Madrasah Tahfiz al-Quran at-Thohiriyah

Madrasah Tahfiz al-Quran at-Thohiriyah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Madrasah Tahfiz al-Quran at-Thohiriyah, Religious school, Lorong Pak Ngah, Lot 1423 T/L PB 32/3, Parit Setongkat Darat Sg Abong, Muar.

21/11/2021

assalamualaikum..
SILA LAYARI FB TERBARU MADRASAH TAHFIZ AL- QURAN AT- THOHIRIAH
( MTAQ THOHIRIAH)

SESIAPA YANG INGIN MENYUMBANG BOLEH TERUS KE AKAUN MADRASAH

MTAQ THOHIRIAH ENTERPRISE
5510-4350-1330
MAYBANK

APA- APA PERTANYAAN BOLEH TERUS WASUP ATAU HUBUNGI SAYA
USTAZ MOHD HUSNI JAMIL
MUDIR MADRASAH TAHFIZ AT THOHIRIAH
0196249924

Photos 04/07/2017

Jom laksanakan Badal Haji bersama Qurban Amal

Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada seseorang yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji ke tanah suci, sama ada dengan upah atau tidak.

Apa Hukum Badal Haji?

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ﷺ:

- حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: "أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ".
Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.

Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan An-Nasaie

Jom laksanakan Badal haji bersama Qurban Amal dengan kerjasama Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

Hubungi Kami:

Hotline : 011-3582 2464

BerAmal Kerana Allah.

Sumber:

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1124-al-kafi-433-hukum-badal-haji

Photos from Madrasah Tahfiz al-Quran at-Thohiriyah's post 23/10/2016

Assalamualaikum,,

Kami dari pihak madrasah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa yang datang membawa anak-anak untuk temuduga kemasukan pelajar semalam.Permintaan yang sangat ramai untuk menghantar anak-anak belajar dibawah bimbingan ustaz-ustaz kami.

Disebabkan ruang madrasah yang terhad, kami menerima kemasukan pelajar sedikit sahaja untuk tahun hadapan.

Kami sangat memerlukan sumbangan anda untuk terus memberi pendidikan kepada bakal hafiz ini.

MTAQ ATTANWIRIAH RESOURCES (Maybank)
551043505575

!!Sumbangan anda sangat dialu-alukan!!

Photos from QURBAN AMAL's post 24/08/2016

Menabung untuk kegunaan akhirat kelak.

Jom sertai qurban dan aqiqah bersama Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

Like page qurban amal, dikelola sepenuhnya oleh Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

https://www.facebook.com/qurbanamaltanwiriah/

Photos 03/08/2016

HUKUM BERQURBAN
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1.Islam
2.Merdeka (Bukan hamba)
3.Baligh lagi berakal
4.Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan.
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

Photos from Madrasah Tahfiz al-Quran at-Thohiriyah's post 01/08/2016

JOM LAKSANAKAN IBADAH QURBAN BERSAMA MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AT TANWIRIAH MUAR
" Dan tunaikanlah solat demi Tuhanmu dan sembelihlah korban (tanda bersyukur).''Al kauthar : 2

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, untuk kali ke-5

Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah, Parit Jawa Muar Johor akan melaksanakan ibadah Qurban di Rohingya, Sudan, India, Vietnam, Mekah, Thailand, Indonesia, Bangladesh dan Kemboja.

❗Kelebihan melaksanakan Qurban :
1⃣HADIAH kita sebagai tanda syukur kepada Allah & ganti kepada ibadah haji
2⃣Ibadah sunat yang SANGAT DITUNTUT untuk dilaksanakan. Amat rugi jika ditinggalkan.
3⃣MENDERMA kepada Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah secara tidak langsung.
4⃣Mudah-mudahan HAJAT kita tercapai bertawassul dengan membantu orang lain.

😎😊Tuan/Puan dialu-alukan untuk menyertai Qurban ini. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat dunia dan akhirat.

🔹Satu bahagian lembu RM 350 🐮
🔹Satu ekor lembu RM 2450 🐮
🔹Satu ekor kambing RM600 🐏

PM inbox madrasah sekarang sebelum terlambat 📴

"Qurban terlaksana,amal berpanjangan"

Photos from Madrasah Tahfiz al-Quran at-Thohiriyah's post 24/07/2016

Perhimpunan mingguan pelajar sebelum mulakan kelas. Catit segala nasihat teguran semoga cepat meresap dalam ingat.

Photos from Madrasah Tahfiz al-Quran at-Thohiriyah's post 14/07/2016

Hari ini berlangsung sambutan hari raya di rumah-rumah yang terpilih,termasuk rumah Tuan Guru Haji Hasbullah Salleh.Perjalanan majlis kami berjalan lancar..Alhamdulillah.

Photos from Madrasah Tahfiz al-Quran at-Thohiriyah's post 09/03/2016

Perkongsian maklumat kuliah:

1. Makluman bahawa gerhana bulan & matahari tanda2 hari kiamat hampir tiba

2. Solat gerhana matahari pd 9.3 bermula jam 7.13 hingga 9.31 pagi & sunat muakad.

3. Fadhilatnya sembahyang sunat berjemaah gerhana matahari sama ganjarannya mendapat pahala spt menunaikan umrah sunat.

4. Kaedah menunaikan solat yg terbaik setiap rakaat ada 2 qiam & setiap qiam dibaca Al Fatihah & surah. Masa rukuk baca Subhanarabbialazimi wabihamdi sebanyak 15 kali masa rukuk pertama & rukuk kedua baca 10 kali.

5. Ketika sujud baca subhanarabbial a'la wabihamdi 15 kali & sujud kedua bacaan yg sama 10 kali.

6. Rakaat ke2 ulang spt rakaat pertama.

JOM SOLAT JEMAAH GERHANA MATAHARI (bagi yg hadir diri di masjid) atau sendiri2 (di rumah) pada Rabu ni 9.3.2016 JAM 8.00 PAGI...PAHALANYA SPT MENGERJAKAN UMRAH SUNAT MENANTI KITA.

Rebut peluang ini selagi
1. Badan sihat
2. Berkesempatan
3. Muda/Tua
4. Kaya ilmu & amal
5. Belum sampai ajal

Dunia semakin tua...KITA juga dah tua tunggu dijemput Allah sahaja.
Oleh tu,
Buang yang keroh ambil yg jernih,
Hati terguris diubati,
Tersilap kata dimaafi,
Perkara2 kecik jangan dipeduli,
Bersihkan hati ikhlaskan diri.
Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

Photos from Madrasah Tahfiz al-Quran at-Thohiriyah's post 23/02/2016

”Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari suatu ilmu. Niscaya Allah memudahkannya ke jalan menuju surga”. (HR. Turmudzi)

Alhamdulillah dan tahniah kepada anak-anak kita yang mendapat pangkat 1 dalam peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama Johor 2015. Semoga kejayaan menjadi milik mereka.

"Ia tidak mudah,tetapi ia tidak mustahil"

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lorong Pak Ngah, Lot 1423 T/L PB 32/3, Parit Setongkat Darat Sg Abong
Muar
84000