Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah

Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah

Share

Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah(MAS) adalah cawangan Madrasah Tahfiz Al-Quran Annuur, Kesang Laut, Tangkak (JR0089821-D)

Photos from Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur's post 21/04/2026

.

Photos from Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur's post 21/04/2026
Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah's post 21/04/2026

Alhamdulillah, selepas selesai menyaksikan persembahan Ustaz Mustaqim dan para peserta lain sekitar jam 4.30 petang, kami bergerak ke Pantai Teluk Ketapang untuk mengambil angin dan bersantai seketika ๐ŸŒŠ

Pada jam 6.00 petang, kami singgah di Drawbridge untuk ambil beberapa keping gambar kenangan signature Terengganu sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Seberang Takir bagi persiapan diri, menunaikan solat Maghrib dan menikmati makan malam bersama.

Seterusnya, pada jam 8.30 malam, kami ke kompleks sukan buat kali terakhir untuk menyaksikan persembahan tilawah sebelum memulakan perjalanan p**ang ke Muar.

Tepat jam 10.00 malam, kami bertolak dan Alhamdulillah selamat tiba di madrasah sekitar jam 4.00 pagi.

Alhamdulillah utk rehlah kali ini. Semuanya Allah mudahkan. Semoga setiap pengalaman yang dilalui memberi manfaat dan kenangan bermakna buat semua pelajar ๐Ÿค—โœจ

Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah's post 20/04/2026

๐ŸŒด REHLAH PELAJAR ANNUUR SOFIYYAH ๐ŸŒด๐Ÿ“ Terengganu | 2 Hari 1 Malam

Hari Kedua โœจ

Alhamdulillah, hari pertama berakhir dengan aktiviti yang cukup menyeronokkan di homestay. Mohon maaf tiada gambar di homestay kerana masing-masing terlalu fokus dan seronok beraktiviti & gajet pun diletakkan ke tepi demi memanfaatkan masa bersama ๐Ÿ˜Ž๐Ÿคญ

Seawal jam 10 pagi, kami telah bersiap untuk daftar keluar dan memulakan aktiviti hari kedua. Destinasi pertama kami pada sesi pagi ialah River Cruise, diikuti lawatan ke Taman Tamadun Islam dan Pasar Payang.

Selesai semua aktiviti pagi, sekitar jam 2 petang kami bergerak sekali lagi ke kompleks sukan untuk menyaksikan persembahan Ustaz Mustaqim, asatizah Annuur yang turut terpilih mewakili dalam kategori tilawah & hafazan di peringkat kebangsaan.

Kesinambungan aktiviti seterusnya akan dikongsikan dalam post berikutnya, insyaAllah โœจ

Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah's post 17/04/2026

๐ŸŒด REHLAH PELAJAR ANNUUR SOFIYYAH ๐ŸŒด
๐Ÿ“ Terengganu | 2 Hari 1 Malam

Hari Pertama Part 2โœจ

SELASA | 14 APRIL 2026

Selepas selesai menyaksikan persembahan Khairunnazifah Imani, kami singgah makan di Singgang Budu untuk mengisi perut para pelajar.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan dengan singgah ke Muzium Terengganu bagi menambah ilmu dan pengalaman untuk pelajar sebelum daftar masuk ke homestay.

Sebelah petang hingga malam p**a diisi dengan aktiviti santai yang mengeratkan ukhuwah iaitu sukaneka, BBQ dan masa santai bersama โค๏ธ

Hari pertama ditutup dengan penuh kenangan indah, sebelum meneruskan perjalanan hari kedua esoknya.

Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah's post 17/04/2026

๐ŸŒด REHLAH PELAJAR ANNUUR SOFIYYAH ๐ŸŒด
๐Ÿ“ Terengganu | 2 Hari 1 Malam

Hari Pertama โœจ

SELASA | 14 APRIL 2026

Alhamdulillah, jam 10 malam perjalanan kami dari Muar berjalan lancar dan kami selamat tiba di Masjid Seberang Takir seawal jam 5.00 pagi.

Para pelajar mengambil kesempatan untuk membuat persiapan diri, menunaikan solat Subuh berjemaah dan menikmati sarapan bersama dalam suasana penuh ketenangan ๐ŸŒ…

Selesai itu, kami terus bergerak ke Kompleks Sukan bagi memberi sokongan kepada wakil pelajar Annuur Sofiyyah yang mewakili negeri Johor dalam kategori Juz 1โ€“10 (Hafazan & Tilawah). Semoga Allah memberkati usaha dan memberi kejayaan buat Khairunnazifah Imanin Bt Ishak ๐Ÿคฒ

Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah's post 06/04/2026

ISNIN | 6 APRIL 2026

Majlis Jamuan Raya & Sumbangan Duit Raya ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, hari ini beberapa orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah telah menerima jemputan ke Majlis Jamuan Raya anjuran YAPEIM Daerah Muar yang bertempat di Kompleks MARA.

Dalam majlis tersebut, para pelajar turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak YAPEIM sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang terhadap mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak YAPEIM atas jemputan serta sumbangan yang diberikan.

Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda dan diberkati oleh Allah SWT ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

22/03/2026

Salam Eidul Fitri. Maaf zahir & batin.

Ikhlas dari kami, warga Annuur Sofiyyah ๐Ÿซถ๐Ÿป

18/02/2026

Assalamualaikum wbt ๐ŸŒ™

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua semua ๐Ÿค—

Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan dalam kehidupan kita. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik, kelapangan masa untuk beribadah, serta hati yang tenang dalam mendidik anak-anak menjadi generasi Al-Quran.

ุงู„ู„ู‡ู… ุจู„ุบู†ุง ุฑู…ุถุงู† ูˆุจุงุฑูƒ ู„ู†ุง ููŠู‡ ูˆุชู‚ุจู„ ู…ู†ุง ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„ ๐Ÿคฒ

Ikhlas daripada kami,
Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah โœจ

Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Sofiyyah's post 02/02/2026

๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025/2026
[๐ˆ๐’๐๐ˆ๐ | 2 FEBRUARI 2026]

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ : KHAIRUNNAZIFAH IMANI BT ISHAK
๐—œ๐—ธ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ : SITI HUMAIRA BT MASZLI

๐Ÿ“Œ Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan kepada madrasah secara atas talian, boleh terus memasukkan sumbangan ke akaun di bawah.
๐Ÿ’Œ MAYBANK : 551043522109
๐Ÿ•Œ Nama Akaun : MAAHAD TAHFIZ ALQURAN SOFIYYAH

Untuk Maklumat Lanjut, sila hubungi :
๐Ÿ‘ณ๐Ÿผ Ustaz Saiful (Pengetua Madrasah)
๐Ÿ“ž https://wa.link/2wlu9t
๐Ÿ‘ณ๐Ÿผโ€โ™€๏ธ Whatsapp Pejabat
๐Ÿ“ž https://wa.link/57tyil

Semoga Allah limpahkan kebaikan kepada mereka atas apa sahaja yang Engkau berikan kepada mereka. Dan ampunilah mereka dan kasihilah mereka."

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Parit Amat Darat, Jalan Sri Tanjung
Muar
84000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
Sunday 09:00 - 17:00