Giatmara Muar

Directions Contact the school

Giatmara Muar Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di Parlimen Muar utk bumiputera.Hubungi talian 07-4162946 atau layari website kami giatmaramuar.wordpress.com.Tqvm

GIATMARA merupakan salah satu Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di bawah Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) dan GIATMARA Malaysia. GIATMARA juga merupakan salah satu Institusi Pendidikan MARA (IPMA) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA). GIATMARA pertama yang ditubuhkan di Jitra, Kedah Darul Aman pada November 1986. Kini terdapat 230 GIATMARA yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia yang menawarkan 67 pilihan kursus dengan tempoh latihan antara 6 bulan sehingga 2 tahun termasuk GIATMARA Muar. GIATMARA Muar telah mula beroperasi pada 06 Februari 2006 bertempat di Bangunan Sementara Persatuan Nelayan di Kg Sarang Buaya bersebelahan dengan tapak sebenar yang telah dicadangkan oleh Allahyarhamah Y.B. Dr. Robiah bte Datoโ€™ Kosai pada 05 Februari 2002. Pada akhir Januari 2006, kursus Fashion & Dressmaking yang dahulunya dikenali sebagai Pembuat Pakaian Wanita telah dijalankan dengan bilangan pelatih seramai 18 orang. Pada 30 Disember 2008, GIATMARA Muar telah mendapat kelulusan untuk menjalankan kursus baru iaitu Masakan dan Pramusaji. Pejabat Pentadbiran GIATMARA Muar kemudian telah berpindah pada sekitar September 2012 di atas premis bangunan sewa kedai di Taman Sarang Buaya bersama kursus Masakan & Pramusaji sehingga kini. Pengambilan pelatih kursus Masakan & Pramusaji bermula pada awal Januari 2013 dengan bilangan pelatih seramai 20 orang. GIATMARA Muar terletak di dalam kawasan Parlimen Muar (P146) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang (N16) serta beroperasi di atas premis kedai di No. 2, Jalan Impian, Taman Sarang Buaya, 86000 Semerah, Johor Darul Takzim (Pejabat Pentadbiran dan Bengkel Masakan & Pramusaji) dan PTG 8177, Kampung Sarang Buaya, Mukim Sungai Balang, 83600 Muar, Johor Darul Takzim (Bengkel Fashion & Dressmaking). Lokasi GIATMARA Muar juga berada 2 km dari Pekan Parit Yusof, 1 km dari Pekan Semerah dan juga 17 km dari Parit Jawa di daerah Muar. Selain itu, GIATMARA Muar terletak di lokasi strategik iaitu pertengahan diantara Bandar Batu Pahat dan juga Bandar Maharani Muar yang berada 22 km (30 minit) dari Batu Pahat dan juga 32 km (40 minit) dari Bandar Maharani Muar.

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Ahmad Hamdi bin Hj Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIAT...
24/08/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Ahmad Hamdi bin Hj Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran โ€œDatukโ€.

Pengurniaan ini telah disempurnakan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang Dipertua ke-77, pada 24 Ogos 2026 di Balai Istiadat, Seri Negari, Melaka.

Seluruh warga GIATMARA Muar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas pengurniaan yang amat bermakna ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan khidmat bakti dan kepimpinan demi kemajuan GIATMARA serta pembangunan TVET negara.

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐ฌ. ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐‡๐š๐ฆ๐๐ข ๐›๐ข๐ง ๐‡๐ฃ ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ!




21/08/2026
๐Ÿ—๏ธ SESI PENERANGAN DAN LATIHAN TEKNIKAL KONTRAKTOR G1 PROJEK BINA BAHARU PPRS (SISTEM IBS) ๐Ÿ—๏ธAlhamdulillah, pada 20 Ogos...
21/08/2026

๐Ÿ—๏ธ SESI PENERANGAN DAN LATIHAN TEKNIKAL KONTRAKTOR G1 PROJEK BINA BAHARU PPRS (SISTEM IBS) ๐Ÿ—๏ธ

Alhamdulillah, pada 20 Ogos 2026 telah berlangsung dengan jayanya Sesi Penerangan dan Latihan Teknikal kepada Kontraktor G1 bagi Projek Bina Baharu Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) menggunakan Sistem IBS (Starken AAC Lightweight Block) untuk daerah Muar.
Program ini adalah inisiatif kerjasama strategik antara pihak Pengurusan GIATMARA Negeri Johor bersama Syarikat Ikhtisas Budi (selaku pembekal bahan IBS) bagi memastikan para kontraktor terpilih mendapat pendedahan teknikal yang tepat dan berkualiti tinggi.

