22/09/2026
🌱 PROGRAM PEMBUDAYAAN GENERASI MADANI: MAKMAL AKTIF LESTARI 2026
✨ PROJEK "HIDROPONIK SFOUR4" ✨
Pihak sekolah dengan penuh rasa bangga mengumumkan pelaksanaan Projek "Hidroponik SFour4" di bawah program Pembudayaan Generasi Madani (Makmal Aktif Lestari 2026), yang berlangsung sepanjang bulan Julai hingga September 2026.
Projek berimpak tinggi ini dianjurkan untuk memupuk kesedaran kelestarian alam sekitar, semangat inovasi, serta nilai keusahawanan hijau dalam kalangan warga sekolah.
🍃 LANGKAH PELAKSANAAN PROJEK:
Fasa Preparation & Penyediaan: Penyediaan tapak hidroponik, penyediaan alatan, serta taklimat teknik penanaman tanpa tanah.
Fasa Semaian & Penjagaan: Proses menyemai benih, pemantauan kualiti air/nutrisi, dan penjagaan harian.
Fasa Tuai & Keusahawanan: Hasil tanaman akan dituai dan dipasarkan bagi memberikan pengalaman asas keusahawanan hijau kepada murid.
🤝 PENGLIBATAN BERSAMA
Murid-Murid:
Melalui pengalaman terus (hands-on) dalam menjaga tanaman, mempelajari sains pertanian moden, serta membina nilai tanggungjawab dan kerjasama.
Guru-Guru: Bertindak sebagai pembimbing dan fasilitator yang mengintegrasikan elemen hidroponik ke dalam pembelajaran PdP/Ko-kurikulum.
Pihak Sekolah & PIBG: Memberikan sokongan padu dari segi kepimpinan, fasiliti, serta jaringan kerjasama ibu bapa bagi memastikan kelancaran dan kejayaan projek ini.
Semoga usaha murni ini dapat melahirkan Generasi Madani yang kreatif, berdaya saing, dan berjiwa lestari! Terima kasih atas sokongan berterusan daripada seluruh warga SFour4 dan komuniti PIBG.
standard kita, SFour4 Cemerlang! 💚💚