28/05/2026
Reta ni berfungsi dengan bertindak pada 3 hormon serentak:
✔️ Kurangkan selera makan
✔️ Buat kenyang lebih lama
✔️ Bantu tingkatkan pembakaran tenaga & lemak
Ramai anggap ia mungkin lebih powerful daripada generasi GLP-1 sebelum ni seperti Ozempic, Wegovy & Mounjaro.
TAPI…
Walaupun hasil kajian nampak sangat impressive, ubat ni masih dalam fasa kajian klinikal dan belum diluluskan secara meluas.
Dan penting untuk faham.. Ubat bukan “magic solution”. Lifestyle, tidur, stress, pemakanan & emosi tetap main peranan besar. Reta ni sebagai pembantu sahaja.
27/05/2026
Junk food bukan makanan sampah...
Tapi bila diambil terlalu kerap, terlalu banyak & jadi rutin harian itulah yang boleh jadi masalah
Sedap memang sedap. Kunafa, burger, ayam goreng, air manis… semua ni tak salah untuk dimakan
Cumanya berapa kerap? Portion & balance dalam pemakanan harian yg lain.
Jangan sebab nak sihat, terus takut makan. Dan jangan sebab sedap, terus makan tanpa kawalan 😅
Sihat adalah tentang belajar kawal apa yang kita makan
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga setiap pengorbanan kita diterima dan diberkati Allah SWT.
Moga Aidiladha ini membawa ketenangan, keberkatan, dan kebahagiaan berpanjangan buat kita seisi keluarga.
Biasalah, ejen takaful kan. Tarik lembu pun pakai blazer 🤣
24/05/2026
Bila ada yg claim turun 7kilo seminggu, maka berbondong2 inspired & nak cuba. Siap ada group coaching jadian lagi…
Yang orang nampak cuma turun berat, tapi apa yang berlaku dalam sistem badan tak ambil kisah…
Kajian menunjukkan diet ekstrem boleh meningkatkan risiko:
- gangguan pemakanan (eating disorder)
- kekurangan nutrien
- masalah hormon
- kehilangan j***m otot
- berat naik semula lebih cepat selepas diet berhenti
Malah, ada data kajian menunjukkan wanita yang buat extreme dieting mempunyai risiko 18 kali ganda lebih tinggi untuk develop eating disorder.
Buat apa diet kalau akhirnya ada masalah nak kawal makan? Fikir dulu sebelum anda cut sugar, nasi, restrict time makan yg extreme dsb.
Saya & student2 saya okey je sebab meal plan kitorang tak ekstrim. Makan 5-6x sehari & ikut saranan kajian diet sihat yang selamat. Sebab tu penting korang join program dgn orang yg ada tauliah dan ilmu. Bukan dgn ‘coach jadian’ yang tiba2 jadi coach sebab dia dah turun berat