Sempena bulan kemerdekaan guru-guru dan semua murid berjalan kaki 6 km pergi dan balik dari Maahad Muar ke Tanjung Emas.
Kesihatan dan kesejahteraan murid perlu dijaga. Mereka perlu cergas dan sihat supaya dapat belajar dengan baik.
Para guru memberi kesedaran kepada anak-anak Maahad Muar bahawa kemerdekaan Malaysia adalah satu anugerah dari Allah Taala yang perlu dijaga dan disyukuri. Doakan anak-anak Maahad dipermudahkan Allah Taala untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran, cemerlang akademik dan sahsiah mereka. Merekalah anak bangsa yang akan mengisi kemerdekaan negara yang tercinta ini.
Ustaz Ahmad Zakuan - Pengetua Maahad Muar
Page rasmi Pengetua yang memaparkan aktiviti beliau di SMKA Maahad Muar.
12/08/2026
Pembudayaan rutin yang tersusun dalam kehidupan asrama di SMKA Miri dikesan begitu ketara.
Ahli Majlis Penasihat Nuqaba melihat dan mengambil inspirasi daripada kepimpinan Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob yang berjaya meletakkan SMKA Miri cemerlang dalam pembinaan sahsiah dan akademik.
10/08/2026
Alhamdulillah.
Tahniah kepada pasukan Sufara' alMantiq iaitu pasukan debat Bahasa Arab SMKA Maahad Muar yang berjaya meraih tempat Naib Johan setelah berjaya ke peringkat akhir Interschool Debating Championship menentang Madrasah al-Junied Singapura.
Kebitaraan Maahad Muar dalam bidang Bahasa Arab terus diperkasa dan diluaskan sehingga peringkat antarabangsa.
06/08/2026
مَن عزّى ـ أي صبره ـ مصابًا فلَهُ مثلُ أجرِهِ
الراوي: عبدالله بن مسعود • ابن الملقن، تحفة المحتاج (١/٦١٤) • صحيح أو حسن [كما اشترط على نفسه في المقدمة] • أخرجه الترمذي (١٠٧٣)، وابن ماجه (١٦٠٢)
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, sesiapa yang mentakziyah (mengajak dia bersabar) seseorang yang ditimpa musibah atau kematian, maka pahalanya sama dengan pahala orang yang bersabar itu.
Saya bersama GPK Pentadbiran dan GPK HEM pada hari ini mewakili warga kerja SMKA Maahad Muar - Rasmi , menziarahi Ustaz Ahmad Zahid bin Ismail di rumah beliau. Ziarah ini bagi menyampaikan ucapan takziah atas pemergian anakandanya yang kedua yang baru berusia 28 hari pada hari Selasa yang lalu. Sumbangan prihatin dari warga kerja Maahad juga disampaikan kepada Ustaz Zahid dan isteri sebagai tanda kebersamaan warga Maahad bersama beliau dan isteri dalam waktu yang sukar ini.
Bersama-samalah kita mendoakan Ustaz Zahid dan isterinya dikurniakan kesabaran atas ketentuan Ilahi ini dan diberikan ganjaran atas kesabaran mereka.
26/07/2026
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin pada 25 Julai 2026 (Sabtu), sebuah sekolah menengah kebangsaan agama yang ke-62 di Malaysia, atas kapasiti sebagai Ahli Majlis Penasihat Nuqaba' Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Perasmian disempurnakan oleh YAB PMX. Turut hadir YB Menteri Pendidikan dan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang.
Tahniah dan syabas kepada Bahagian Pendidikan Islam, KPM dan seluruh warga SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin atas pembukaan sebuah lagi sekolah yang bakal menjadi medan melahirkan generasi insan sejahtera yang cemerlang dari segi ilmu, sahsiah dan kepimpinan.