๐Ÿ“ Lokasi: Lot 1923, Parit Jamil, Simpang Tiga Parit Jawa, 84150 Muar, Johor
๐Ÿค Peserta: Kontraktor G1 yang terlibat dengan kerja-kerja Bina Baharu PPRS

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen serta hadir menjayakan sesi latihan teknikal ini. Semoga projek ini berjalan lancar dan memberi manfaat sepenuhnya kepada kesejahteraan rakyat!

LAWATAN KERJA PEGAWAI BAHAGIAN PROJEK DAN SENGGARAAN (BPS) UNTUK MESYUARAT TAPAK NAIKTARAF ELEKTRIK (PENDAWAIAN SEMULA E...
19/08/2026

LAWATAN KERJA PEGAWAI BAHAGIAN PROJEK DAN SENGGARAAN (BPS) UNTUK MESYUARAT TAPAK NAIKTARAF ELEKTRIK (PENDAWAIAN SEMULA ELEKTRIK)

Lawatan Tapak dan Pihak Bahagian Projek dan Senggaraan (BPS) telah mengadakan sesi lawatan kerja dan mesyuarat tapak bagi projek Naik Taraf Elektrik (Pendawaian Semula Elektrik) di GIATMARA Muar, pada 19 Ogos 2026.
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan GIATMARA Muar, wakil yang terlibat, serta kontraktor atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi berlangsung.
Fokus utama lawatan ini adalah untuk memastikan perancangan kerja-kerja pendawaian semula elektrik berjalan dengan lancar, teratur, dan menepati piawaian keselamatan bagi keselesaan serta keselamatan warga GIATMARA Muar.
Semoga projek naik taraf ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat semua pihak.

GIATMARA MUAR BOLEH!!!! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช















17/08/2026

๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก, ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š. ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—œ
Tahukah anda?
Di bawah MARA, laluan pendidikan TVET direka dengan fleksibel untuk membolehkan anda terus melangkah lebih jauh daripada Sijil, ke Diploma, seterusnya ke Ijazah.

Pilih laluan yang sesuai dengan minat dan bakat anda :
โœ… GIATMARA
โœ… TVETMARA
โœ… GMI
โœ… UniKL
Apa yang menanti anda?
๐Ÿค Kerjasama erat bersama industri
๐Ÿ’ผ Peluang kerjaya berpendapatan tinggi
๐ŸŒ Peluang menyambung pengajian di dalam dan luar negara
๐Ÿš€ Menjadi tenaga mahir yang menjadi rebutan industri
๐Ÿ’ผ Membina perniagaan dan bergelar usahawan berjaya
,
Di TVETMARA, kami membina bakat yang mampu memacu masa depan negara


12/08/2026
14/11/2025

Seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Syafikah yang tular di dalam media sosial kerana didakwa dibuli sehingga terpaksa berhenti sekolah ditawarkan pengajian di GIATMARA Muar, Johor dalam bidang kulinari.

Perkara itu disahkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut memaklumkan, GIATMARA akan menanggung semua kos pengajian pelajar yang berasal dari Tangkak, Johor berkenaan.

Menurut Asyraf Wajdi, ia termasuk elaun bulanan dan keperluan asas serta bantuan penginapan yang akan diuruskan oleh Persatuan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS) Daerah Ledang yang turut tampil membantu.



Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com

12/10/2025

Address

No. 2 Jalan Impian, Taman Sarang Buaya
Muar
83600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 15:45
Sunday 08:00 - 17:15

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Giatmara Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Giatmara Muar:

Shortcuts

Share