24/10/2023
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SESI 2023/2024, 1445H
Alhamdulillah, sambutan Maulidur Rasul telah berjaya dilaksanakan di Tadika Cerdik Qalam pada 19 Oktober 2023. Selain itu, anak-anak juga telah didedahkan serba sedikit berkaitan isu Palestin dan telah bersama-sama membacakan doa Qunut Nazilah buat saudara seakidah di sana.
Terima kasih diucapkan buat semua ibu bapa dan anak-anak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang sambutan ini berlangsung.
24/10/2023
PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU 🎓👥
Alhamdulillah, Tadika Cerdik Qalam telah mengadakan Parents Teacher Meeting (PTM)/Hari Terbuka pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) yang lepas.
Semoga anak-anak akan sentiasa cemerlang sahsiah dan akademik dan juga membesar sebagai anak-anak yang soleh dan solehah.
Jazakumullahu khairan kathira.
23/10/2023
🏆⚽️Mini Sports Day Tadika Cerdik Qalam 2023 ⚽️🏆
🌼Tarikh: 27/9/2023 (Rabu)
🌼Masa: 8.00-1.00 tengahari
🌼Tempat: Tadika Cerdik Qalam
Objektif:
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk ;
1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta dan mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
2. Membentuk peserta agar sentiasa positif dan ceria dalam kehidupan seharian.
3. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab.
4. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti permainan yang dijalankan.
23/08/2023
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER KEMERDEKAAN ✍️🇲🇾
Tahniah kepada semua anak-anak 4, 5 dan 6 tahun kerana telah berjaya mewarna poster kemerdekaan mengikut kreativiti masing-masing 🥰.
23/08/2023
PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM
Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga pemenang 🥰.
23/08/2023
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-66 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Hari Kemerdekaan di Tadika Al-Baghdadi Cerdik Qalam. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak dan para ibu bapa yang telah memberikan sepenuh kerjasama dalam menyiapkan anak-anak mengikut tema kemerdekaan. Tidak lupa juga kepada para guru yang telah memberikan yang terbaik dalam menjayakan sambutan ini.
Moga dengan ini, anak-anak akan memahami erti kemerdekaan dan dapat memupuk nilai patriotisme dalam diri anak-anak.
16/08/2023
Lawatan dan Pemeriksaan Gigi dari Klinik Pergigian Lenga
🌺Tarikh: 14/8/2023 (Isnin)
🌺Masa: 9.00-11.00 pagi
🌺Tempat: Bangunan Tadika APC
🌺Aktiviti yang dijalankan:
🦷 Ceramah tentang kepentingan menjaga kebersihan dan penjagaan gigi
🦷 Pemeriksaan gigi oleh doktor gigi
🦷 Latihan amali tentang cara-cara menggosok gigi
Terima kasih kepada para petugas kesihatan yang tidak jemu melayan ragam anak-anak.
Terima kasih juga atas taklimat dan nasihat yang telah diberikan kepada anak-anak serta pemeriksaan gigi yang dijalankan. Semoga anak-anak dapat mempraktikkan cara penjagaan gigi yang betul.