Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh

Share

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh Johor di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Kursus bidang Kimpalan
2. Kursus bidang Permesinan Am
3.

IKTBN Pagoh merupakan agensi Latihan TVET ILKBS dibawah Bahagian Pembanguan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan (KBS). IKTBN Pagoh sebagai Pusat Kecemerlangan Mekanikal ILKBS menawarkan 4 kursus utama :
1. Kursus bidang Alatan dan Acuan
4. Kursus bidang Mekanik Industri

VISI
Menjadi Institusi Kemahiran Terulung Menepati Keperluan Pembangunan Kemahiran

MISI
Menghasilkan Seramai Mun

Photos from Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh's post 24/07/2026

PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI JULAI 2026

Rangkuman Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi Julai 2026 melibatkan seramai 327 orang pelajar IKTBN Pagoh Semester 2, 3, 4 dan 5.

Seramai 9 orang Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Lantikan JPK hadir bagi proses verifikasi selama 3 hari bermula pada 22 Julai hingga 24 Julai 2026.

Verifikasi dimulakan dengan semakan portfolio pelajar dan peperiksaan akhir teori pada hari pertama dan seterusnya di sambung dengan peperiksaan akhir amali pada hari kedua dan ketiga.

Sepanjang proses ini, para pelajar menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi terutamanya dalam menyiapkan projek amali yeng semestinya memerlukan ketahanan fizikal, mental dan emosi.

Seluruh warga IKTBN Pagoh mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang berjaya. Moga kejayaan ini menjadi titik permulaan perjalanan masa depan yang lebih gemilang.

Photos from Taufiq Johari's post 22/07/2026

Kami warga IKTBN Pagoh menyokong penuh usaha YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia dalam memperkukuh TVET dan memperkasa ILKBS sebagai institusi latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri masa kini.

Semoga pembaharuan yang dirancang terus melahirkan graduan berkemahiran tinggi, berdaya saing dan menjadi pemimpin masa depan negara.

20/07/2026

๐Ÿ“šโœจ ๐‘พ๐‘ถ๐‘น๐‘ซ ๐‘ถ๐‘ญ ๐‘ป๐‘ฏ๐‘ฌ ๐‘ซ๐‘จ๐’€ โœจ๐Ÿ“š

๐Ÿ”น ๐— ๐—˜๐—ง๐—œ๐—–๐—จ๐—Ÿ๐—ข๐—จ๐—ฆ (adjective)

๐Ÿ“– Meaning
Showing great attention to detail; very careful and precise.

๐Ÿ’ก Example Sentence
The engineer was meticulous in checking every measurement before starting the construction.

๐ŸŒŸ Synonyms
โœ”๏ธ Careful
โœ”๏ธ Thorough
โœ”๏ธ Precise
โœ”๏ธ Diligent
โœ”๏ธ Detailed

๐Ÿ“š Source
Oxford Learner's Dictionary

๐Ÿ’ฌ Remember:
"Small details make a big difference. Be meticulous, and excellence will follow." โœจ

19/07/2026

Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Sesi 1/2026 buat semua pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh

Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Photos from Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh's post 16/07/2026

PENILAIAN ANUGERAH MASJID & SURAU CEMERLANG (4P) DAERAH MUAR, JOHOR 2026

8 Julai 2026 | Pagoh, Johor

Masjid At-Taqwa IKTBN Pagoh telah menerima kunjungan panel penilai daripada Pejabat Kadi Daerah Muar bagi sesi Penilaian Anugerah Masjid & Surau Cemerlang (4P) Daerah Muar, Johor Tahun 2026. Lawatan penilaian ini diketuai oleh As-Syeikh Hj. Mohd Nasri bin Rahman, Kadi Daerah Muar.

Penilaian merangkumi empat komponen utama, iaitu Pengimarahan, Persekitaran, Pengurusan dan Prasarana (4P), yang menjadi kayu ukur dalam menentukan kecemerlangan pengurusan serta peranan masjid sebagai institusi pembangunan ummah.

Kehadiran panel penilai bukan sahaja menjadi pengiktirafan terhadap usaha berterusan warga IKTBN Pagoh dalam memakmurkan Masjid At-Taqwa, malah turut menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh fungsi masjid sebagai pusat ibadah, penyebaran ilmu, pembangunan sahsiah dan penyatuan komuniti.

IKTBN Pagoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Kadi Daerah Muar atas kesudian menjalankan sesi penilaian ini. Semoga Masjid At-Taqwa IKTBN Pagoh memperoleh kejayaan cemerlang dalam Anugerah Masjid & Surau Cemerlang (4P) Tahun 2026 serta terus menjadi contoh institusi masjid yang unggul dan memberi manfaat kepada seluruh ahli kariah.

