Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz - SMATT

Call Directions Website Contact the school

Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz - SMATT Mula beroperasi pada 1 Januari 2015.

📚 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026✨Pihak Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah (Tahfiz) mengucapkan selama...
21/09/2026

📚 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026✨

Pihak Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah (Tahfiz) mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2026 kepada semua calon SPM.

📅 *21 September 2026 – 2 Oktober 2026*

Semoga semua calon sentiasa diberikan ketenangan hati, kefahaman yang jelas, kesihatan yang baik serta dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan.

🤲 “Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, berikanlah kefahaman yang jelas, ketenangan hati dan kejayaan yang terbaik.”

Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan membuahkan hasil yang terbaik. Buat yang terbaik dan serahkan hasilnya kepada Allah SWT.

📸 LENSA GAMBAR SMATTMAJLIS RESTU ILMU SMATT 202619 September 2026 | SabtuDewan As-Salam, Madrasah At-TanwiriahAlhamdulil...
20/09/2026

📸 LENSA GAMBAR SMATT

MAJLIS RESTU ILMU SMATT 2026

19 September 2026 | Sabtu
Dewan As-Salam, Madrasah At-Tanwiriah

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Restu Ilmu SMATT 2026 yang menghimpunkan para pelajar, ibu bapa, guru-guru serta barisan pentadbir dalam sebuah majlis penuh makna sebagai persiapan menghadapi fasa penting dalam perjalanan pendidikan para pelajar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil, diikuti Solat Dhuha dan Solat Hajat berjemaah. Seterusnya, para pelajar menerima amanat dan kata-kata perangsang daripada pihak sekolah serta ceramah motivasi dan keibubapaan yang disampaikan oleh Datuk Hj. Rusdin bin Hj. Mahmud.

Turut berlangsung sesi perkongsian bersama pelajar dan guru-guru, diikuti sesi muhasabah pelajar bersama ibu bapa. Suasana majlis menjadi lebih menyentuh apabila para pelajar menyampaikan ikrar murid serta menerima restu dan sokongan daripada ibu bapa sebelum melangkah ke fasa peperiksaan.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan diakhiri dengan majlis bersurai serta sesi kebersamaan pelajar bersama ibu bapa.

Semoga segala ilmu, nasihat, doa dan restu yang dipanjatkan pada hari ini menjadi bekalan buat anak-anak SMATT untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang, yakin dan penuh tawakal kepada Allah SWT.

“Bersama Mencorak Kemenjadian Insan”

Ikuti lebih gambar dan video program melalui pautan berikut :
https://t.me/MediaSmatt
https://t.me/MediaSmatt
https://t.me/MediaSmatt

📸 Lensa Gambar SMATT

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63! 🇲🇾Tanggal 16 September bukan sekadar sebuah tarikh dalam kalendar, tetapi menj...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63! 🇲🇾

Tanggal 16 September bukan sekadar sebuah tarikh dalam kalendar, tetapi menjadi lambang penyatuan, kebersamaan dan kecintaan kita kepada tanah air tercinta. ❤️🤍💙💛

Marilah kita menghayati erti Malaysia dengan membina negara yang aman, berdaulat dan sejahtera, di samping terus memelihara agama, perpaduan serta nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Berbeza latar, satu jiwa.
Berbeza negeri, satu negara.
Bersama kita menjulang Malaysia! 🇲🇾

Semoga Malaysia terus dilimpahi keamanan, kemakmuran dan keberkatan, serta menjadi sebuah negara yang disegani dan diberkati Allah SWT.

🇲🇾 Malaysia Tanah Airku.
Malaysia Milik Kita Bersama.
Terus Melangkah, Demi Malaysia!

Ikhlas daripada:
💙 Warga Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz (SMATT)






🌫️ JEREBU: JAGA DIRI, JAGA KESIHATAN! 💙💛Cuaca berjerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutama kepada anak-anak ...
08/09/2026

🌫️ JEREBU: JAGA DIRI, JAGA KESIHATAN! 💙💛

Cuaca berjerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutama kepada anak-anak dan warga sekolah. Justeru, semua warga SMATT diseru agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga kesihatan diri.

