29/09/2026
🇲🇾✨ SAMBUTAN SEMARAK MERDEKA SFERA 2026 ✨🇲🇾
Alhamdulillah, Sambutan Semarak Merdeka SFERA 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan penuh dengan semangat patriotisme! ❤️🤍💙💛
Pelbagai aktiviti dan pengisian sepanjang sambutan telah berjaya menyemarakkan rasa cinta akan negara serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Kemeriahan sambutan jelas terpancar melalui penglibatan dan kerjasama seluruh warga SFERA 🇲🇾🎉
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Guru Besar, barisan guru, semua murid serta ibu bapa atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang menjayakan Sambutan Semarak Merdeka SFERA 2026. 🌺👏
Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa kita, dan semoga anak-anak SFERA membesar sebagai generasi yang cintakan negara, menghargai kepelbagaian serta menjunjung semangat perpaduan.
🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026! 🇲🇾
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”