid sehingga mereka Tahun 6.
Sesi kedua diteruskan dengan penerangan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu Pn Noor Hafiza binti Aziz, Ketua Panitia Bahasa Inggeris Pn Faezah binti Halid, Ketua Panitia Matematik Pn Mazni binti Ahmad, Wakil Ketua Panitia Sains Pn Halimah binti Jamir.
Ketua Panitia memberikan tips bagaimana ibu bapa boleh membantu anak-anak semasa di rumah untuk memperoleh sekurang-kurangnya C dan keatas dalam setiap mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains apabila mereka tamat pembelajaran Tahun 6.
Semoga impak daripada program ini dapat membantu murid-murid memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran.
11/08/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada SEJIWA INSPIRE yang telah beroleh 4 Bintang dalam kunjung bantu S’ROJA peringkat daerah. Semoga memperolehi 5 bintang penilaian peringkat negeri Johor.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Guru Besar, Bonda Wahida yang mempunyai hala tuju dan sentiasa inginkan penambahbaikan untuk ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang.
Terima kasih kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Nor Qisna kerana telah bertungkus lumus memastikan unit bimbingan dan kaunseling menepati piawaian yang dikehendaki.
Semoga terus maju di masa akan datang.
🗓️11 Ogos 2026
🗓️Selasa
10/08/2026
🏆⚡ TAHNIAH BLACK THUNDER! ⚡🏆
Alhamdulillah, tahniah buat Black Thunder SK Bakri Batu 2 atas kejayaan meraih NAIB JOHAN 🥈 dalam Kejohanan Bola Baling MSSJ Terbuka (Ramun Open), Kulai!
Syabas buat semua pemain atas semangat juang dan kerja berpasukan yang hebat. 💪🖤❤️
👏 Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga buat para guru/jurulatih atas komitmen, bimbingan, pengorbanan dan usaha dalam membentuk pasukan Black Thunder sehingga mencapai kejayaan ini.
Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang! 🔥
10/08/2026
🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Pengakap SK Bakri Batu 2 atas kejayaan melaksanakan dan menyertai Kem Lencana Kemajuan Keris Perak dan Keris Emas Daerah Muar Tahun 2026 yang telah berlangsung di SK Orang Kaya Ali.
🏕️ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru pembimbing, pemimpin Pengakap serta anak-anak Pengakap yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan semangat yang tinggi sepanjang perkhemahan berlangsung.
👏 Tahniah kepada semua yang terlibat!
Terima kasih atas masa, tenaga, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan.
10/08/2026
Gimik Pelancaran
Sambutan Bukan Kebangsaan
Malaysia Madani : Kesejahteraan Dinikmati
10/08/2026
Pelancaran Bulan Kebangsaan 2026
Peringkat Sekolah Bakri Batu 2
Malaysia Madani : Kesejahteraan Dinikmati
09/08/2026
Tahniah diucapkan buat anak-anak TKRS TAHUN 4 yang telah berjaya memperoleh pangkat Lans Koperal dalam Kursus Kenaikan Pangkat.
Kursus telah dijalankan di SK PANJANG SARI dari 7-8 Ogos 2026. Murid-murid diminta menjalani ujian berikut untuk kenaikan pangkat:-
✅Ujian Kerohanian (hafazan surah dan doa harian)
✅Ujian Pertolongan Cemas
✅Ujian Tali Temali
✅Ujian Membina Gajet
✅Ujian Kawad Kaki
Akhirnya selepas dua hari satu malam, murid-murid seramai 10 orang telah berjaya mendapat pangkat Lans Koperal.
Semoga kursus kenaikan pangkat ini berjaya membina jati diri kepimpinan dalam diri murid-murid. Terima kasih buat barisan pentadbir yang memberi sokongan dan dorongan, terima kasih buat rakan guru yang sentiasa memberi tunjuk ajar, terima kasih ibu ayah, terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
| Monday | 07:20 - 13:10 |
| Tuesday | 07:20 - 13:10 |
| Wednesday | 07:20 - 13:10 |
| Thursday | 07:20 - 13:10 |
| Sunday | 07:20 - 13:10 |