PASTI Kawasan MUAR

PASTI Kawasan MUAR

Share

PASTI Pilihan Utama Rakyat Malaysia

25/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDURRASUL 1448H | 2026 ๐ŸŒ™

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

Semoga dengan memperingati kelahiran Baginda ๏ทบ, kita terus menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah, menghidupkan sunnah Baginda serta menjadikan akhlak dan perjuangan Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

โœจ โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.โ€
โ€” Surah al-Ahzab: 21

Salam Maulidur Rasul 1448H | 2026
Semoga kita semua memperoleh syafaat Rasulullah ๏ทบ dan dikurniakan kekuatan untuk istiqamah di jalan-Nya. ๐Ÿค

#2026



21/08/2026

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Makluman cuti 25 Ogos 2026 untuk anak-anak PASTI kawasan Muar



20/08/2026

KUTIPAN SUMBANGAN INOVA

PASTI KAWASAN MUAR

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PASTI Kawasan Muar sedang membuka kutipan sumbangan bagi tujuan baik pulih dan mengecat semula kenderaan INOVA PASTI Kawasan Muar, dengan sasaran kutipan sebanyak RM3,500.00.

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada para dermawan, ibu bapa, penjaga serta orang ramai bagi membantu menjayakan usaha ini.

๐ŸŽฏ SASARAN SUMBANGAN

RM3,500.00

๐Ÿฆ SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:

Nama Akaun: PASTI Kawasan Muar
Bank: Agrobank
No. Akaun: 1005902 00000237 5

Sumbangan juga boleh diserahkan secara tunai kepada guru-guru PASTI di cawangan masing-masing.

๐Ÿ“ž SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:

En. Ilyas
๐Ÿ“ฑ 019-741 6437

En. Faiz
๐Ÿ“ฑ 019-797 1650

Semoga setiap sumbangan dan keprihatinan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda.



18/08/2026

GURU PASTI MUAR DIPERLUKAN SEGERA
kemasukkan segera..

Memenuhi ciri-ciri berikut :

~ Muslimah
~ Menutup Aurat
~ Menyayangi kanak-kanak
~ Minat mengajar kanak-kanak

Hubungi kami segera :
019-7971650 En Faiz
019-7331803 Cikgu Maisarah

Mendidik Generasi Bertakwa.
terima kasih




03/08/2026

GURU PASTI MUAR DIPERLUKAN SEGERA

Memenuhi ciri-ciri berikut :
Muslimah
Menutup Aurat
Menyayangi kanak-kanak
Minat mengajar kanak-kanak

Hubungi kami segera :
019-7971650 En Faiz
019-7331803 Cikgu Maisarah

Mendidik Generasi Bertakwa.

terima kasih




Photos from PASTI Kawasan MUAR's post 31/07/2026

Pada 31 Julai 2026 para ibu ayah yang telah mengambil peluang kesempatan dalam program Hari Terbuka untuk bertemu cikgu-cikgu di PASTI masing-masing dan bertanyakan tentang perkembangan anak-anak sepanjang 7 bulan sesi persekolahan tahun 2026 ini.

Alhamdulillah terima kasih ibu ayah yang datang dan menunjukkan keprihatinan berkenaan kemajuan anak-anak.

Segala cadangan dan penambahbaikan kami akan ambil maklum dan in shaa Allah kami akan berusaha lebih giat untuk memperbaiki sebarang kekurangan yang ada.


Photos from PASTI Malaysia's post 25/07/2026
Photos from PASTI Kawasan MUAR's post 18/07/2026

Jamuan makan-makan santai bagi meraikan cikgu-cikgu PASTI kawasan Muar yang telah sama-sama membantu dalam kempen Pilihanraya negeri Johor pada 27 Jun 2026 hingga 11 Julai yang lalu.

Sebelum itu bekas calon Ustaz Amin Sailan telah memberi ucapan terima kasih kepada cikgu-cikgu kerana telah meninfaqkan masa dan tenaga sepanjang waktu tersebut.

Bertempat di perkarangan rumah Ketua Guru PASTI kawasan Muar, cikgu Sapiah Abu mereka menjamu selera di samping menceritakan pengalaman masing-masing.

Turut bersama dalam majlis ini, Pengerusi PASTI En Ilyas Ismail, En Faiz Beran, En Fikri Yusuf, En Abdul Hadi Ketua PEMUDA , wakil DMPK Muar Ummu Aiman dan beberapa orang wakil Cawangan.


Photos from PASTI Kawasan MUAR's post 16/07/2026

Petang semalam mendapat perkhabaran duka berkenaan ayah kepada adik Sumayyah binti Samsar 6 tahun dari PASTI Al-Huda.

Allahyarham En Samsar, ayah adik Summayah telah menghembuskan nafas terakhirnya petang 15 Julai 2026 setelah bertarung dengan penyakit kanser usus yang baru sahaja dikesan pada bulan Zulhijjah yang lalu.

Pengurusan PASTI kawasan Muar bersama Cikgu Sapiah Abu serta cikgu Fieza dari PASTI Al-Huda telah berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham pagi tadi.

Kami di PASTI kawasan Muar mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan semoga Ibu serta abang-abang Sumayyah sabar dan tabah dengan ujian kehilangan ini.


Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Muar
84000