✅ Kurangkan aktiviti di luar
😷 Pakai pelitup muka jika perlu
💧 Banyakkan minum air
🤒 Jika tidak sihat, berehat dan dapatkan rawatan
📱 Sentiasa pantau bacaan IPU semasa

Kesihatan adalah amanah. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

🌫️💙💛 Bersama kita hadapi jerebu. Jaga diri, jaga kesihatan, terus belajar dengan selamat!

🏆 TAHNIAH WIRA-WIRA SMATT! 🏆Alhamdulillah, wakil Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz - SMATT telah mengharumkan nama sek...
07/09/2026

🏆 TAHNIAH WIRA-WIRA SMATT! 🏆

Alhamdulillah, wakil Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz - SMATT telah mengharumkan nama sekolah di pentas Hwa Rang Warrior Championship Peringkat Antarabangsa.
📅 *4 - 6 September 2026*
📍 *Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur*

*Keputusan Cemerlang Atlet SMATT:*
🥈 *Muhammad Luth Iskandar bin Mohd Khalel Ezry* - Pingat Perak Acara Pattern
🥉 *Muhammad Adib Ilham Nur Hakim bin Nuriyanto* - Pingat Gangsa Acara Sparring

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada Jurulatih SMATT, Sir Omar Idris dan Sir Akifi daripada Body Art Academy Taekwondo Muar Johor atas bimbingan, disiplin dan komitmen membawa wakil SMATT ke kejohanan ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Kelab Body Art Academy Taekwondo atas kejayaan pungutan pingat iaitu 2 Emas, 3 Perak dan 5 Gangsa di kejohanan ini.

Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa yang tidak jemu menyokong anak-anak, dan pihak sekolah yang terus mendidik serta memberi kepercayaan.

Teruskan usaha! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi.

*"Disiplin • Hormat • Kecemerlangan"*

Ikuti lebih gambar dan video program melalui pautan berikut :
https://t.me/MediaSmatt
https://t.me/MediaSmatt
https://t.me/MediaSmatt

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾🔥69 tahun Malaysia mengecap nikmat ...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾🔥

69 tahun Malaysia mengecap nikmat kemerdekaan. Maka marilah kita syukuri nikmat ini dengan menjadi rakyat yang bersatu, berilmu, berakhlak dan cintakan tanah air.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi bebas membina masa depan dengan nilai, ilmu dan jati diri.

🇲🇾 حب الوطن من الإيمان
Cinta tanah air adalah sebahagian daripada iman.

Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme!
Bersama kita pertahankan keamanan, kukuhkan perpaduan dan bina Malaysia yang lebih MADANI, maju dan diberkati.

🔥 ANAK MALAYSIA, BANGKIT!
🇲🇾 TANAH AIR KITA, TANGGUNGJAWAB KITA!

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69!
MERDEKA! 🇲🇾 MERDEKA! 🇲🇾 MERDEKA! 🇲🇾

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 1448HRabiulawal datang lagi membawa satu peringatan besar — cintailah insan paling mulia, junju...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 1448H

Rabiulawal datang lagi membawa satu peringatan besar — cintailah insan paling mulia, junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. ❤️

Cinta kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada kata-kata, tetapi dibuktikan dengan memperbanyakkan selawat, menghidupkan sunnah dan meneladani akhlak Baginda dalam kehidupan.

Allah SWT berfirman:

«“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.”
(Surah al-Ahzab: 56)»

🌹 Ayuh kita hidupkan Maulidur Rasul dengan memperbanyakkan selawat atas Baginda ﷺ.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 🤍

MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI

“Eh, ini memang laluan yang anak aku perlukan!” 😍🔥 ANAK DAH MULA HAFAZ AL-QURAN… JANGAN BIARKAN USAHA ITU BERHENTI SETAK...
24/08/2026

“Eh, ini memang laluan yang anak aku perlukan!” 😍

🔥 ANAK DAH MULA HAFAZ AL-QURAN… JANGAN BIARKAN USAHA ITU BERHENTI SETAKAT DI HAFALAN.

