08/06/2026
Buku yang sangat menarik isinya untuk cikgu-cikgu PASTI Muar. Harap cikgu-cikgu dapat membaca dan memahami isi kandungan buku ini dengan baik.
PASTI Pilihan Utama Rakyat Malaysia
08/06/2026
Buku yang sangat menarik isinya untuk cikgu-cikgu PASTI Muar. Harap cikgu-cikgu dapat membaca dan memahami isi kandungan buku ini dengan baik.
07/06/2026
GURU PASTI MUAR DIPERLUKAN SEGERA
Memenuhi ciri-ciri berikut :
Muslimah
Menutup Aurat
Menyayangi kanak-kanak
Minat mengajar kanak-kanak
Hubungi kami segera :
019-7971650 En Faiz
019-7331803 Cikgu Maisarah
Mendidik Generasi Bertakwa.
terima kasih
07/06/2026
Mesyuarat Penuh PASTI kawasan Muar sebelum kembali ke sekolah Isnin.
Menyegarkan kembali semangat cikgu-cikgu yang sudah bercuti sejak 2 minggu lalu.
22/05/2026
Di doakan semoga cikgu-cikgu PASTI kawasan Muar yang akan menduduki peperiksaan kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) untuk semester 1, 5 dan 6 akan dapat menjawab dengan tenang dan baik.
Tiada dalam gambar Ketua Guru PASTI Muar cikgu Sapiah Abu dan cikgu Hazlina yang telah bergerak lebih awal.
16/05/2026
🌷 Selamat Hari Guru 2026 🌷
16 Mei 2026
“Guru Murabbi Membina Generasi Rabbani”
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa mendidik dengan penuh kasih sayang, sabar dan keikhlasan dalam membentuk anak-anak menjadi insan berilmu, berakhlak dan bertakwa.
Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya. Setiap ilmu yang dicurahkan menjadi cahaya buat generasi masa hadapan.
Semoga semua guru terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik ummah.
Ikhlas Daripada
PASTI Kawasan Muar
“Mendidik Generasi Bertakwa”
15/05/2026
MANASIK HAJI 2026
PASTI KAWASAN MUAR
16 Mei 2026
Sabtu
8.00 pagi
PASTI An Nur Parit Pechah
Hanya untuk pelajar PASTI 6 tahun
“Mendidik Generasi Bertakwa”
12/05/2026
Admin masih belum move on lagi... Seronok la Pesta Sukan hari tu
10/05/2026
Hari ke 2 Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI neg Johor diteruskan dengan giliran team Bola Sepak p**a beraksi.
Seperti juga team Bola Jaring, pemain dipilih dari PASTI yang berbeza. Dalam masa seminggu anak-anak ini perlu bersuai kenal dan bermain dalam satu team. Alhamdulillah meraka serasi antara satu sama lain.
Mendapat tempat ke 3 dalam kump**an C para pemain telah menunjukkan permainan yang mantap. Tahniah dan syabas di ucapkan.
Terima kasih juga kepada coach Aliff Ziqry yang melatih anak-anak ini setiap hari dalam 2 sesi belah pagi dan petang sepanjang minggu ini.
Untuk ibu ayah terima kasih kerana memberi sokongan dan semangat kepada team Bola Sepak, in shaa Allah tahun depan mungkin rezeki team PASTI Muar p**a.
10/05/2026
PASTI kawasan Muar menyertai Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring PASTI neg Johor yang di adakan selama 2 hari, pada 9 dan 10 Mei 2026 di Edu Hub Pagoh.
Hari pertama 9 Mei 2026 team Bola Jaring PASTI kawasan Muar telah menunjukkan mutu permainan yang sangat baik.
Walaupun para pemain yang terpilih dari PASTI yang berbeza tetapi mereka serasi sebagai satu team walaupun berlatih cuma seminggu.
Mendapat tempat ke 3 dalam kump**an B, tahniah buat team Bola Jaring.
Ucapan terima kasih buat coach Tuty yang telah melatih anak-anak ini. Juga buat ibu ayah yang turun sama memberi sokongan tanpa berbelah bagi buat team Bola Jaring PASTI Muar.
Tahun depan kita cuba lagi!!