SM Sains Muar

Directions Website Contact the school

SM Sains Muar Sekolah Berasrama Penuh, KPM Sekolah ini ditubuhkan pada 31 Mei 1983 di kawasan seluas 42 ekar. Pada 1990 sekolah ini mempunyai tingkatan IV dan V sahaja.

Sekolah Menengah Sains Muar atau lebih dikenali sebagai SAMURA merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di kawasan Tanjung Agas. Tuan Hj Hamzah bin Abd Rashid merupakan pengetua pertama berkhidmat di bumi SAMURA hingga 1984. Seramai 204 orang pelajar Tingkatan I merupakan kumpulan pertama yang mendaftarkan diri pada tarikh ini dan pada Jun 1983 Kumpulan kedua pelajar sekolah ini mendaftarkan diri. Mereka merupakan 421 orang pelajar di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris (TOEFL) sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 1988, sekolah ini hanya menerima pelajar baru tingkatan IV sahaja dan tidak lagi menerima kemasukan pelajar tingkatan I. Pada 30 Jun 1991, sekolah ini telah menerima kumpulan pertama Tingkatan VI Rendah sehingga tahun 1994. Pada tahun 1995, sekolah ini telah dijadikan salah satu pusat matrikulasi bagi Universiti Malaysia Sabah hingga tahun 2000. Mulai tahun 2016, sekolah ini menerima semula kemasukan pelajar Tingkatan 1. Seramai 9 orang pengetua telah berkhidmat di bumi SAMURA ini semenjak 1983 hinggalah sekarang dan banyak sumbangan dan pembaharuan yang telah dibawa. SAMURA boleh menempatkan sekitar 700 pelajar dan mempunyai 6 blok asrama yang terdiri daripada 4 blok asrama puteri dan 2 blok asrama putera. Sepanjang tempoh ini juga SAMURA telah melalui banyak perubahan dan pelbagai pencapaian yang membanggakan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat antarabangsa. Kejayaan SAMURA ini bukan merupakan usaha satu pihak sahaja, malah PIBG telah banyak membantu dalam merealisasikan impian sekolah. ALUMNI SAMURA juga banyak membantu dan memberikan bimbingan dan motivasi serta kursus bagi pelajar sebagai satu bentuk khidmat sosial kepada pihak sekolah. Sekolah ini terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan bandar Muar dan Tangkak, di mana ia mudah untuk di hubungi. Di hadapan sekolah ini terdapat sebuah tanah perkuburan orang Islam, stesen minyak Shell dan Petronas, serta kawasan komersial seperti rumah kedai dan juga pasar raya. Sekolah ini mempunyai kawasan taman yang indah serta kemudahan infrastruktur yang lengkap. Baru-baru ini, sebuah dewan kuliah dan makmal komputer telah hampir siap sepenuhnya setelah dibina berhampiran dewan utama.

PROGRAM SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) ANGKATTarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)Tempat: Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)Obj...
15/08/2026

PROGRAM SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) ANGKAT

Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
Tempat: Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)

Objektif Program:
1. Membantu Permata Citra mendapat bimbingan dan coaching secara terus daripada pihak pengurusan tertinggi.
2. Membantu memastikan Indeks Kegembiraan dan Perwatakan Murid berada pada indeks yang terbaik.

Penglibatan:
1. YBhg. Dato’ Zainal bin Abas
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah)
2. Tuan Haji Mohd Fared bin Samin
(Pengetua SAMURA)
3. Dr. Haji Abd Rahim bin Abd Rahman
(Nazir Kanan)
4. En. Izzar bin Idris (Nazir Sekolah)
En. Afiq Athari bin Abdul Wahab (Pegawai Khas TKPPM)
6. En. Mohd Khairil Ikhwan bin Husin (Penolong Pengarah BPSBP)
7. Cik Adila Athirah binti Abdul Hadi (Penolong Pengarah BPSBP),
8. En. Azmi bin Md Zin (Penolong Kanan Pentadbiran)
9. Puan Siti Nor binti Mohd Tahir (Penolong Kanan HEM).

