Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

Share

Laman rasmi Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah menyampaikan info, program dan maklumat terkini.

Sebuah Madrasah Tahfiz al-Quran yang bernombor pendaftaran PPAJ: 6/03/05/36 dan terletak di bumi Muar, Johor Darul Takzim. Sehingga kini, kami membangun atas sumbangan orang ramai serta sokongan ramai pihak khususnya pecinta ilmu dan al-Quran. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari pihak anda samada dalam bentuk wang atau material yang lain selagi mana ia mampu memberi manfaat kepada warga Madrasah khsusnya para pelajar.

22/07/2026

22 JULAI | MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN MADRASAH AT-TANWIRIAH

Moga Allah permudahkan segala urusan..

22/07/2026

"Ya Allah, jika ada urusan yang terasa sukar bagi kami, maka mudahkanlah. Jika ada jalan yang tertutup, maka bukakanlah. Jika ada rezeki yang tertahan, maka lancarkanlah dengan rahmat dan kasih sayang-Mu."

Aamiin

Photos from Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah's post 20/07/2026

INFO SMATT | πŸ§ͺ Kolaborasi Hands-On Eksperimen Sains Tingkatan 5 πŸ“

Alhamdulillah, pada Jumaat yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Program Kolaborasi Hands-On Eksperimen Sains Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz (SMATT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Yassin (SMKA HMY)

Program ini memberi peluang kepada para pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas melalui aktiviti eksperimen secara hands-on. Selain menambah kefahaman terhadap konsep sains, aktiviti ini turut memupuk kemahiran berfikir secara kritis, bekerjasama dalam kumpulan serta meningkatkan keyakinan pelajar ketika menjalankan eksperimen di makmal.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, dan para pelajar yang telah menjayakan program ini.

Semoga jalinan kerjasama antara SMKA HMY dan SMATT terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang cintakan ilmu, inovatif dan berdaya saing.

"Belajar, Bereksperimen, Berinovasi, Meneroka Sains." πŸ§ͺ✨

πŸ“https://web.facebook.com/smattanwiriahtahfiz

18/07/2026

"Ya Allah, permudahkan segala urusan kami, lapangkan rezeki kami dan jadikan kami dalam kalangan hamba-Mu yang sentiasa mencintai al-Quran"

Aamiin

Photos from Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah's post 17/07/2026

Alhamdulillah, terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang yang meluangkan masa hadir dalam Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Tanwiriah semalam.

Semoga setiap doa yang dibacakan, diangkat menjadi rahmat buat para arwah dan setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan. Aamiin 🀲🏻

🌸 Teruskan menyemai kebaikan bersama Tanwiriah. πŸ•Œ

17/07/2026

Hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan. Ada satu waktu yang sangat istimewa, di mana doa seorang hamba tidak akan ditolak dengan izin-Nya.

Mungkin hari ini kita sedang memohon kesihatan.
Mungkin kita sedang menanti rezeki yang luas.
Mungkin kita sedang berharap urusan dipermudahkan atau hati ditenangkan.

Sebelum kita mengangkat tangan berdoa, hulurkanlah sedikit sedekah sebagai tanda syukur dan pengharapan kepada Allah.

Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi asbab doa kita diangkat, rezeki diluaskan dan segala hajat dimakbulkan.

🀍 Jom rebut keberkatan Hari Jumaat.
Semoga Allah menerima setiap amal kita. Aamiin.

16/07/2026

JOM REBUT GANJARAN INFAK JUMAAT

Dalam waktu yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengajak tuan puan bersama-sama merebut peluang pahala dengan membantu keperluan dapur anak-anak tahfiz di Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah.

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan stok keperluan dapur madrasah kini berada pada tahap yang sangat memerlukan perhatian.

Oleh itu, kami ingin membuka peluang kepada tuan puan yang hartawan lagi dermawan, untuk menghulurkan sedikit sumbangan demi kelangsungan pengajian anak-anak tahfiz kami.

Sumbangan boleh dalam bentuk Barangan Dapur atau Wang Ringgit.

Klik Sini Untuk Menyumbang secara online:
ezy.la/InfakDapurTahfiz

Atau salur terus ke akaun:
MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AT TANWIRIAH
MAYBANK : 5510 4351 4053
Reference : Dapur Tahfiz

Mari kita Niatkan sumbangan ini untuk ibu bapa dan keluarga tersayang. Mudah-mudahan pahalanya sampai buat mereka yang kita niatkan..

16/07/2026

Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„Ψ§ΩŽΩ…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ±ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©Ω اللهِ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψͺُه

πŸ”΄ πŸ“‘ (((SIARAN LANGSUNG))) πŸ“‘πŸ”΄

⭐️ MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL & DOA HAJAT ⭐️
πŸ“ Anjuran : MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AT-TANWIRIAH, PARIT JAWA, MUAR JDT

πŸ“† Tarikh : KHAMIS 2 SAFAR 1448H / 16 JULAI 2026
πŸ•° Masa : JAM 5:30 PETANG

Jemput Ikuti Secara Langsung...@
πŸ‘‰ Facebook Live - Waqaf Pendidikan Tahfiz:
πŸ“Œ - https://www.facebook.com/share/v/1CxNqwj2MN/
πŸ‘‰ Facebook Live - Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah:
πŸ“Œ - https://www.facebook.com/share/v/1bs3FGxgjf/
πŸ‘‰ YouTube Live -
πŸ“Œ - https://www.youtube.com/live/J5-P9QVZCdg?si=ZmRs2VKKWc_n1Nwb



16/07/2026

INFO SRATT | Aktiviti Kokurikulum Mingguan : Kelab & Persatuan

16/07/2026

Ada-ada jer diorang ni πŸ˜…

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Peti Surat 29
Muar
84150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00