SK Bakri Batu 5, Muar, Johor

SK Bakri Batu 5, Muar, Johor

Share

[Official Page] SK Bakri Batu 5 Muar

"PENDIDIKAN BERKUALITI..INSAN TERDIDIK..NEGARA SEJAHTERA"

05/08/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSJ 2026, KOTA TINGGI. Petang ini Adelia akan berjuang di acara akhir. Ayuh ! Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan dan mencipta kejutan !!

05/08/2026

Segmen SAYA TANYA, ANDA JAWAB kali ini bersama Cikgu Hafiz bin Hj Ramli. Beliau akan menerangkan tentang Karnival STEM Negeri Johor yang akan berlangsung di SK Bakri Batu 5 pada 11 - 13 Ogos nanti.

04/08/2026

Seluruh warga DELIMA mengucapkan selamat datang kepada Cik Asma Ul-Husna. Beliau akan menjalani Program Perantis Guru selama 1 bulan untuk mengenali budaya sekolah, struktur organisasi, dan pengurusan pra sekolah.

03/08/2026

Pelancaran bulan Kebangsaan DELIMA 2026

Photos from SK Bakri Batu 5, Muar, Johor's post 03/08/2026

Seluruh keluarga DELIMA ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Adelia Imani, yang terpilih mewakili Kontinjen Olahraga Daerah Muar ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) di Kota Tinggi bermula 3 - 7 Ogos 2026. Adelia akan berjuang dalam acara 80M lari berpagar. Semoga Adelia dapat melakukan yang terbaik, berlari dengan penuh semangat, dan membawa pulang kejayaan buat sekolah serta Daerah Muar.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada 3 orang guru DELIMA yang turut terpilih menggalas tugas penting dalam Kontinjen Olahraga Daerah Muar tahun ini. Semoga Kontinjen Olahraga MSSD Muar beroleh kejayaan yang cemerlang dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung

Photos from SK Bakri Batu 5, Muar, Johor's post 03/08/2026

Penyampaian hadiah keceriaan kelas dan sijil Kebangsaan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti Ko Kurikulum diperingkat kebangsaan

03/08/2026
31/07/2026

Majlis penyerahan bendera Kontinjen Olahraga MSSD Muar

Photos from SK Bakri Batu 5, Muar, Johor's post 29/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah cabaran National Drone Challenge 2026 di ADTEC JTM Kampus Batu Pahat.

Walaupun tidak berjaya melangkah ke kelompok 8 terbaik, kami tetap bersyukur dengan pengalaman yang sangat berharga sepanjang pertandingan ini.

Pasukan SK Bakri Batu 5, Muar yang dibarisi peserta paling muda berjaya memberikan saingan sengit kepada peserta yang lebih berusia daripada sekolah menengah, SBP serta sekolah-sekolah luar negeri. Pengalaman ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk bersaing di pentas berprestij.

Pencapaian pasukan:
πŸ… Pusingan 32 Terbaik – Kedudukan 7 daripada 32 pasukan (catatan masa 40.35 saat)
πŸ… Pusingan 16 Terbaik – Kedudukan 9 daripada 32 pasukan
πŸ… Pusingan 8 Terbaik – DNF (Did Not Finish)

Insya-Allah, kami akan kembali dengan persediaan yang lebih rapi. Kalah hari ini bukan bermakna tewas selamanya, tetapi menjadi motivasi untuk bangkit lebih kuat pada pertandingan akan datang.

29/07/2026

Ada homestay atau penginapan berdekatan SK Bakri Batu 5 ?

Kalau ada, boleh tinggalkan nama homestay dan nombor telefon di ruangan komen atau PM. Terima kasih! πŸ™

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


KM 8, Jalan Bakri
Muar
84000

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Sunday 07:30 - 16:30