18/05/2026
๐น REZEKI TERINDAH: LAHIRNYA TIGA SRIKANDI AL-QURAN ๐น
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan pemilik sekalian alam.
Pihak Madrasah Al-Hafizah Saidatina Khadijah dengan penuh rasa kesyukuran, bangga, dan terharu ingin mengumumkan berita gembira atas kejayaan para pelajar kami yang telah berjaya menamatkan hafazan Khatam 30 Juzuk Al-Quran.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Huffazah al-Quran ini:
โข NURUL RIFQAH SYAMINA BINTI MD NOH
๐
21 April 2026 / 3 Zulkaedah 1447H
โข NUR ATHIRAHDAMIA BINTI SYPUL BAHARI
๐
21 April 2026 / 3 Zulkaedah 1447H
โข SITI ADAWIYAH NAZIHAH BINTI MOHD NOOR AZMAN
๐
18 Mei 2026 / 1 Zulhijjah 1447H
ุงููููููู
ูู ุงุฌูุนููู ุงููููุฑูุขูู ูููุฑูุง ููู ููููุจูููุ ููุซูุจููุชู ุญูููุธูููุ ููุงููุชูุญู ูููู ุฃูุจูููุงุจู ุงููููููู
ู ููุงููุนูููู
ูุ ููุงุฌูุนููููู ู
ููู ุฃููููู ุงููููุฑูุขูู ุงูููุฐูููู ููู
ู ุฃููููููู ููุฎูุงุตููุชููู.
โYa Allah, jadikanlah Al-Quran cahaya dalam hatinya, tetapkanlah hafazannya, bukakanlah baginya pintu kefahaman dan ilmu, serta jadikanlah dia daripada golongan ahli Al-Quran yang Engkau muliakan dan Engkau kasihi.โ
Bukan mudah untuk memikul amanah kalamullah di dalam dada, namun dengan izin Allah, berkat kesabaran, disiplin yang tinggi, serta doa yang tidak pernah putus daripada ibu bapa dan para guru, mereka telah membuktikannya.
Semoga ayat-ayat suci Al-Quran yang tersemat di dalam dada srikandi-srikandi ini menjadi cahaya penunjuk jalan, benteng diri, dan pemberi syafaat di akhirat kelak.
Kami juga mendoakan agar kalian terus istiqamah dalam menjaga (murajaah) hafazan ini dan menjadi hamba yang berbakti kepada agama, bangsa, dan keluarga.
๐ Penghargaan Buat Ibu Bapa & Guru
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para asatizah yang mencurahkan ilmu tanpa lelah, serta ibu bapa yang sentiasa menyokong dan mendoakan anak-anak syurga ini. Pengorbanan kalian adalah saham akhirat yang sangat bernilai.
Mohon para sahabat di Facebook sekalian untuk sama-sama menitipkan doa kebaikan buat anak-anak hebat ini di ruangan komen.
๐ฑJom jadi Huffazah MaHSK Link pendaftaran terbuka Tahun 2026
๐https://forms.gle/CvAV9XnfDgHYxdPM9
16/05/2026
SELAMAT HARI GURU
โูููู ูุงู ุงููู
ูุฑูุจูููู ู
ูุง ุนูุฑูููุชู ุฑูุจูููู
โJika bukan kerana guruku, mana mungkin aku dapat mengenal akan Tuhanku.โ
Kami mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga Pendidikan Madrasah Al Hafizah Saidatina Khadijah
Terima kasih atas segala ilmu, didikan, kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu. Semoga setiap langkah dan usaha para guru sentiasa diberkati Allah SWT serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ganjaran pahala yang berpanjangan.
โGuru Bitara Nadi Negaraโ
Jasa guru sentiasa dikenang,
ilmu yang diberi menjadi cahaya kehidupan
teratas
20/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Madrasah Al-Hafizah Saidatina Khadijah (MAHSK) mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
kepada seluruh warga Mahsk para guru, pelajar, ibu bapa serta semua yang sentiasa menyokong perjuangan madrasah ini.
Semoga Aidilfitri ini menjadi titik kemenangan setelah kita melalui madrasah Ramadan dengan penuh kesabaran, serta mengeratkan lagi ukhuwah dan kasih sayang sesama kita.
๐คฒ๐ป
Ya Allah, terimalah segala amalan kami sepanjang Ramadan, ampunkan dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, serta seluruh warga MAHSK dan para ibu bapa .
Kurniakanlah keberkatan dalam ilmu, keikhlasan dalam setiap amal, dan kekuatan untuk terus istiqamah di jalanMu.
Satukan hati-hati kami dalam kebaikan dan jadikan madrasah ini asbab lahirnya generasi huffaz yang solehah dan berakhlak mulia.
Taqabbalallahu minna wa minkum, kullu โam wa antum bikhair
20/03/2026
ุจุณู
ุงููู ุงูุฑุญู
ู ุงูุฑุญูู
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Majlis Iftar Jamaโie 2026 anjuran Madrasah Al-Hafizah Saidatina Khadijah (MAHSK) telah berlangsung pada 17 Mac 2026 / 27 Ramadan 1447h dengan penuh keberkatan dan jayanya.
Pihak madrasah merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin yang terdiri daripada ibu bapa, para asatizah, sahabat-sahabat serta semua yang hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran dan sokongan kalian amat bermakna dalam menyemarakkan lagi suasana Ramadan yang penuh rahmah ini.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan buat para penaja yang budiman atas sumbangan dalam menjayakan iftar, moreh dan sahur anak-anak pelajar sepanjang Ramadan 1446H/2026. Sesungguhnya setiap kebaikan yang dihulurkan menjadi saham akhirat yang tidak ternilai di sisi Allah SWT.
Semoga Allah SWT membalas segala jasa dengan ganjaran yang berlipat ganda, melimpahkan keberkatan dalam rezeki, serta mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.
โSesungguhnya orang-orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa akan mendapat ganjaran seumpamanya tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.โ
Semoga ukhuwwah yang terjalin ini terus mekar dan diberkati.
Taqabbalallahu minna wa minkum
16/03/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana pada hari yang penuh keberkatan ini, 16 Mac 2026 bersamaan 26 Ramadan 1447H, kita dapat menyaksikan satu detik yang sangat bermakna iaitu Majlis Khatam Syahadah 30 Juz Al-Quran oleh Adik Nurul Husna Othman.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Nurul Husna atas kesungguhan, kesabaran dan istiqamah beliau dalam menghafaz serta mengulang Al-Quran sehingga berjaya menamatkan syahadah 30 juz pada hari ini.
Sesungguhnya kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat dirinya, bahkan turut menggembirakan ibundanya tercinta yang hadir bersama dalam majlis ini, serta para guru yang membimbing sepanjang perjalanan hafazannya.
Semoga Al-Quran yang dihafaz ini sentiasa terpelihara di dalam dada, menjadi cahaya dalam kehidupan, dan membawa keberkatan kepada diri serta keluarga.
Tahniah sekali lagi buat Adik Nurul Husna Othman. Semoga terus istiqamah bersama Al-Quran..