Penubuhan SMKA ke-62 ini menjadi bukti komitmen berterusan Kementerian Pendidikan dalam memperkasakan pendidikan Islam berkualiti serta melahirkan modal insan yang berilmu, beriman dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Dalam majlis perasmian ini juga YAB PMX juga telah meluncurkan Majlis Nuqaba Murid. Ini adalah satu usaha untuk menggilap potensi kepemimpinan murid di sekolah dengan lebih teratur.
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mengurniakan kejayaan yang gemilang kepada seluruh warga SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin.
21/07/2026
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
في ذكرى حَوْلِ السُّلطان إسكندر ابن المرحوم السُّلطان إسماعيل رحمهما الله
في هذا اليوم، نستذكر بكل إجلالٍ وإكبارٍ المغفور له بإذن الله تعالى السُّلطان إسكندر ابن المرحوم السُّلطان إسماعيل، سائلين الله عز وجل أن يتغمَّده بواسع رحمته، ويغفر له، ويجعل قبره روضةً من رياض الجنة.
اللهم اغفر له وارحمه، وعافه واعف عنه، وأكرم نزله، ووسِّع مدخله، واجعل الفردوس الأعلى مثواه. آمين يا رب العالمين.
نسأل الله سبحانه وتعالى أن يجزيه خير الجزاء على ما قدَّم، وأن يرفع درجاته في عليين، وأن يحفظ وطننا العزيز ماليزيا، وولاية جوهر دار التعظيم خاصةً، ويديم على قيادتها الأمن والاستقرار والرخاء، وأن يوفِّق صاحب الجلالة السُّلطان إبراهيم ابن المرحوم السُّلطان إسكندر، ملك ماليزيا، لما فيه خير البلاد والعباد.
𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐇
HARI HOL HARI MEMPERINGATI KEMANGKATAN
𝐀𝐋𝐌𝐀𝐑𝐇𝐔𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐈𝐁𝐍𝐈 𝐀𝐋𝐌𝐀𝐑𝐇𝐔𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋
21 JULAI BERSAMAAN 6 SAFAR 1448H
Ikhlas Daripada
Yang Berhormat Dato' Mohammed Ridha Bin Dato' Abd Kadir
19/06/2026
Transformasi Pentaksiran Pendidikan Malaysia
INFO : Matriks Pembelajaran diperkenalkan bagi memperkukuh sistem pentaksiran pendidikan yang lebih telus, konsisten dan berfokus kepada perkembangan pembelajaran murid secara berterusan.
Pelaksanaan akan melibatkan murid Tahun 4 mulai Tahun 2026 dan Tingkatan 3 mulai Tahun 2027. Inisiatif ini memberi penekanan kepada pengesanan awal, intervensi berterusan serta pengukuhan pembelajaran murid untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.
📌 Rujuk infografik untuk maklumat lanjut.
19/06/2026
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah Taala.
Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan Enam STPM (Tahfiz) dan guru-guru atas peningkatan prestasi pencapaian pada tahun 2025 dan buat pertama kali lulus 100%.
Semoga perjalanan ilmu diteruskan untuk membangun diri, keluarga dan ummah.
Tahniah juga kepada Pusat Tingkatan Enam SMKA di negeri Johor iaitu di SMKA Segamat dan SMKA Bandar Penawar atas peningkatan prestasi dan lulus 100%.
Pengetua SMKA Maahad Muar merangkap
YDP MPSM SMKA Negeri Johor
17/06/2026
Sirah Rasullah sallallahu alaihi wasallam menunjukkan peristiwa hijrah memberikan kesan signifikan dalam pembangunan ummah.
Hijrah wajar difahami dalam konteks yang luas, dan sekarang hijrah yang utama adalah untuk hijrah pemikiran dan sikap.
Salam Maal Hijrah 1448 Hijriah.
Rabbi Zidni Ilman
Maahad Kita Maruah Kita
Maximise Your Impact
Tekad Maahad Bersih dan Beradab
Tahun Ini Tahun Kita Imej Kita
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
SMKA Maahad Muar, Jalan Joned
Muar
84000