Pasti As Salam

Pasti As Salam

Share

Melahirkan generasi Rabbani

Photos from PASTI Kawasan Pagoh's post 19/12/2025
26/11/2025

Jom hantar anak ke Pasti As-Salam πŸ₯°

Boleh contact Cikgu Hikmah untuk pertanyaan lebih lanjut πŸ§•

12/08/2025

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—” :
π—šπ—¨π—₯𝗨 π—£π—”π—¦π—§π—œ π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 𝗣𝗔𝗦, π—‘π—œπ—ž π—‘π—”π—­π— π—œ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π— π—œπ—‘π—§π—” π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 π—™π—’π—žπ—¨π—¦ π—œπ—¦π—¨ π—šπ—¨π—₯𝗨 π——π—œ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑

PASTI Malaysia memandang serius kenyataan YB Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa, yang cuba menggambarkan PASTI seolah-olah melanggar undang-undang. Kenyataan tersebut jelas mengabaikan fakta sejarah, peranan, dan sumbangan besar PASTI kepada masyarakat dan negara.

1. PASTI Sah di Sisi Undang-undang
PASTI telah beroperasi sejak 1984 dan sehingga kini mempunyai alumni melebihi satu juta pelajar. Jika PASTI sebuah institusi yang tidak sah, sudah tentu pihak Kerajaan telah lama mengharamkan PASTI dari beroperasi. Sebaliknya pihak Kerajaan sendiri turut mengiktiraf PASTI apabila Kerajaan melalui Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Julai 2020 telah memberikan sumbangan RM100,000.00 kepada PASTI semasa isu pendemik covid-19.

2. Sumbangan PASTI Kepada Negara
Tanpa menggunakan dana kerajaan, PASTI telah mendidik ratusan ribu kanak-kanak dengan pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam. Kejayaan ini terbukti apabila jumlah murid meningkat setiap tahun hasil kepercayaan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan dan pembentukan sahsiah murid.

3. Guru PASTI: Ikhlas Berkhidmat, Tetap Dijaga Kebajikan
Guru-guru PASTI merupakan ahli PAS yang datang dari pelbagai latar belakang akademik termasuk PhD, Sarjana dan Ijazah. Mereka memberikan khidmat secara sukarela dan sepenuh hati sebagai satu bentuk perjuangan. Walaupun menerima saguhati, mereka turut mendapat bantuan kebajikan dan inisiatif meringankan kos sara hidup. Semua guru PASTI juga dibenarkan untuk mencaruman dengan PERKESO melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan KWSP di bawah iSaraan.

4. Perbandingan Tidak Wajar
Adalah tempang untuk membandingkan PASTI dengan institusi pendidikan swasta komersial. Guru PASTI adalah pendidik sukarela yang berjuang demi agama dan bangsa.
Jika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan mengesahkan guru takmir tidak tertakluk kepada gaji minimum dan Kerajaan tidak bercadang menyediakan skim caruman KWSP dan PERKESO kerana guru takmir tidak memenuhi takrifan pekerja, maka kenapa isu gaji minimum, caruman KWSP dan PERKESO guru PASTI yang juga bukan pekerja p**a dibangkitkan?

5. Persoalan Besar kepada Kerajaan
Jika benar kebajikan guru adalah keutamaan YB, mengapa isu gaji guru takmir dan guru KAFA yang berada di bawah tanggungjawab kerajaan masih belum diselesaikan sehingga hari ini? Mengapa kerajaan begitu teruja menyerang PASTI jika ianya bukan bermotifkan politik?

Kesimp**an
PASTI Malaysia menegaskan bahawa serangan politik terhadap PASTI adalah tindakan yang tidak menghormati jasa pendidik yang telah membina asas pendidikan Islam sejak 1984. Jika benar prihatin, kerajaan sepatutnya menyelesaikan isu gaji guru di bawah jagaan sendiri terlebih dahulu sebelum mempersoalkan sebuah gerakan pendidikan yang tidak membebankan kewangan negara.

PASTI – Membina Generasi Rabbani

Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria
Ketua Sektor Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Malaysia



07/06/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

InsyaAllah, ibadah Korban PASTI Kawasan Pagoh akan dilaksanakan pada Ahad, 8 Jun 2025, jam 8.30 pagi bertempat di Rumah Sembelihan Kampung Tui, Bukit Kepong.

Marilah kita bersama-sama menyertai sebagai petugas dalam melaksanakan ibadah yang mulia ini. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan diberkati sepanjang hayat.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
πŸŒ™πŸ„

Photos from Pasti As Salam's post 22/05/2025

Simulasi korban PASTI Kawasan Pagoh πŸ„πŸ‘

Photos from Pasti As Salam's post 22/05/2025

πŸ•‹Simulasi Haji Cilik PASTI kawasan PagohπŸ•‹

Semua jamaah Haji telah selamat p**ang.
Alhamdulillah mendapat Haji mabrur.

Semoga suatu saat nanti semua dapat menjejakkan kaki ke bumi Makkah dan melaksanakan ibadah Haji yg sesungguhnya... In Shaa Allah 🌹πŸ₯°

06/05/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 4, Kg Sri Tanjung,, Panchor
Muar
84500

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 21:00
Thursday 07:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 07:00 - 21:00
Sunday 07:00 - 21:00