Photos from Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh's post 09/07/2026

๐Ÿค ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง

8 Julai 2026 PAGOH, JOHOR โ€“ IKTBN Pagoh telah mengadakan Mesyuarat Kerjasama Strategik bersama Cuber Lab Sdn. Bhd. bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi serta pembangunan bakat TVET sejajar dengan keperluan industri masa kini.

Perbincangan memfokuskan kepada usaha memperkukuh ekosistem pendidikan TVET melalui pendedahan kepada teknologi terkini yang menjadi pemacu transformasi industri seperti Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI), Internet Kebendaan (IoT), automasi industri, pendigitalan, analitik data serta aplikasi teknologi pintar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Kerjasama yang dirancang merangkumi pelaksanaan sesi perkongsian ilmu oleh pakar industri, latihan dan pensijilan profesional, pembangunan kompetensi tenaga pengajar, pemindahan teknologi melalui demonstrasi dan latihan praktikal, serta penerokaan penggunaan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di IKTBN Pagoh.

Inisiatif ini dijangka dapat memperkasakan kompetensi tenaga pengajar dan pelajar, sekali gus memastikan graduan IKTBN Pagoh memiliki kemahiran yang relevan, berdaya saing serta bersedia memenuhi keperluan industri yang semakin dipacu oleh transformasi digital.

IKTBN Pagoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Cuber Lab Sdn. Bhd. atas kesediaan menjalinkan kerjasama strategik ini. Semoga jalinan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembangunan modal insan TVET dan kemajuan industri negara.

"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™– ๐™๐™‘๐™€๐™, ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™–๐™˜๐™ช ๐™„๐™ฃ๐™ค๐™ซ๐™–๐™จ๐™ž, ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ž๐™ฃ๐™– ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐˜ฟ๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ."




Photos from Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh's post 07/07/2026

๐Ÿ“๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—ง๐——๐—– ๐—–๐—ข๐—ก๐—ก๐—˜๐—–๐—ง@๐— ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—š๐—ข๐—›

IKTBN PAGOH, 7 Julai 2026 โ€“ Majlis Penutup Program JTDC Connect@Muar 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ts. Mohd Ekmaluddin bin Dato' Ishak, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) merangkap Pengarah Johor Talent Development Council (JTDC).

Sebagai tuan rumah, Pengarah IKTBN Pagoh, Puan Suzana binti Mohammed Zohdi dalam ucapan alu-aluannya telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JTDC atas penganjuran program berimpak tinggi ini. Program ini bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan teknikal bagi mengisi peluang pekerjaan bernilai tinggi di negeri Johor, khususnya dalam menyokong agenda Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Sinergi strategik ini turut dijayakan bersama tiga agensi rakan kerjasama melalui pengisian khusus:
๐Ÿ”น Institut Dato' Onn (IDO): Fokus kepada pembangunan karakter, sahsiah, dan kepimpinan mahasiswa TVET.
๐Ÿ”น Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC): Bimbingan pembangunan resume profesional berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI).
๐Ÿ”น Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): Penyediaan gerbang padanan kerjaya dan akses pasaran kerja melalui platform MYFutureJobs.

Siri kali ini mencatatkan penglibatan padu komuniti TVET di Hub Pendidikan Pagoh dengan kehadiran keseluruhan seramai 320 orang peserta yang terdiri daripada
IKTBN Pagoh, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Kolej Vokasional (KV) Pagoh, dan Kolej Komuniti Pagoh.

Syabas diucapkan kepada semua mahasiswa yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang program. Diharapkan ilmu persediaan kerjaya dan pendedahan teknologi digital yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memartabatkan lagi mutu bakat TVET tempatan di pentas industri.











Photos from Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh's post 07/07/2026

๐๐‘๐‚๐“ ๐Œ๐„๐๐„๐Œ๐๐€ ๐๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐‘๐„๐๐€ ๐˜-๐‘๐Ž๐๐Ž๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐’๐ฒ๐š๐›๐š๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‘๐จ๐›๐จ๐ญ๐ข๐ค ๐ˆ๐Š๐“๐๐ ๐๐š๐ ๐จ๐ก โœจ

Satu pencapaian yang membanggakan buat seluruh warga IKTBN Pagoh! Pasukan Pagoh Robot Challenge Team (PRCT) telah pun selesai menggalas cabaran hebat di pertandingan Y-RoboC 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2026 bertempat di IKTBN Bukit Mertajam.