Bayangkan anak bukan sahaja membawa p**ang SPM, tetapi dalam masa yang sama mempunyai pengiktirafan hafazan yang tersusun dan bernilai. 📜✨

Di SMATT, kami bina laluan untuk pelajar yang mahu mengejar dua-dua sekali:

🎓 AKADEMIK → SPM
📖 AL-QURAN → Hafazan Bertahap (SPHB)

Dan yang menariknya…

❌ Tak semestinya perlu tunggu khatam 30 juzuk.
❌ Tak perlu pilih antara akademik atau hafazan.
❌ Tak perlu rasa usaha hafazan selama ini sia-sia hanya kerana belum lengkap 30 juzuk.

✅ Hafazan boleh dinilai secara bertahap.
✅ Ada pengiktirafan pada tahap yang dicapai.
✅ Lebih tersusun dan relevan dengan keperluan pelajar hari ini.

Dulu kita biasa dengar Syahadah 5, Syahadah 10…

Hari ini, konsep pengiktirafan hafazan itu hadir dalam bentuk yang lebih moden dan tersusun melalui Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB).

Dan SMATT p**a? 👀

Kami bukan sekadar menawarkan laluan ini.

Kami sendiri telah diiktiraf sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) SPHB. 💙

Jadi kalau anak tu memang ada jiwa Al-Quran…

Kalau dia dah mula menghafaz…

Kalau ibu ayah mahu dia berjaya dalam akademik tanpa meninggalkan Al-Quran…

Mungkin ini masanya untuk berhenti mencari. 😉

📍 Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah Tahfiz (SMATT)
🎓 FAST TRACK SPM + SPHB
📖 Akademik. Hafazan. Tarbiah.

Anak-anak kita cuma melalui usia sekolah sekali.
Pastikan mereka melalui usia itu di tempat yang mampu membentuk ilmu, amal dan masa depan. ❤️

SMATT — tempat ilmu dan Al-Quran berjalan seiring. 🥹💙

Pra-daftar sekarang melalui talian whatsapp berikut : 011 3536 4240 😉


23/08/2026

KENALI NABI KITA: NABI MUHAMMAD ﷺ❤️
Manusia Agung, Utusan Allah, Rahmat untuk Sekalian Alam.

Apabila kita menyebut Rasulullah ﷺ sebagai contoh teladan, kita bukan sekadar mengenali nama dan kisah Baginda.

Kita juga perlu mengenali sifat-sifat yang menjadi kesempurnaan para Rasul, antaranya:

🤍 SIDDIQ [BENAR]
Rasulullah ﷺ sentiasa benar dalam perkataan dan perbuatan.

🤲 AMANAH [DIPERCAYAI]
Baginda melaksanakan amanah yang diberikan Allah dan tidak mengkhianatinya.

📖 TABLIGH [MENYAMPAIKAN]
Baginda menyampaikan risalah dan wahyu Allah kepada umat tanpa menyembunyikannya.

🧠 FATANAH [BIJAKSANA]
Baginda dikurniakan kecerdasan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas kerasulan.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu...”
[Surah al-Ahzab, 33:21]

🌹 Mengenali Rasulullah ﷺ seharusnya membawa kita kepada usaha untuk mencontohi Baginda. Kerana cinta kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada kata-kata tapi diterjemahkan melalui akhlak dan kehidupan kita.

-------->>>
Kepada yang ingin merebut peluang infaq untuk madrasah di bulan Rabiul Awwal, boleh salurkan terus ke akaun berikut:

MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AT TANWIRIAH
MAYBANK : 5510 4351 4053
Reference : Infaq Tahfiz

Atau boleh scan QR di poster📲

21/08/2026

Address

Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah, Peti Surat 29, Jalan Temenggong Ahmad, Parit Jawa
Muar
84150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz - SMATT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sek. Men. Islam At-Tanwiriah Tahfiz - SMATT:

Shortcuts

Share