INTERHOUSE RUMAH BESTARI 🏉AnjuranRumah BestariGuru PembimbingCikgu Amirul PutraPenglibatanPelajar perempuan Tingkatan 1 ...
15/08/2026

INTERHOUSE RUMAH BESTARI 🏉

Anjuran
Rumah Bestari

Guru Pembimbing
Cikgu Amirul Putra

Penglibatan
Pelajar perempuan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4

Program ini melibatkan pelajar perempuan Rumah Bestari dalam aktiviti permainan ragbi sebagai platform untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, disiplin serta mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan. 🏉🔥

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar serta membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan pelajar. ✨

PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 (Atas talian)Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta Sekol...
09/08/2026

PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 (Atas talian)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta Sekolah Menengah Sains Muar yang telah menyertai Pertandingan Masakan Rimba Peringkat Kebangsaan.

Penglibatan ini bukan sahaja menguji kemahiran dan kreativiti, malah turut membentuk semangat kerjasama, ketahanan diri dan keyakinan dalam kalangan pelajar.

Tahniah atas usaha dan komitmen yang telah diberikan. Semoga memperoleh kejayaan yang membanggakan! 🌿🔥

Syabas dan tahniah, SAMURA! 🏆

MINGGU SENI WARISAN (SEWAR)AnjuranKelab Kesenian dan KebudayaanSM Sains MuarDengan KerjasamaJurulatih daripada Yayasan K...
09/08/2026

MINGGU SENI WARISAN (SEWAR)

Anjuran
Kelab Kesenian dan Kebudayaan
SM Sains Muar

Dengan Kerjasama
Jurulatih daripada Yayasan Kesenian Negeri Johor

En. Iskandar & Pn. Irwani

Program ini melibatkan pelajar
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
dalam usaha memperkasa seni, budaya dan warisan tradisional serta mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam bidang kesenian.

31/07/2026
SALAM PERPISAHAN DAN TERIMA KASIH 🌸 USTAZAH NURHANI HANANI BINTI MOHD SHAMIJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISL...
31/07/2026

SALAM PERPISAHAN DAN TERIMA KASIH

🌸 USTAZAH NURHANI HANANI BINTI MOHD SHAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM)

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

yang telah berjaya menamatkan latihan mengajar di Sekolah Menengah Sains Muar.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan sepanjang menjalani praktikum di Sekolah Menengah Sains Muar menjadi bekalan berharga dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang pendidik. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

SELAMAT MAJU JAYA DAN TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.

30 MAC 2026 - 31 JULAI 2026

PROGRAM INTERVENSI MINDA SIHAT (SAMURA RESET) TAHUN 2026Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)Pelancaran Program Sa...
29/07/2026

PROGRAM INTERVENSI MINDA SIHAT (SAMURA RESET) TAHUN 2026

Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)

Pelancaran Program Samura Reset

🗣️ Disempurnakan oleh: Puan Siti Nor binti Mohd Tahir (GPK HEM SMS Muar)

👥 Tingkatan Terlibat: Tingkatan 1 - tingkatan 5

📅 Tarikh: 6 Julai 2026 - 10 Julai 2026

📍 Tempat: SMS Muar

“Hidup Ceria, Minda Sejahtera.” 🌸

Aktiviti yang dianjurkan:
1) Info 5 Minit Minda Sihat
2) Pertandingan Mewarna Guru & AKP
3) Explorace Reset Minda
4) Senaman X- Break

PELANCARAN PEMERKASAAN PROGRAM SCHOOL ANTI- BULLYING FOR EMPOWERMENT (S.A.F.E)Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK...
29/07/2026

PELANCARAN PEMERKASAAN PROGRAM SCHOOL ANTI- BULLYING FOR EMPOWERMENT (S.A.F.E)

Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)

“Bersama Membina Persekitaran Sekolah yang Selamat, Harmoni dan Bebas Buli.”

🗣️ Disempurnakan oleh: Puan Siti Nor binti Mohd Tahir (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMS Muar)

👥 Tingkatan Terlibat: Tingkatan 1 - tingkatan 5

📅 Tarikh: 20 Julai 2026

🕘 Masa: 7.15 pagi

📍 Tempat: Dataran SMS Muar

“Bersama Hentikan Buli, Perkasa Empati.” 🌸

Address

SM Sains Muar, Tanjung Agas, Tangkak
Muar
84900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Sains Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SM Sains Muar:

Shortcuts

Share

Category