Membawa reputasi IKTBN Pagoh, PRCT tidak hanya menghantar satu wakil, tetapi 7 penyertaan keseluruhan! Mereka telah bertarung habis-habisan dalam empat kategori sengit yang menguji ketahanan mental serta kreativiti teknikal tahap tinggi:
* ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฑ๐—ธ๐—ด ๐—ง๐—ผ๐˜„๐—ฒ๐—ฟ ๐—–๐—ผ๐—ป๐—พ๐˜‚๐—ฒ๐—ฟ
* ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿด๐—ธ๐—ด ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—น๐—ฒ
* ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฒ๐—ธ๐—ด ๐— ๐˜‚๐—น๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ผ๐˜
* ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ผ๐—ฐ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฅ๐—ผ๐—ฏ๐—ผ๐˜

๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ & ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฅ๐—–๐—ง

Bersaing sengit dengan deretan pencabar hebat daripada pelbagai institusi dalam dan luar negara, kepakaran inovasi dan strategi crew IKTBN Pagoh ternyata membuahkan hasil yang sangat positif:

* ๐Ÿฏ๐—ฟ๐—ฑ ๐—ฅ๐˜‚๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ ๐—จ๐—ฝ โ€“ ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฒ๐—ธ๐—ด ๐— ๐˜‚๐—น๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ผ๐˜
* ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ โ€“ ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฑ๐—ธ๐—ด ๐—ง๐—ผ๐˜„๐—ฒ๐—ฟ ๐—–๐—ผ๐—ป๐—พ๐˜‚๐—ฒ๐—ฟ

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat serta pegawai pengiring yang telah bekerja keras sebelum dan semasa kejohanan tersebut. Pertandingan ini bukan sekadar tentang piala, tetapi tentang bagaimana anak muda kita mengaplikasikan ilmu TVET ke tahap yang lebih tinggi dan kompetitif.

"๐—ž๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป, ๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐——๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป"






Photos from Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh's post 06/07/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐—ฃ๐—ž) ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐——๐—œ ๐—œ๐—Ÿ๐—ž๐—•๐—ฆ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ž๐—ง๐—•๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—ข๐—›.

29 Jun - 2 Julai 2026 (Isnin-Khamis)
Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) IKTBN Pagoh.

Telah berlangsungnya Kursus Profesional Associate Welding Inspector (AWI) IICS/TUV 3.1A bagi Bidang Teknologi Mekanikal (Kimpalan) di Hotel Mid City Melaka. Bengkel ini telah dihadiri seramai sepuluh (10) orang peserta yang terdiri daripada Tenaga Pengajar yang melibatkan Lima (5) ILKBS daripada IKTBN Pagoh, IKTBN Dusun Tua, IKBN Bandar Penawar, IKBN Jitra dan IKBN Wakaf Tapai. Kursus ini dikendalikan oleh Pengarah Syarikat Flawmaxs Technologies iaitu Encik Mazlan bin Jaafar yang berpengalaman luas dalam Persijilan Associate Welding Inspector (AWI) IICS/TUV 3.1A . Objektif utama pelaksanaan bengkel tersebut adalah:-

i. Melatih peserta memahami kaedah pemeriksaan kimpalan secara visual (Visual Inspection) mengikut keperluan kod dan piawaian antarabangsa.

ii. Membekalkan kemahiran asas dalam menilai saiz dan kualiti kimpalan fillet mengikut keperluan ASME Section VIII dan ASME B31.3.

iii. Melahirkan tenaga kerja teknikal yang kompeten untuk membantu aktiviti kawalan kualiti (QC) kimpalan di bawah penyeliaan pemeriksa bertauliah.

Kursus Associate Welding Inspector (AWI) IICS / TUV 3.1A amat diperlukan di IKTBN yang menawarkan program Diploma atau Tahap 4 dalam bidang Teknologi Kimpalan kerana ia merupakan keperluan NOSS dan penting bagi memastikan pengajar yang dilantik sebagai pemeriksa semasa amali akhir mempunyai kompetensi selaras dengan amalan industri.

Pensijilan ini membolehkan penilaian kualiti kimpalan dibuat secara profesional bagi menjamin kualiti produk latihan ILKBS, di samping memenuhi keperluan industri pembuatan, pembinaan, minyak dan gas serta tenaga yang menuntut pemeriksaan kimpalan yang berkesan demi keselamatan dan kualiti struktur.






Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


KM 21, Jalan Panchur, 84600 Pagoh
Muar
84500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00